RSS

Friday, August 27, 2010

BICARA PENA: (Cerpen bersiri : Pencuri Hatiku / Prolog)

PROLOG
Malam itu, bumi Kolej Mara Kuala Nerang dilimpahi dengan cahaya neon disepanjang jalan menuju ke Dewan Badlishah.  Shafika sibuk menyusun atur dewan oleh sebab lusa adalah hari ekspo anjuran Persatuan Usahawan Muda (PUM) kolej. Syahir  jejaka tinggi lampai pemilik kulit hitam manis sibuk melihat pelan yang telah di reka oleh Exco Dekorasi Dewan. Apa tidaknya jika Pengurus syarikat yang menyertai ekspo ini tidak berpuas hati dengan tempat mereka pasti kepalanya dihetam dulu. Tambahan pula ini adalah projek sulung arahanny setelah menggantikan mantan presiden bagi persatuan tersebut.
                Sesekali Imran dari sudut atas dewan mencuri-curi memerhati pemilik tudung jingga yang sederhana tinggi. ‘ isy… sape tu? Aku tak pernah  tengok pun sebelum ni?’ getus hati kecilnya.  Dia seolah-olah tidak berpuas hati. Ingin bertanya kepada rakan lain nanti di fikir lain pula.
“Hmmmmm… tak pa…nanti aku mesti tau sapa kau wahai si Jingga” …”hey Im, ape yang ‘tak pa’ nye? Betul tak ni aku susun bende alah nih?” tegur Helfy yang sedang menyusun set PA system untuk kegunaan DJ pada hari ekspo nanti.
“Eh.. eh..erm ok.. ok..” tekejut dibuatnya…’isy…camana boleh terlepas ni…nasib bek  mamat ni tak perasan, kalau tak…huhuhuhu…’ Imran Haikal menghela nafas lega…
                Jam Rolexs Shafika telah menginjak ke pukul 12.08 pagi. “ Aina, bile kite boleh ni? Aku tak siap lagi assignment Cikgu Umi, dah la kene hantar awal-awal pagi pulak tu…” rungut Shafika.
 “Fikh, aku rasa cam kejap ja lagi kot , aku nak letak lady bird sekoq kat banner nih..so, ni trademark  hasil kerja aku…hehehehe…” Aina memang terkenal dengan kekretifannya dalam bab-bab macam ni. Jadi, memang tak salah rakan-rakan persatuan memilihnya sebagai Ketua Exco Dekorasi. Gadis kenit ini memang  riuh orangnya kalau sehari tiada dia,semacam tiada seri  pula.
”Eh ,nampak gaya macam presiden dah panggil tuh, jom  kita p kat stage utama “ Aina membuka langkahnya sambil memegang tangan Shafika yang agak layu itu.  
Syahir memulakan bicaranya, “ baiklah, saya rasa kita berhenti setakat ni dulu then, kalau ada apa-apa masalah bolehlah datang jumpa saya. Erm, mungkin petang lusa kita jumpa lagi untuk buat finalis, saya harap semua ketua exco dan anak-anak buahnya dapat hadir. Sebelum kita balik ke blok kediaman elok rasanya kita buat round table…” Syahir menyebut nama-nama ketua exco bertanyakan masalah mereka..”hmmm…nampaknya tak ada apa-apa lagi. so, see you after tomorrow…insyaallah and Assalamualaikum..”  semua yang berada disitu menyambut salam dengan penuh girang. Mana tidaknya mata masing-masing sudah membayangkan katil..,hahahaha…
bersambung..........

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .