RSS

Sunday, August 29, 2010

BICARA PENA: (Cerpen bersiri : Pencuri Hatiku /Episod 2)

EPISOD 2
Koperasi KMKN kian padat dipenuhi pelanggan yang terdiri daripada para pelajar. Shafiqa turut menambahkan lagi kesesakan suasana. Kedai yang hanya mampu menampung kira-kira 30 orang pada satu-satu masa  tidak mampu memuatkan kesemua pelajar mengakibatkan cashier tak menang tangan dibuatnya.Shafiqa terus menuju ke rak makanan ringan. “ eh, ni saye punye…awak belila yang lain..”tiba-tiba terjadi perebutan kecil. “awat cheq yang kena beli len?...cheq yang mai dulu..pat-pat siku lipat la..sapa cepat dia la yang dapat!..hahaha..” kelihatan jejaka setinggi 1.65 m sengaja megusik  Shafiqa yang sudah seminggu kempunan untuk membeli choki-choki tersebut.  Mungkin rezekinya untuk makan  choki-choki tidak menyebelahinya. Malangnya, ia merupakan bungkusan yang terakhir. Air muka Shafiqa sudah cukup menapakkan kesedihannya. Lantas dia mengorak langkah keluar dari kedai yang telah  terasa hangat. Hangat bukan kerana padat tetapi hangat dengan tingkah lelaki yang tidak menunjukkan ciri gentleman..’dengan pompuan pon nak berkire! Bagi jela..hish..geramnye!’ getus hati kecil Shafiqa yang agak baran dengan tingkah lelaki itu.
Sebelum sempat Shafiqa melabuhkan punggungnya di atas kerusi batu di perkarangan Dataran Usahawan, terasa ada orang yang sedang memanggil…”saudari…saudari..saudari baju merah! Tudung hitam!”..ish bising la mamat nih..nak panggil orang pergi la dekat..ini terlolong-terlalak kat sini buat pe?’ hatinya masih bengang . “Fikh! Tuh ada orang panggil hang..hang la yang pakai baju merah,tudung hitam tuh..” Aina menyapa Shafiqa yang tak habis-habis mengomel.”apenye sape pulak..??”..”tuh..pusing la belakang..”..Shafiqa pusing dengan lajunya..tiba-tiba darahnya tersirap terkejut dengan kedatangan lelaki yang telah merosakkan moodnya beberapa minit lalu..sesekali hidung mancungnya terhidu wangian Dunhill milik lelaki itu…”ha! Tak pandai nak bagi salam ke?Kamu nak ape lagi??” Shafiqa geram.”oppss…maaf..waalaikummussalam…ni ha amik ni..cheq bagi.” Jawab Imran Haikal dengan muka yang bersahaja seolah-olah tidak mengambil hati dengan kata-kata itu. Tangannya yang tadi mengagau di dalam koceknya telah berjaya mencapai sesuatu,  lantas menyerahkan bungkusan choki-choki kepada seseorang yang lebih layak menerimanya…” Tak pe..tak payah saye dah tak rase nak makan..”..Shafiqa menolak gara-gara ingin menutup malu kerana tiba-tiba meniggikan suara. Kelihatan wajahnya yang putih gebu bertukar rona merah.Tidak semena-mena angin Shafiqa bertukar ribut. Nak tak nak.. Shafiqa mengambil juga bungkusan tersebut atas desakkan Si Aina yang sedikit kecoh pagi Khamis itu. Imran berlalu dengan hati yang berbunga…
“Fikh, saye pergi dulu nanti kite jumpe kat DS..” Aina memanjangkan langkahnya  untuk ke sesi latihan Taekwando. Fikh yang masih di atas katil sedang sedap menikmati tidur petang yang mendamaikan. Tidurnya yang sedikit terganggu akibat panggilan Aina membuatkan dia menukar posisi. Bukannya nak bingkas bangun tapi sebaliknya pula yang terjadi.
“tukkk..tukk…tukk…” sekali lagi mimpi siang Fikh terganggu . ‘ish….sape nih kacau orang nak tdo ni…tak boleh  tengok orang senang…hisy…kacau..kacau..kacau!...’ Fikh mengomel bisu…”Fikh…….aku malu…….aku malu…aku malu……”sebaik sahaja tombol pintu bilik itu dipulas Aina terus saja menerpa rakan sebiiknya. “awat nya cheq? Salam tak bagi..dengan kasut tak tanggai lagi ni? Apa malu sangat nya..?”..haish..cik kak ni…duk mamai-mamai pun nak  try berloghat kedah..gerutu Aina..
Fikh yang tadi mengomel bisu kian bersuara,tatkala rakan baiknya semacam tidak keruan. “Fikh hang tengok la ni seluar aku.. td bocor….sudah la hari ni training buat side kick…Zaidi yang teguq aku….malu..malu..malu…”  Muka Aina  tiada lagi raup tenang, tapi susah hati pula yang bertandang. ” Ala…Aina biasa la tu..dah nama pon pompuan kamu ni…” Aina cuba menenangkan. “ye la…hang takkan tak tau perangai Zaidi tu macam mana……..” Aina tak berpuas hati. “takde pape la…dah..dah tok sah duk susah hati…berapa lama la sangat si mamat tu nak bising…lagi pon dia kan dah besaq…takkan tak paham kot..” Fikh terus memujuk. Zaidi sangat terkenal dengan sikap nakalnya. Dia juga sering menggangu Aina. Ada-ada saja bahan yang nak diusiknya. Sesekali Aina menyuarakan kata-kata hatinya kepada Aina  “Aina, aku rasa Zaidi tu minat kat hang la…dengan orang len tak dak pulak nak kacaunya…” Aina terus menafikanya kata-kata Fikh. Fikirnya mustahil kalau orang yang suka pada kita, sering membuat hati kita sakit!
bersambung............

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .