RSS

Monday, June 4, 2012

SALAM IMTIHAN: mujahadah dgn istiqamah, bkn karamah!

Bismillahirahmanirahim,

Assalamualaikum wbt,


sekian lama, blog ini tak bertuan, hari ini terpanggil untuk berkongsi cerita meskipun banyak perkara perlu di telaah dan mengharap komitmen yang tinggi. justeru, moga luangan masa untuk mengangkat pena ini memberi peringatan pada diri ini, jua pada yang sudi membaca. :)

firman Allah dalam surah Assaf, ayat:2
mengapa kamu tak buat apa yang kamu perkatakan?


Sahabat yang dirahmati Allah,

Medan juang seorang pelajar kian menghampiri kita saban tahun di akhir semester. apakah kita telah bersedia?

Justeru, dalam bingkisan ini untuk sama-sama mengingatkan diri kita bahawa 
MUJAHADAH DENGAN ISTIQAMAH BUKAN KARAMAH!

kejayaan yang diharapkan bukan ia datang secara keajaiban. Ya, mungkin ada tapi bilangannya terlalu sedikit, bak kata pepatah melayu; untung sabut ia timbul untung batu ia tenggelam. kerana kebanyakannya adalah untung batu iaitu tenggelam!

Berpijaklah di bumi yang nyata, tanpa usaha yang gigih, belum tentu menempatkan kita di tempat yang di idam-idamkan. yakinlah, dengan usaha yang istiqamah (berterusan) mampu membuatkan hati dan jiwa kita mencapai tawakkal kepadaNya yang tinggi. dan kejayaan yang diharapkan itu tak datang bergolek ; yang bulat tak datang bergolek yang pipih tak datang melayang.


MUJAHADAH DENGAN ISTIQAMAH BUKAN KARAMAH!

Mujahadah dalam erti kata lainya ialah bersungguh-sungguh untuk menundukkan kehendak nafsu . dan orang tak panggil mujahadah kalau perubahan yang dilakukan itu ke arah keburukan. seharus dan sewajarnya kalimah ini membina dan membangkit semangat juang kita. kerana ia menjadi kalimat kerana para sahabat terdahulu dan mujahidin hari ini ketika pergi berjihad untuk menentang kuffar laknatullah. Maka, medan juang peperiksaan ini jua menjadi jihad bagi kita dalam konteks sebagai pelajar. kita berjihad untuk mengangkat syiar Islam, khuatir kalau-kalau kitalah yang menjadi punca fitnah kepada agama. Nauzubillah.

Istiqamah,Mengikut pendapat sahabat Umar Khattab,"Istiqamah ialah suatu keadaan di mana kamu mengikut perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang oleh agama secara berterusan dan tidak berdolak-dalik serta ke sana kemari seperti musang. Istiqamah yang benar mestilah diasaskan atas dua perkara iaitu iman kepada Allah dan amalan mengikut apa yang dibawa oleh nabi, zahir dan batinnya. Orang yang sanggup beristiqamah adalah orang yang berprinsip, mempunyai integriti serta bermaruah tinggi. Lidah mereka tidak bercabang. Semangat juang mereka tidak dapat digoncang dan dilemahkan.

Karamah adalah dari bahasa Arab yang bermaksud kemuliaan atau kemurahan iaitu kemuliaan atau kemurahan yang Allah kurniakan pada hamba-Nya yang bertaqwa, yang bukan bertaraf rasul dan nabi tetapi pada yang bertaraf wali. Ia berlaku pada seseorang itu dengan menyalahi adat kebiasaan, di luar logik akal atau khawariqul ‘adah. Umpamanya dapat rezeki tanpa diduga atau tanpa logik, dapat ilmu tanpa berguru, dapat bantuan-bantuan yang tidak terduga, dapat kasyaf, hatif dan firasat. Ini semua dikatakan karamah.

maka, sebagai insan yang tak terlepas dari noda dosa. apakah kita hanya berharap pada karamah Allah semata? tanpa berusaha terus menerus? ia masih terlalu jauh untuk mendapatkannya namun, ia bukanlah mustahil.  lantaran itu, istiqamah menjadi penawarnya. kerana Baginda SAW bersabda bermaksud, aku suka pada amalan yang sedikit tapi ia berterusan. dalam hadis riwayat yang lain;

عن أبي عمرو وقيل أبي عمرة سفيان بن عبد الله قال: قلت یا رسول الله! قل لي في
الإسلام قولا لا أسأل عنه أحد غيرك. قال : (( قل آمنت بالله ثم استقم )) رواه مسلم.
Daripada Abu `Amru - atau digelar juga Abu `Amrah - Sufian ibn Abdullah r.a. beliau berkata:
Aku berkata: Wahai Rasulullah! Ajarkan untukku dalam lslam suatu ucapan yang aku tidak perlu lagi bertanya kepada orang lain selainmu. Baginda bersabda: Ucapkanlah: Aku beriman kepada Allah. Kemudian hendaklah engkau beristiqamah. Hadis riwayat al-lmam Muslim.
ia tak semudah bicara pena ini, namun, mesti diyakini, kita mampu melakukannya kerana sudah terbukti umat terdahulu berjaya melaksanakannya.  insyaAllah moga Allah menunjukkan jalan untuk kita, lantaran memberi taufik(kekuatan)nya untuk dilaksana setelah Dia menganugerahkan kepada kita hidayah (petunjuk).


DI LAKNAT ILMU?

Ilmu itu milik Allah, walau apa jua ilmu yang di pelajari ; ilmu agama, ilmu kejuruteraan, ilmu perubatan, ilmu ekonomi dan lain-lain. kerana Allah telah berfirman dalam kitab yang mulia; 


وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِن شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِن بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَّا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّـهِ ۗ إِنَّ اللَّـهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ
Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta), ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, niscaya tidak akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.(Qs 31:27)

dalam menuntut ilmu, ada adab-adab mesti kita landasi. bimbang kalau ia melaknat ke atas kita, natijahnya kita hanya mendalaminya sekadar untuk menjawab peperiksaan bukan mengutipnya untuk mendalami Ilmu Allah yang maha luas. insyaAllah pengakhirannya kita mengenal Siapa Tuhan yang mencipta kita. Itulah hakikat sebenar prinsip Ilmu Allah.

kerana sesungguhnya, Ilmuan-ilmuan Islam terdahulu telah membuktikan kepada kita seperti di zaman khilafah Abasiyyah, munculnya tokoh-tokoh islam seperti; Ibn Sinna, Al khawarizmi, Ibn Khaldun ; Cordova menjadi pusat ilmu dunia dll bahkan fenomena lebihan doktor berlaku pada saat itu dan ia amat menakjubkan! 

dimana kita hari ini?yang dikatakan hidup dalam dunia sains teknologi yang canggih manggih. yang amat menyedihkan 
lagi, ilmu yang kita pelajari terpisah dari Agama. Dualisme dalam pendidikan. jika dilihat tokoh-tokoh hebat terdahulu, 
mereka mengenggam kedua-duanya agama dan ilmu. (mungkin dapat dibincangkan dilain entri. I.Allah)

Sepertimana amalan-amalan yang lain, langkah yang pertama adalah keikhlasan diri. Langkah ini merupakan faktor yang amat penting sehinggakan Rasulullah telah memberi amaran: Maksud hadis riwayat Ibn Hibban dan ia dinilai sahih oleh Syu’aib al-Arna’uth dalam semakannya ke atas Shahih Ibn Hibban (Muassasah al-Risalah, Beirut, 1997), hadis no: 78

    Sesiapa yang mempelajari satu ilmu yang sepatutnya dilakukan kerana mencari Wajah Allah, namun dia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan keuntungan duniawi, maka dia tidak akan mencium bau syurga pada Hari Kiamat.”


Sikap yang positif dan keyakinan diri adalah faktor yang penting untuk mencapai sesuatu tujuan. Faktor ini tidak terpisah bagi sesiapa yang ingin memahami agama yang dicintai ini. Bahkan ketahuilah bahawa sesiapa yang berusaha dengan ikhlas untuk tujuan ini, maka Allah akan membimbingnya, sebagaimana firman-Nya:
    “Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami; dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.”
    [al-Ankabut, ayat 69]

DUGAAN NIAT HATI



peperiksaan..perjalanan mengislah (perbaiki) diri...untuk merealisasikan 'khair ummatin' (sebaik-baik umat)...
moga niat kita benar mencari redha Allah.. :) 

janji yang telah rasulullah katakan pada 1400 tahun yang lampau...

The prophet (SAW) said: For him who embarks on the path of seeking knowledge, Allah will ease for him the way to  paradise.

'HISH KENAPA NAK TENGOK AKU BUAT?HMM..AKU TAK TAHU LA YANG NI..KAU TRY LA TANYA ORANG LAIN'

Sedarkah kita Ilmu itu milik Allah, mengapa perlu berkira-kira dalam menyampaikannya? aduhaaiii...
lupakah kita bahawa Ilmu Nya maha luas,

cuba celupkan jari kedalam air dan angkat jari itu...dan banding kan dengan lautan dihadapan kita.


lihatlah hanya setitis itu ilmu yang kita ada dan lautan itu adalah territory ilmu Allah. tidak tergamamkah kita dengan perumpamaan itu? namun hakikatnya ia tetap milik Allah; dengarkan firmanNya...

(Dengan ilmu pengetahuan), Kami tinggikan pangkat kedudukan sesiapa yang Kami kehendaki dan tiap-tiap orang yang berilmu pengetahuan, ada lagi diatasnya yang lebih mengetahui." (surah Yusuf ayat 76)
justeru, mengapa perlu kita bangga dengan ilmu, 'kebijaksanaan' yang ada tanpa mengendahkan sahabat-sahabat yang terkapai-kapai mengharap kita mengajarkan kepada mereka? sedangkan hakikat yang nyata dalam firman itu Ada lagi yang lebih mengetahui. Astaghfirullahal a'zim...

BERMUNAJAT

sahabat yang dikasihi Allah dan Rasul,

sungguh manusia itu apabila dalam kesempitan dia akan mencari suatu kuasa yang Maha Kuat. siapa dia sekalipun, baik muslim mahu pun non-muslim. kerana itu adalah fitrah. tidak kira dia seorang alim, mahupun tidak kuat agama, hatta ethis sekalipun, tetap mengharap pertolongan pada suatu 'kuasa besar'.

bayangkan seseorang itu tersesat di hutan banat, tiada manusia yang dapat menyelamatkan nya saat itu, perasaan gentar takut-takut diserang binatang buas yang berkemungkinan dia akan terserempak. pada saat itu, PASTI dia mengharap suatu Kuasa yang dapat menyelamatkan kepadanya.

indahnya Islam,  mengajar kepada kita tentang tawakkal. keindahan tawakkal yang tak dapat dinukilkan dengan pena melainkan dengan hati dan jiwa yang pernah merasainya..tanpa sedar dia mengucapkan.. 'Ya allah...' '..oh tuhan..' dll.

justeru, persiapan kita menghadapi hari besar ini saya menyeru diri,jiwa dan jasad saya jua sahabat yang dikasihi sekalian, untuk kita bermunajat kepadaNya dengan sebenar-benarnya. itulah tanda kita seorang hamba. serba kekurang lagi naif. setelah berusaha semampu mungkin (hakikatnya ia adalah kudrat yang telah diberi olehNya) tanda kita mensyukuri segala nikmat yang diberi; kefahaman, ingatan, kemudahan untuk menjawab dan berhujah dan sebagainya. moga kita jadi hamba yang bersyukur. Insyaallah.


Berbicara tentang syukur, Allah memberikan satu jaminan kepada kita sebagaimana dalam firmannya surah Ibrahim ayat 7:
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيْدَنَّكُمْ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِىْ لَشَدِيْدٌ
Artinya:
“Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), Maka Sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.
Ayat tersebut memberikan satu mesej yang cukup jelas, yakni apabila kita bersyukur dengan pemberian Allah pastinya Allah akan menambahkan lagi kenikmatan kepada kita, lalu berbahagialah hidup kita.
Namun, seandainya kita mengkufuri nikmat Allah yakni dengan cara tidak mensyukurinya atau menyalahgunakannya, maka kita akan mendapat pembalasan yang berat dan pedih daripada Allah. Mungkin sahaja pada hari ini kita melihat ramai orang yang mengucapkan lafaz syukur tetapi kehidupannya masih juga tidak bahagia, rezeki datang dan pergi. Ada juga orang yang mengucapkan lafaz syukur, hidup mewah dengan harta, tetapi masih tidak berakhlak dengan perilaku dan sifat sebenar seorang Muslim. Akhirnya, ia juga akan mendapat balasan daripada Allah.
Jadikanlah kami dari kalangan hambaMu yang bersyukur ya Allah....ameen..


REDHA ALLAH

apa yang penting dalam lapangan yang kita ceburi; matlamat kita hanya satu MENCARI REDHA ALLAH dimana sahaja. kerana itu menjadi ukuran dan harapan yang kita sering panjatkan dalam makna setiap kali doa kita;

Robbana aatina fiddunia hasanah, wafil akhirati hasanah, waqinaa a'zaabannar... ya Allah ya Tuhan kami, kurniakan kpd kami kejayaan di dunia dan akhirat, justeru, jauhilah kami dari azab api neraka.. :)

Lembutkan hati yang keras ini dengan alunan Al-quran, solat-solat sunat (jika tak mampu moga kita lazimi sunat Taubat), zikir, selawat dan lain-lain. mudah-mudahan Allah menunjukkan kepada kita jalanNya. Ameen... 



PENUTUP
Selamat bermujahadah!!!

Ya Allah Yang Maha Mendengar, Kami Datang Pada-Mu Dengan Hati Dan Jiwa Yang 
Kerdil Dan Hina, Kami Ingin Memohon Restu Dan Keampunan-Mu. Permudahkanlah 
Urusan Kami Dalam Menghadapi Peperiksaan Ini. Permudahkanlah Urusan Kami 
Untuk Menjawab Soalan Dalam Peperiksaan Ini. Angkatlah Hijab Yang Selama Ini 
Menyukarkan Kami Untuk Memahami Dan Mengingati Segala Ilmu Yang Telah Kami 
Pelajari. Permudahkanlah Urusan Kami Di Dunia Dan Akhirat. Sesudah Itu, Akhirilah 
Perjuangan Kami Ini Dengan Kejayaan Yang Cemerlang Di Dunia Dan Akhirat.
 Ya Allah, Beri Kami Kejayaan! Agar Kami Dapat Melihat Senyum Air Mata Bahagia Kedua  
Ibu Bapa Dan Guru-guru Tercinta Kami. Ya Hayyun Ya Qayyum, Berilah Kami 
Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat. Kami mengakui kesucianMu wahai Tuhan kami, 
Tuhan yang mempunyai  segala keagungan dan kekuasaan, daripada apa yang mereka 
katakan. sejahteralah 
kepada sekalian rasul segala puji bagi Tuhan kami, Tuhan yang memelihara dan 
mentadbir sekalian alam... Allahumma Amin..”

Akhir kalam, yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk itu dari diri yang naif ini. hakikat kedua-duanya daripada Allah yang di sandarkan kepada saya. moga Allah mengampuni saya andai kata-kata ini berlandaskan nafsu yang jahat, hakikatnya tidak lain hanya untuk perkongsian bersama. insya Allah. salam imtihan sahabat, all the best!!! Barakallah alaikum wa A'laina.. ^^
wassalam...

Friday, May 4, 2012

Gegarkan Kerusi Empuk Mereka (GKEM)

gegarkan kerusi empuk mereka,
baru mereka tahu tak selamanya menongkat dunia...

gegarkan kerusi empuk mereka,
biar mereka tahu luasnya kursi yang Esa...

gegarkan kerusi empuk mereka,
pada kezaliman yang tersembunyi,
di sebahagian golongan yang terpencil,
terpencil pada pembongkaran kefasikan,
terlindung dek topeng jelek kebajikan...

panas duduk dikerusi empuk,
siang malamnya menjadi resah,
lenanya diganggu mimpi ngeri,
takhta yang dijulang dulu, kini dihujung tanduk,
kerna mungkin itu yang terakhir mereka dikerusi empuk..

sekian lama menggila atas tiket dangkal sang rakyat,
berkurun menyimpan di pekung dada kemunafikan,
kebal rasa bersalah atas noda dosa,
amanah kepimpinan bagai tuah pada perut kroni,
menghalal yang haram tanpa gerun jauh sekali merasa segan...

titik peluh rakyat bagai pesta mengaut keuntungan untuk mereka,
menghulur pada bukan yang haq,
menyimpang dari nota pengucapan mereka,
manis dimulut, hakikatnya ia berkata nista!
aduhai kalian...lupakah akan amaran TuhanMu?

" wahai yang beriman,mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?" (as-saf:2)

tangan bawah dan atas sama merasa memberi,
imej islami sudah dikaburi,
kerana pangkat dan harta agama dibuang ketepi,
aduhaaiii...orang yang mengaku dia beriman...
apakah azab Allah boleh dibalas ganti?

kebagusan mereka dicanang di media,
minda rakyat terdotorin maksum si penguasa,
akhbar melipat maut mengangkat kebatilan,
lantas mengkaburi kebenaran,
mengampu menambah perisa keelokan si pendusta...

nyatalah hari ini, kebenaran sekalipun ia ditindas..dibidas,
makin ia menjalar hebat!
tanpa perlu dibajai,
tanpa perlu udara segar,
ia tetap mekar segar bugar...

nun..diceruk dunia, anak muda kian bangkit,
dari segenap dimensi, tanpa wujud diskriminasi,
tidak berpuak bangsa, mahu agama, mengangkat kebenaran sejagat,
mengaum menggegar tembok keempukan mereka,
menggoyang tiang seri kepimpinan yang bernajis korupsi...

ia masih akan terus terkunci jika kamu hanya duduk disitu tanpa ada apa-apa samada sokongan atau tenaga...


taring siasah kian menajam,
mula mencengkam leher agamawan,
membangkit kesedaran ummah,
setelah sekian lama agama terpisah,
angkara rebah sistem khilafah...

di barisan mereka....
bom bahaya dan polis bersiap siaga,
dari darat serta udara,
untuk merempuh barisan lemah dari instrument,
tapi tidak pada spiritual...

wahai ummah desawarsa ini,
fasa lima kian menghampiri,
janji kemenangan pastikan ia dikemas rapi,
dikunci jauh..disudut sanubari,
yakin ia janji benar dari Rabbi...

tamatkan riwayat keangkuhan yang tak bermaruah,
sunggkurkan moga mereka sedar sebelum ajal menjengah,
moga terlakar seinfiniti hikmah,
mengangkat kalimah Allah,
demi membina generasi beraqidah islamiyah...

moga terukir dibumi tercinta ini...
"baldatun thoiyibatun warabbun ghaffur"

~spusmkkj0330:05052012~



Bendera Kita..tegakkan ia di negara terchenta ini..kerana ia Syumul, sentiasa relevan sepanjang zaman...


Thursday, April 26, 2012

Di mana destinasi Segulung Ijazah?

 Bismillahirahmanirahim..

Di mana destinasi Segulung Ijazah?

 Alhamdulillah, syukur kita rafakkan ke hadrat allah taala dengan limpahan nikmat dan rahmatNya, hari ini kita masih di beri peluang untuk hidup. justeru, nikmat y terbesar y jgn sekali2 kita lupa... nikmat iman dan islam pd hari ini moga allah sudi meminjamkan kpd kta 2 nikmat terbesar ini hingga akhir hayat kitadoakn moga kita mati dalam...i...maaann... ameen2 ya rabb..
selawat serta salam buat kekasih junjungan Nabi Muhammad saw, ssungguhnya tanpa usaha dan kerja kuat baginda pasti Islam tak dpt kita kecapi hari ini..
allahumma solli ala saiyidina muhammad wa baarik a'laih.. 

amboii da gaya cam nak berusrah plop..heee..
brilah pringatan, sesungguhnya pringatan e2 sgt bermanfaat kpd org y beriman.. (beriman vs. muslim please find their similarities and differences)

Dalam dunia ni ad 3 ktegori manusia...

1. golongan y hdupnya utk dunia semata
     - golongan materialistik
     - menafikan hari kebangkitan
     - mendakwa hdup manusia akn tamat slepas mati
     - menginkari hari perhitungan
     - hdupnya y hnya tertumpu utk menguasai dunia demikian jg ilmunya.


2. golongan y sesat antra dunia n akhirat
    - golongan y sesat aqidah menyimpang dr redha n rahmat allah
    - menyangka mereka telah bbuat baik dgn agma mreka nmun usha itu adlh sia2 krn xberiman kpd   allah
   - kerja kuat mereka semata2 utk menyesatkan msyrkt utk mgikut jejak lngkah mreka dgn mlakukn plgai kerosakan aqidah.

3. golongan y menganggap dunia adlh ldg tanaman utk akhirt.
  - glgan y bnar2 b'iman
  - menganggp dunia adlh ruang utkk mereka berbakti kpd pencpta dgn ketaatan y xberbelah bg
  - sentiasa  mmperbaiki diri dgn Islam
  - mengutamakan kptingan Islam
  - merasai menjiwai kemuliaan Islam
  - menyakini maut dan hri akhirat
  - Allah adlh tujuan hdup

So, where we are? 1? 2? 3?
memetik2 kata2 imam al basri...

sesungguhnya ak sdg menasihati kmu, bukanlah beerti ak lah y terbaik dlm klangan kmu, krn ak jga pernah mlampaui batas utk dri sndiri. seandainya ssorg itu hnya dppt myampaikn dakwah apabila dy smpurna, nescaya xkn ad pendakwah.mka akn jd skitlah org y mmberi pringatan... :)

mari kita renung2kan....

ke mana hala yang nak di tujukan segulung ijazah?
suatu persoalan yang muncul dibenakku, tika dan saat ini...terfikir2 bgaimna dgnku nnt?...huhu

 
apa makna yang tersirat?
kalu ikut kata2 abuya Hamka, manusia dan haiwan adalah sama jika itu matlamat hidupnya...sekadar hidup dan kerja..

belajar > dapat segulung ijazah > bekerjaya > ada property; kenderaan, rumah > bina keluarga; kahwin,suami/isteri, anak pinak > naik pangkat may be CEO sebuah company dll...

lihat bukankah ada p'samaan..dr sudut...kita hidup...kita bekerja... dan haiwan itu hidup juga bekerja...
dunia jika di hati ia sukar di kikis, biar ia di tangan

tapi apa y membuatkan bezanya kita dengan haiwan?

1. akal y tercipta...
2. pertangungjawaban sebagai hamba n khalifah...

dan tidak aku jdikan jin dan manusia itu melainkan beribadah kepadaku.
persoalannya...dengan nikmat apa yang membuatkan kita menjadi mulia diatas muka bumi ini?
persoalannya...dimana kita meletakkan rasa tangunggjawab kita terhadap Agama ini? persoalannya...di mana kita meletakkan rasa hendak untuk menyatakan syukur, terima kasih, kalungan penghargaan atas nikmat iman dan islam itu?
persoalannya...di mana kita campakkan ilmu, kehebatan kita untuk Agama mulia ini?
persoalannya...apakah sepanjang2 urusan itu ia terpisah juzuknya dari Islam?

Tutupkan mata kita dengan kain... bolehkah kita berjalan dan berlari dengan yakin ke hadapan?

Begitu juga dengan kehidupan manusia, kita sebenarnya juga berjalan dengan mata tertutup tanpa mengetahui apa yang di depan. Bahkan kita tidak tahu, minit malah saat seterusnya apa yang akan berlaku...

Mujur kita diberi panduan dan batasannya oleh Allah untuk berjalan di muka bumi ini...


bukankah, tanda kebaktian kita pd Agama ini dgn berkhidmat utk mengakkannya,

tegakkanlah Islam dlm dirimu, nescaya Islam akan tertegak dibumi ini..
tegaklah sebagaimana cara skali pun, di penjuru mana sekalipun di bidang mana sekalipun, kerana kita adalah anak2 panah Islam...

kekadang gelanggang skangkang kera, nmun, prnanya seluas maya pd..adkalany pngkt mreka cma kuli biasa nmun jsany mgatasi hartawan, bngsawan n srjana~NHSL
tidak mulia sesorang itu tanpa Islam
maka,sesungguhnya kerana Islam inilah bt kita mulia! tiada y atas melainkkn y teratas itu adlh Islam...

dari sekecil2 prkara,hingga ke sebesar2 pkra tidak ter'miss' sdikit pn Islam pd khidupan kita...krn is adalah addeen...addeen the way of life...justeru, di mna Islam kita? sekadar pd IC? Mak ayah? atau pada kpercayaan dlm hti, iqrar bil lisan, di buktikan beramal dgn perbuatan...



bukan niatku untuk berleter..membebel...merepek dsbg...
tapi...tidak salah rasany klu kita utk sama2 berpesan2 pada kebenaran dan kesabaran..

kita lazimi membuka dan menutup majlis... tapi sejauh mana kita meneliti apa yang dipinta, di pohon itu, dan ap msej y hndk d smpaikn...
demi masa. sesungguhnya manusia itu kerugian. melainkan y beriman dan beramal soleh. y menyeru kpd kebenaran dan kesabaran.
kalam allah y ringkas tapi penuh dgn falsafah kehidupan. mencakupi segenap feil manusia.

jauh di sudut hati itu terlalu dahagakan 'santapan', mungkin terkilan sesekali bila melihat jasmani di beri hidangan...tp jarang sekali utk dia...

.lantaran itu, ak tinggalkan persoaln2 itu, moga kamu ketemu jawapannya jauh dlm hati...bertanyalah sesungguh-sungguhnya...krna usia takkan pernah turun, ajal y menjemput tanpa betah utk bertanya, 'bersediakah kamu?' sekali ia merenggus, sejurus itu ia membujur lalu...maka saat itu y bersama adalah ap y kita reserved utk djadikan bekal y pernah dilaburkan pd board saham masa lalu...

hingga btemu lagi di lain masa, barakallah alaikum  wa alaina, wabillahi taufiq wal hidaayah wslmwbt...

Take a break...Imbasan lalu.... :)

Program MIMATES 'Back to School' @ MRSM Pendang
 



umah shafiqah

CAMERON 2012




BLACK SHALE
syukur..ia buat ak byk bfikir & memuji kehebatan Pencitaku... penciptaan y unik begitu dinamik..
subhanallahiwabihamdih, subhanallahil a'zim..




Mempersembahkan...
KEMBARA INDUSTRI MIRES 2012

...tiada dlm gmbr..kupu2...
sekian wslm..
 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .