RSS

Saturday, February 26, 2011

SHARING IS CARING : Unsur-unsur alam...

SBismillahirahmanirahim....
ASSALAMUALAIKUMWBT



Seperti kita tahu, ada 4 unsur yang pengaruhi kehidupan kita. nak percaya sangat pun tak tahulah tapi yang pasti memang wujud 4 unsur ini.. Tanah Air Angin Api.. dan yang menariknya perangai manusia, sikap manusia dipengaruhi unsur-unsur ini mengikut urutan kelahiran dalam family atau tarikh lahir.
  1. Tanah - anak yg ke-1, 5, 9
  2. Air - anak yg ke-2, 6, 10
  3. Api - anak yg ke-3, 7, 11
  4. Angin - anak yg ke-4, 8, 12
Jadiny...ak tanah...klu ikut zodiak...ak ni angin....klu ikut tarikh...ak ni air...haaa...tudia...sume ak concer excpt api...hahahahaha...anywy just a research...everythg Allah y tentukn...an3? 
hmmm...anywy sje nk suke2...kdg2 bnde ni mngena!..hahaha... trime dgn ati y terbuka baik burukny..as a guide... to be a better  for da next...:)
~ TANAH ~



TANAH
Sifat Manusia:
suka menjadi org yg memberi arahan, punya pegangan nilai tersendiri, tidak mudah dipengaruhi, tetap pendirian, kuat semangat, sukakan kebebasan, teliti membuat keputusan, selalu pening kepala memikirkan masalah keluarga dan adik-adiknya, sabar dan tidak cepat marah, selalu bimbang dengan keputusan yang dibuat, seorang yg keras hati dan sensitif, menjadi rujukan bagi adik-adiknya, tabah menghadapi hidup, boleh diharap dan sentiasa tenang menghadapi sesuatu. (by Ahmad Yusof Ibrahim)
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei), Virgo(24Ogos-23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).

*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan siksp berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

 ak semak kt blog len dy kate...


Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:  
  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami. 
  • Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah. 
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang. 
  • Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.

Lelaki yang berunsur Tanah (JENIS PANCAINDERA: SYAHWAT, KERING):
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis Deria. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaan. Orang yang menyedari kewujudannya di sini dan kini menghargai kebendaan,keras hatisabar,disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

Sedar mengenai hakikat diri, menilai material, sabar, tabah hati, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, efisyen, percaya hanya pada apa yang boleh dicapai oleh pancaindera, muram atau sugul, diberatkan oleh keperluan. Kepala angin, bimbang, tegas, tenang, boleh putus harapan, pendiam, tidak peramah, senyap. Badannya kurus, kurangnya tidur, tidak sabar jima', selalu sihat, banyak kerja.
~API~



Sifat manusia 
Golongan ini sering mengikut kata hati mereka, suka mementingkan diri sendiri, seorang yang keras hati, suka bermegah diri, kurang mempedulikan perasan orang lain, kurang beremosi, kuat semangat dan tidak mudah menyerah kalah, cepat terasa dan mudah tersinggung. sukakan cabaran dan sanggup menghadapi situasi yang berbeza dan mencabar, seorang yang suka memaksa dan fikirannya sentiasa berubah mengikut keadan dan fleksibel, seorang yang selalu berfikiran positif dan mengambil beratahli keluarganya.
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius(23 November-21 Disember).

*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar.
*Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

ak tengok kt blog len dy kate...

Wanita yang berunsurkan Api
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga.
  • Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik di hadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan. 
Lelaki yang berunsur Api (JENIS INTUITIF: CINTA, PANAS)
Sifat api dikaitkan sebagai jenis Intuisi (kebolehan mengetahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakianPentingkan diri, megah, bersemangat tinggi, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan ke arah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

Pentingkan dirimegahsemangat tinggikompetatifperlukan ruang, keanakan atau lurusmenaruh harapan, cenderung untuk tidak sensitifsentiasa sedia untuk sesuatu yang baru dan berisikomampu melihat kemungkinan baru, yang mana orang lain tidak terfikirkan. Perasa, gelisah, agresif, mudah teransang, mudah berusaha, pemaksa, optimis, aktif. Kerjanya segera, jalannya cepat, terang hati, panas tubuhnya, kurang tidurnya.

~ WANITA ANGIN ~


Sifat Manusia
Golongan ini sukakan kebebasan, mempunyai prinsip hidup, tidak mudah terpengaruh dengan orang lain, sedikit sensitif, seorang yangmesra dan mudah bercampur dengan orang ramai, menjadi pengaman dalam keluarga , memahami pasangannya, kurang ambil peduli hal persekitarannya, sedikit terburu-buru membuat keputusan, seorang yang bijak dan selalu berfikir secara logik, suka ambil mudah sesuatu perkara, kadang-kadang banyak cakap tapi sebenarnya baik hati, boleh dibawa berbincang, sedikti moody dan jangan buat dia marah.
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).

*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

 ak semak kt blog len dy kate...

Wanita berunsur Angin  
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
  • Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
  • Bijak mewujudkan suasana selesa.
  • Hati yang cepat berubah ubah. 
Lelaki berunsur Angin (JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.
 

Wanita berunsur Angin  
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai bermain kata dan memujuk rayu.
  • Sopan santun dan berbudi pekerti mulia.
  • Bijak mewujudkan suasana selesa.
  • Hati yang cepat berubah ubah. 
Lelaki berunsur Angin (JENIS PEMIKIR: JIWA, SEJUK)
Sifat angin dikaitkan dengan jenis Pemikir. la digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan, mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

Orang teori, sukar dipengaruhi, objektif, rasional, sukar terlibat dalam hal emosi, menilai tinggi kebolehan intelektual, keperluan untuk bebas, mentaliti ambil mudah, suka pada fakta dan figura. Mudah bergaul, boros, banyak cakap, responsif, mudah berbincang, bersemangat, sikap tidak kesah, pemimpin. Tubuh nipis, kurang daging, banyak darah, kreatif, sederhana.
 

~ WANITA AIR ~


Sifat Manusia
Golongan ini sering mementingkan diri sendiri, suka memaksa pasangannya, cepat tersinggung perasaannya, suka berahsia, seoran g yang lemah lembut dan mempunyai pesonanya tersendiri, cepat kasihan kepada orang lain, boleh dipercayai oleh pasangannya, takut dengan kritikan dan gosip dari sekelilingnya, lemah dengan teguran, malas melakukan kerja, suka berangan-angan dan berimaginasi, suka marah orang lain, kurang pendirian, pemurah dan baik hati orangnya, berhati-hati membuat keputusan dan memahami perasaan orang lain. (by Ahmad Yusof Ibrahim)
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri.

ak tengok kt blog len dy kate...

Wanita berunsurkan Air 
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Lelaki yang berunsur Air (JENIS PERASA: FIKIRAN, BASAH):
Sifat air dikaitkan jenis Perasa. Ia tergolong sebagai sifat kewanitaanLemah-lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan atau teguran, berahsia, memahami, tidak tamak, artistik.

Lemah lembut, perasaannya dalam, belas kasihan, penakut, ada angin, imaginatif, mudah terluka hatinya, berahsia, mudah memahami perasaan orang lain, tidak tamak, ada bakat seni, positif, berhati-hati, berfikiran panjang, aman hatinya, terkawal, boleh dipercayai, penyabar, tenteram. Tubuhnya tambun, banyak lemak, banyak tidur, sedikit malas, lambat dan agak kurang faham.



after ak belek-belek article website lain..de yang kata bleh tengok ikut tarikh lahir.. kalau kata 16hb kira la..tanah, air, api, angin, tanah, air, api, angin dan seterusnya smpai yg ke 16..so, 16 unsur yg ke 4: angin..
then, de yag gak kata.. kalo antara pasangan bile digabung ade 4-4 unsur ni serasi.. tapi takleh nak percaya sangat..yg pasti Allah yg menentukan segalanya..dan manusia shj yg leh ubah sikap dia sendiri.. =) 

~wallaua'lam~

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .