RSS

Saturday, August 28, 2010

BICARA PENA: (Cerpen bersiri : Pencuri Hatiku /Episod 1)

EPISOD 1
A ina kite kene cepat ni..dah lewat nanti kene tahan pulak ngan Cikgu Hanafi..” Shafika kian mendesak Aina yang sedang mengemas lipatan tudungnya. “ ala kejap la…macam tak besa pulak kena tahan ngan Cikgu Hanafi…hang ni Fikh…awat takut sangat nih…hihihihi…”Aina adalah antara muka-muka yang sering menjadi tatapan Cikgu Hanafi pada setiap pagi Khamis. “ yela… takkan le..asyik muke kite je yang Cikgu Hanafi nak tengok..kalu bagus tak pe la jugak,ini…lambat…macam siput” Shafika mengomel kepada rakan sebiliknya. “oh ye, nanti kite singgah jap kat bilik guru aku nak hantar assignment semalam”.”ok..ok…jom!”.
 “Ha, Aina!!!  Nak ke mana kamu?” suara yang semacam selalu didengari Aina setiba saja di persimpangan blok Ikhlas…”alahai….kantoi lagi..erm… nak ke dewan cikgu.” Aina  menjawab dengan muka innocent tapi..dalam hati ‘dug dap..dug dap...’. “Erm…cikgu saya nak kena buat kerja amal apa ya minggu ni?” Aina pantas bertanya kepada Cikgu Hanafi, sesekali menguntum senyum sumbing pada cikgu muda itu. “ bagus, kamu memang tahu hukumannya…tapi, kali ni saya tak berhajat nak suruh awak dan rakan seangkatan ni buat kerja amal…saya fikir kita buat pusing-pusing padang pulak…may be lepas ni awak lebih pantas  sikit…tak da lah berjalan macam siput…betul tak Shafika?”…Cikgu Hanafi sedikit sinis. ‘Alamak, apesal aku pulak yang kene smash ni?’…gerutu Shafika Adila dalam hati…“ Erm betul-betul…” jawab Shafika dengan selamba sambil menyiku Aina disebelahnya. Setelah berbaris di hadapan Pejabat Felo Kolej Kediaman atau lebih pantas di panggil PFKK, kumpulan ‘siput’ ini bergerak menuju ke padang bola bersebelahan Dewan Badlishah. Aina seolah-olah tiada perasaan dia mendahului kumpulan ini menuju ke padang tanpa menghiraukan pandangan senda daripada teman sekelasnya.
                Pagi itu Shafiqa asyik terlena dalam kuliah. Nasibnya baik sekali kerana Cikgu Umi tidak menegurnya seperti selalu. Mungkin kerana dia memilih tempat yang strategik iaitu di belakang si lampai, Hazwani. Semalam dia bersengkang mata sehingga jam 4.39 pagi gara-gara assignment cikgu cute itu.  “hey Fikh, cube tengok tu… “ Sabrina menunjukkan jari ke arah Asyraf Hito. “napenye…aku ngatuk la…” “tuh….tengok la…kejap pon tak pe…” “ ye apenye mane?”          Shafiqa bengang melihat kenakalan rakan sekelasnya yang gemar snap gambar orang yang tewas di medan kuliah. Asyraf snapper terkenal dalam kuliah mereka. ‘tak pe..tak pe..kau  Ceraf…nanti sekali kamu tertidur lam kelas setahun aku jaja gambar kamu..’ dendam Shafika pada Asyraf. Geram dibuatnya apabila gambar-gambar mangsa tekorban tu ditag didalam Myspace…memalukan! Tapi, bila difikir-fikir bagus juga. Ya, motivasi untuk tidak terbabas lagi dalam kuliah! Shafika sudah sebati dengan gelaran polar bear, hobinya adalah tidur.
                Kelas pada hari ini tamat awal oleh sebab Cikgu Johari terpaksa ke Kolej Matrikulasi Perak untuk membuat soalan peperiksaan. Cikgu yang agak berusia ini sering merangkul anugerah Guru Cemerlang Matematik setiap kali Hari Kualiti menjengah. Gayanya yang bersahaja membuatkan para pelajar mudah mendampinginya. Beliau mengaku dirinya sebagai ’Abah’ sudah sinonim dengan para  pelajar. Nampaknya nasib Shafika sangat baik, dia punya banyak masa untuk meneruskan hobinya. Seawal jam 2.00 petang dia sudah dibuai mimpi indah.  Dia akan bangkit setelah berasa lapar. Dia sangat bersyukur berada di sebuah kolej tajaan MARA kerana makan  dan minum sudah tentu tertanggung. Menu hari nasi minyak sapi ,ayam bersos tiram dan coleslaw. Pastinya akan membuatkan Shafika dan Aina gagah untuk bangun daripada tilam yang empuk.
bersambung............

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .