RSS

Friday, March 16, 2012

Pena Menulis : Mencerna Takdir

Mencerna takdir

Hati berdebar,
Nafas berombak bagai  Tsunami Disember,
Batang kaki menggeletar,
Mata tercari-cari punca pengamatan realiti,
Peluh sejuk membasah dahi…

Mencerna takdir,
Saat ia tiba, datang menerpa,
Merenggut irama lagu di dada,
Tanpa salam muqaddimah,
Tanpa ada ulas pembuka bicara…

Ahhh…Air hangat kian bersungai di wajah,
Mengepang  takung dek kerana hati lara,
Minda ligat mengundur kebelakang,
Melayar segala coret-coret bebayang,
Yang  tinggal kini lipatan memori usang…

Tika ini,
Lidah kelu tanpa patah kata,
Hati meraung sekuatnya,
Mengegar kota jiwa,
Membirat belahan rasa,
Ingin saja ku berlari mengelilingi dunia,
Agar terputar masa ke belakang…

Allahurabbiiiiii…
Kuatkan aku,
Besarkan jiwaku,
Untuk mencerna takdir-Mu ini,
Izinkanku berteduh di pohon  Qudrah dan Iradah-Mu…

Hanya termampuku,
Menarik diri seluruh jiwa,
Ke lipatan lutut menemu bumi,
Dahi mencecah ke lantai sejadah,
Segala anggota merintih pilu,
Mendamba restu pada Pencipta…

Untuk berpaut pada dahan Qawiy-Mu Rabb,
Mengharap keajaiban,
Tibanya pelangi malam…


“Kehidupan seharian kita sememangnya tidak boleh terlepas daripada nasib baik atau malang. Jadi, terpulanglah kepada kita bagaimana kita mahu menguruskannya. Jika kita mahu hidup kita tenang dan bahagia, cubalah sentiasa berfikir bahawa apa-apa sahaja yang kita lalui adalah susunan terbaik daripada Allah. Sememangnya ada hikmah-hikmahnya yang tersembunyi yang hanya menunggu masa sahaja untuk dizahirkan. Terimalah segala yang berlaku seadanya. Siapa tahu ia adalah nasib baik atau malang?”
aku termenung di tepi sg kerian...
terfikir akan perkara yang meminta2 untuk difikir,
tertanya pada diri...
apakah ak bersyukur hingga ke hari ini?
atas sgala nikmat...
atas sgla kebahagiaan...
jua...
yang berat dan sering diri ini terlupa...
bersyukur atas ujian yang di beri...
haishhh...
ia susah...

tapi percayalah,
bila merasa bersyukur atas ujian bertimpa-timpa,
hati kecil ini terasa lapaaaaang sekali...
saat tu,
baru mata boleh melihat...
dunia ini hanya sekeping kertas kumal,
di campak kedalam air,
maka lerailah ia...
~nikmat~
bisa
tersenyum saat ujian melanda...

moga hati ini betah utk tetap bertahan :)

duhai hati,
kau hanya punya jasad yang kecil,
tapi...
kau mampu bertahan bila badai kehidupan melanda...
jauh lebih bsar lagi dahsyat dari mu...

maka,
tak hairanlah klu bginda SAW mengatakan...

ada suatu daging bla dy baik, maka baiklah ia sluruh jasadnya,
jka ia rosak, mka rosaklah seluruh jasadny...
itulah 
...HATI...
<3

wallahualam.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .