RSS

Monday, August 30, 2010

BICARA PENA: (Cerpen bersiri : Pencuri Hatiku /Episod 3)


EPISOD 3

Sabtu yang di tunggu kian tiba, semua ahli jawatankuasa PUM sibuk membuat persiapan terakhir sebelum Ekspo Usahawan berlangsung. Shafiqa tidak ketinggalan. Dia merasa lega kerana hari yang di tunggu sudah tiba. Ini bermakna tugasnya hampir selesai. “Hmmm..nampaknya aku just nak kene tunggu buat laporan je lah…harap-harap tak de pape yang menyusahkan hidup aku sepanjang ekspo ni..” katanya penuh pengharapan. “ Aku pun harap macam tu jugak, kalau tak… habis ‘benjol’ kepala aku kena smash ngan diorang nih..” Syahir turut berharap perkara yang sama. Mereka berbual kecil di sudut dewan sambil melihat ‘anak buah’ masing-masing bertugas. Mereka berdua memang secocok! Dari jauh ada sepasang mata yang memandang nakal. Aina Adira! Si gadis molek ini memang gemar menyakat Shafiqa dengan presidennya. Katanya merpati dua sejoli. “ Ehemmm…ehemmm… tegur Aina yang dibelakangi Shafika dan Syahir. “Eh..bile pulak kamu datang sini? Tadi bukan ke kamu kat depan stage? “ Shafiqa kehairanan. “Isy..isy..Isy..tu dia la hang…kalau duk asyik bersembang ngan orang sebelah tu..chek mai pun tak perasan dah…hihihi” . Gedebuk!. Satu das terkena. Shafiqa menahan sabar. Kalau tak kerana Syahir di sebelahnya memang merasa la si Aina ni cubit-cubitan!. “Aina….kamu ni…”, Shafiqa membulatkan mata sepetnya menahan marah. “ Ha…kenapa dengan kamu ni Fikh, merah semacam muka” tegur Syahir yang melihat perubahan pada wajah mulus Shafiqa. “Erm…tak de pape Syahir..saje je.. si Aina ni…” jawabnya sedikit gelabah. ‘isy..mamat nih sempat plak tengok orang’. “Ha…Aina tak habis-habis nak menyakat buah hati saya nih “ Syahir menduga Shafiqa  yang sudah tidak keruan. Gedebuk! Satu tamparan lagi terkena ke batang hidung Shafiqa. ‘hisy..Syahir ni memang nak kene front kick ngan aku nih’ getus hati kecilnya. Aina dari hanya membuah sengih kerang busuknya! “ ha… lega aku my sweetheart da beaking aku..kamu Aina mane sang perwira idaman hati tu tak nak datang menyelamat ke? “. Lancar sekali Shafiqa memperli. Kali ini Syahir terkena!
                “Epy…tuh tengok tuh…” Imran menjuih bibirnya menunjukkan adegan di sudut dewan. Sesekali dia sedikit cemburu. ‘ eh..napa pulak aku nak jelous ni…aku tak kenai dia pun tetiba pulak nak jelous.. dah la tak kenai…nak kata bersembang… huh..jauh sekali…’ Imran bermonolog sendirian. “ Napenye Im…kau tak kenal ke budak puan sebelah Syahir tu? Diakan S.U kite…mestila kene selalu duduk bersame…atau...kau de hati ngan dia???” Hafifi dengan panjang lebar menerangkan kepada sahabat baiknya. “ Haish…hang ni..aku memang tak kenai dia pun. Nak bersembang lagi la…takkan bley senang nak jatuh hati…” Imran cuba mengelak. “ ha?? Kau tak kenal S.U kite? Biar betul…kau nie kite dah nak habis sem satu dah…” Hafifi kaget dengan kenyataan Imran yang mendakwa dia tidak mengenali Setiausaha presidennya. “ Hang takkan tak tau…aku kan jarang p meeting…asal ja nak p ada ja panggilan ‘emergency’ “ Hafifi baru tersedar yang sahabatnya memang jarang ke meeting persatuan. Walhal setiausaha mereka memang kerap menyampaikan tazkirah setiap kali pertemuan diadakan. Masakan dia tidak tahu!. “Ha…patut la…aku baru teringat..hang datang je meeting tu mesti si Adila tu tak bagi tazkirah…tapi rugi gile dow…sedap dia bagi tazkirah.” Puji Hafifi penuh keikhlasan. “ eh pe nama dia? Adila?...huhu..aku baru tau nama dia. Ya ka…rugi betul aku..kalau cam tu next sem aku kena mai meeting selalu la…hahahaha” Imran kesal. “hey bro…ade pape ke? Hmmmm??” Hafifi terkesan! “isy tak dak eh…aku rasa ralat la pulak selalu sangat tak p meeting…hang takkan tak tau aku…kalau da meeting petang, aku ni ada commitment len…takraw aku tu sapa nak jadi tekong..kalau bukan aku…’’ sedikit mendatar suara Imran. “ ok lah..aku faham…tapi…aku nak habaq sket…dia dah de admire…” Hafifi cuba berdialek Kedah tapi tak menjadi! “ya ka? Dengan sapa?” ‘cepat sekali soalan itu terpancul keluar.’aduh..melepaslah aku!’ hati kecilnya sedikit meraung. “Zaidi!” jawapan yang ringkas tapi padat daripada Hafifi. “Zaidi?? Playboy college tu ka?” terkejut dibuatnya. Baginya mana mungkin seorang gadis yang ‘sejuk mata memandang’ tu menjadi mangsa si Zaidi! “ Im..kau tak payah risau la… kalau kau berminat aku bley jadi cable…hahahha…ala…small matter la…tapi,aku rasa yang ni macam susah sikit. Kau kena intro dulu nanti aku tolong-tolong la.. adjust dengan bantuan bestfreind dia tu si Aina… “ Hafifi sangat membantu kali ini. “ eh betul ka? Hahahahaha…kecil  tapak tangan tong dram cheq tadahkan..” dua sahabat terus ketawa dengan dunia ciptaan mereka sendiri.
bersambung.........

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .