RSS

Friday, December 31, 2010

SEJENAK: Anugerah Sebuah Kehidupan

 Bismillahirahmanirahiim
Assalamulaikum wbt,


Insyaallah xberapa lama lagi…hanya beberapa minit lagi 2011 bertandang sebagai tetamu yang akan kita tatap selama 365hari…insyaallah…(myb entry ni masuk pn dah selamat melangkah ke tahun 2011…anywy…selmt tahun baru…moga Allah merahmati kita semua…ameen…)
nk tunjuk wish y de kat roti tu jek..~selamat tahun baru~...hahaha

        lantaran itu, membuat ak terkenang sejenak sesuatu… pada dua puluh tahun yang lalu…hmmm…xjugak myb 19 thun 5bln…… (hahahahaa…huhuhu… macam lme jek bunyi nya…ngeh3 :p….) hmmm…mak ak bgtau time tu ak bwu 7 bulan…knai dunia pun xlg…kire tyme ni…bwu bley sengeh kat orang  ble di agah…nak sebut “mammmama….bahhh…” je kot bwu bley bunyi…huhuhu…senang cte kecik lagi la kan….huhuhu….
        pape pon, terlebih dahulu ak merafak kesyukuran y tak terhingga padaNya… Alhamdulillah… syukran Ya Allah…syukran…thank you Ya Allah… atas sebuah nikmat y telah ak rasa sepanjag usia ini…seandainya pada waktu tu Dia menjemputku, mungkin hari ni, ak xkan mengenali kalian di sisi…jua kalian xmengenali siapa ak… bila difikir-fikir… dikenang2…Allah punya rencananya  y tersendiri sebab musabab mengapa ak masih perlu di beri peluang utk mengecap nikmat sebuah kehidupan…ya, banyak hikmahnya…ckup sekadar ak semat dihati…sesungguhnya Mak Abah turut mengerti…dan terkadang ak terkesan di sebalik kata2 mereka… “Ya Allah jadikanlah ak seorang anak y solehah buat mereka berdua…massukkanlah ak dalam kalangan hambaMu y bersyukur…”
        alkisah bermula pada bulan haji, jenuh jugak ak paksa sepupu ak cerite…pernah sekali ak bertanya akan hal ni…ye, kalu boley ak nak dengar kisah sebenar dr orang y sebenar… tapi, orang sebenar tak nak pulak bukak cerite ni betul2…sedeyny ak… L mungkin mereka ada sebabnya… Tp, tahun lepas…membuka kembali lipatan y telah kemas mereka simpan di dalam rak memori…
 sempat ak bersembang2 ngan sepupu ak, tyme tunggu makan sampai...huhuhuhu...dan... beliau sendiri y membuka lembar cerite… kate nya terasa begitu bersalah kt ak…terharu,dalam gembira melihat ak kini kian dewasa seperti y xdsangkany 20 tahun lalu…hakikatnya, pd ak…beliau xbsalah…sbb y terjadi adlh suatu takdir… supaya bla tiba saatnya…agr ak melihatny dengan mata hati…akan hikmah y terkandung….
kadang2 kita sukar mengerti dan terkadang kita tak cube menyelak di sebalik lembarnya….moga ak xalpa ttgny…

Musim haji pada tahun 1411H mengamit seluruh  umat manusia untuk memulakan episod pengabdian seorang hamba pada penciptaNya..tak terkecuali nenek ak..atau lebih mesra di panggil ‘Tok’..telah diundang menjadi tetamuNya…Tokwan ak xp bersama krna terlebih dahulu dijemput Ilahi dalam siri pengadian hamba yang abadi…”moga Allah merahmatimu.. Tokwan…”
          Sementelah Tok di antar ke Bayan Lepas (agknya..ak pun xsure…hu3 ) kami serta rombongan yang menghantar pun kembali meneruskan perjalanan pulang ke rumah…  1xkereta dan 1xvan…berangkat pulang dengan berat hati meninggalkan Tok  y agak berusia p menunaikan kewajipan rukun Islam ke-5… dengan harapan beliau baik2 di sana. Moga Allah sentiasa memeliharanya…
          Dalam perjalanan pulang melalui highway Aloq Staq…penuh dengan kehijauan pemandangan  padi….saujana mata memandang…(ecececeehhhee…teringat ak sal iklan katun kt TB…gne ayt puitis tu kot….hahahaha…hmmm…bgus2 utk kanak2 y baru nak mengenal alam ni…kecik2 dah pandai guna ayat power2…ble dah bsaq t…ayt2 power rangers plop…huhuhuhu…) orait2..smbung ; perjalanan y pd mulanya lancar..namun xdisangka2 tetiba…
“pomm….eheehe…dummmm…” tayar belakang van pecah…van yang dipandu laju tadi hilang kawalan…segala rakyat didalam van berseru....“ya Allahh!!!”
Seorang bayi kecil yang lena dalam di dalam pelukan ibunya kini hilang, van y kehilangan arah pemanduan van y laju tadi berpusing 360° lalu melanggar tiang letrik di bahu jalan… sume rakyat di situ tidak sedarkan diri. 
          Si ibu turut pengsan tanpa mengetahui bayinya telah hilang tercampak keluar dr kenderaan y mereka naiki. Pemandu hanya mampu memandang,xberdaya! seakan tiada kudrat utk menyelamatkan y lain.. rasa cemas menyelubungi hati…bimbang kalau2 ada kemalangan jiwa di sini.
          Dalam sedar dan tidak…seakan mereka dialih keluar dari kenderaan …namun,tiada bayang manusia! Siapa yang membawa mereka semua keluar??? sebelum kenderaan tersebut meletup gara2 hetaman y terlalu kuat membuatkan segala fius te'short', tumpahan bendalir petrol dan segalanya tak terkawal. jika melihat keadaan kenderaan saat itu, pasti tidak menyangka semua disitu terlindung dari kecelakaan. Siapa tahu, kuasa Dia...
           Mata hanya mampu membuka kadar sedikit cuma, menahan kesakitan y tak terkata saat itu, si pemandu cuba menggagahkan diri, utk bagun melihat rakyat2 y lain…cemas, panik…untuk berdiri xlagi berdaya..yang hanya mampu mengesot…tiba-tiba rasa terkulai lantaran itu, dunia menjadi kelam.
          Sepasang pasangan tua y sibuk mengerjakan sawah pada pagi itu, menyedari akn dentuman y sangat kuat membuatkan mereka berlari ke arah satu objek yang tercampak ke dalam bendang milik mereka. “ya Allah…bayi…” detik si ibu tua. Andai terlambat barangkali bayi itu kelemasan. Takdir Ilahi tidak menetapkan itu terjadi....si ibu tua tadi bergegas membawanya ke rumah mereka tidak jauh dari situ, untuk dibersihkan. Si lelaki tua tadi berkejaran melihat mangsa2 yang lain...apakh telah selamat keluar dari kenderaan atau tidak.... Sempat juga dia menarik mereka jauh dari kenderaan tersebut sebelum letupan mula berdentum kuat..dengan julangan api y tidak punya perasaan. sambil melaung si isteri membuat panggilan Ambulan.
          Tak berapa lama sebuah kereta y mengikuti rombongan tadi tiba. Pada mulanya masih tak menyangka kenderaan y kian marak dengan julangan api itu, satu rombongan. mereka hampir melepasi van barulah tersedar akan rakan seangkatan rombongan! bergegas semuanya keluar mendapatkan mangsa2 y kini terbaring di bahu jalan. debaran kian menggongcang..."mana sorang lagi? baby?" lelaki berkopiah putih bersuara cemas. lelaki tua cuba menenangkan semua yang berada di situ. bahawa semunya selamat. Nafas lega di hela dari semua...
          Si ibu tak lagi menyedari si anak y telah hilang dari pangkuan. Cebisan2 kaca hebat menusuk ke kepala si ibu… rakyat yang lain mengalami cedera yang ringan…akibat terlalu panik membuatkan mereka semua tidak sedarkan diri sehinggalah berada di wad.
          “mana ank zah?” bagai halilintar y memanah ke hati si ibu muda, tercari2 dimana hilangnya anak. “hidup x anak zah??janganlah ambil dy, tapi ambillah ak…ya Allah…” itu yang di cari dan di sebut saat matanya terbuka…bagaimana agak nya perasaan si ibu mendapati anak y dilahirkannya 7 bulan lalu hilang…anak y baru pandai mengenali si ibu dan ayah… bagi ak,,, terlalu kecewa ak katakan… besarny jiwa y diperlukan utk redha dengan ketentuan itu… benar kata Allah…
“maut itu hadir tidak awal sesaat,jua tidak lewat sedetik…”
Bermakna…jika Dia tidak mengisyaratkan “kun faya kuun!!!” maka, tidak akan terjadilah sesuatu itu tanpa keizinanNya…
          Allah masih memberi peluang kehidupan kepada bayi itu, sesungguhnya dengan “maunah”Nya…membuatkan bayi itu tidak terkesan dengan apa2 kecederaan… jua dengan maunah Allah…seluruh rakyat tadi terselamat keluar dari kenderaan y akan meletup. Nyata, maunah ini suatu pertolongan Allah buat hambanya yang beriman….
          Hati si ibu memanjat kesyukuran tatkala melihat si kecilnya berada dalam pangkuan sepasang suami isteri tua yang kemas dibalut. Ucapan penghargaan y tak henti2 meniti dibibir si ibu buat pasangan itu…bertalu-talu kucupan hinggap ke tubuh bayi yang kini telah berubah tangan. Kepala si ibu kini dibalut dengan bebenang putih. Kata doktor, kaca masih berbaki perlu di keluarkan. 
            si Ayah y sedang membuat operasi kini bergegas ke alor Setar setelah mendapat berita kemalangan dari Pegawai Tadbir..untuk mendapatkan si isteri serta anak. Ketenangan lelakinya juga tergugat sehingga benar-benar melihat dengan matanya sendiri. perjalanan terasa begitu jauh sekali saat ini. Namun, tetap sabar memandu dengan hemah sambil membawa anak2 y lain juga hampir mengerti apa itu 'kecemasan'. Syukur dirafakkan...atas anugerah pemelihraanNya...

                Tanpa ak sedar, terleka seketika dengan cerita y disampaikan…tiba2 sepupuku mengesat air mata. Jiwa lelakinya kini terusik tatkala mengenang masa lampau y belum menentukan apakah untung nasib mereka semua…apakah nokhtah kehidupan pada saat itu telah bertemu? Atau…ia sekadar tanda komma (,) buat kehidupan insani mereka… ya, rasa bersalah tetap ada…rasa kekesalan tetap menyinggah di hati kerana menjadi tanggungjwabnya menjaga keselamatan orang y berada dalam kenderaan  tatkala itu…namun, segalanya kini kemas dalam lipatan memori… dan mungkin, ak takkan berbicara lgi akn hal ini melainkan mereka sendiri y membukanya…

Mungkin peristiwa ni jugak buat ak sentiasa senang dengan  pemandangan sawah padi y terbentang luas… sungguh,jiwa ak ada d sana….mungkin kerana ak pernah menjunam ke dalam nya….membuat sebahagian jiwa ku terpaut di situ…huhuhu…. hmmm…mungkin jugak…hahahha…bebagai!... 
    bagi memudahkan sedaramara mengingati ak, cukup sekadar pak cik makcik, jugak mak ak memperkenalkan ak... "ni la ank ...y jatuh bendang dulu...." .... hmmm...maka, makcik pakcik y bertanya pon berkata : "laaa...da besaq da pon....y ni ka?? " hanya sengeh dihadiahkan seusai menyalami mereka... hmmm.. begitulah.. .dari ak kecik...sampai laa ni.... ayt di ats menjadi identiti y mudah di ingati oleh kaum kerabat sedara mara...sepupu berpapat sebelah mak ak...tp x pd sebelah abah ak...hehehe...hmmm...begitulah criteny seringkas y buleh tanpa byk part2 y feel pun lm entry..sekadar direct story...byk info y ak xtau jd xley la plak nak melebih2 crite....huhuhuhu.... 

hmmm... sekeping jiwa y perlukn ketenangan, tatkala tengah berserabutan
mungkin bisa dicari di sini...

Siapa pasangan tua tu? Terdetik dihatiku ingin mencari gerangan y byk berjasa tu…Takdir Allah menetukan segalanya,Maha Bijak Dia Maha Mengatur…Dia berkenan menemukan ak waris bagi pihak kedua pasangan tersebut…bapa angkatku….huhuhu…memang xsangka…pasangan tersebut ibubapa saudara kepada bapa angkat ak..juga di panggil ‘abah’… ak pun xtahu macam mna boleh dapat tau…y pasti satu petang tu abah dalam perjalanan nak ke kedah lalu singgah sebentar di teratak ku yang xseberapa ni…setelah berbual panjang ngan mak ak… tup..tupp… mak ak bgtau ayh angkat ak anak sedara kepada orang y pernah selamatkan ak dulu… namun, ak xlagi berkesempatan utk bertemu dengan gerangan tersebut kerana kedua-duanya telah selamat kembali menemui AlKholiq…beberapa bulan kebelakang....

“moga limpahan Rahmat Allah sentiasa menyimbah ke liang kubur kalian berdua  selama mana nadiku bergetar…nafasku lancar berombak…moga kita bisa ketemu di sana…ameen..”
ak mengharapkan pertolongan y telah diberiny menjari sedekah jariah bt mereka..terimalah ia disisiMu Ya Allah...


Glosari:
maunah- pertolongan yang di berikan o Allah kepada hambaNya y b'iman.
bg y xberiman Allah tetap bagi tapi di panggil,
istidraj - sesuatu y terus membuatkan mereka sesat...contoh: kemewahan, harta,      anak pinak...hakikatnya membuatkn mereka terus kufur pd Allah. Hanya terjadi pada y xberiman.
karamah- kelebihan y diberikan kpd hamba Allah y sangat taat contohny: ahli sufi, wali-wali..dsb...
       hmmm...byk g..xclap de lagi 3...huhuhu...da xingt...klu de sape ingt bley   
                                            tambh...hehehe


     sesuatu y lebih penting, lagi utama dalam hidupku....anugerah sebuah kehidupan...perlu di isi dengan sebaiknya sebagai seorang hamba...pengabdi y taat...anak y solehah... kerana nikmat itu, membuat ak kenal kini siapa mak ayh, kaum keluarga jua sanak saudara, sahbat handai, rakan taulan...dan kini, ak berdiri sebagai seorang insan insyaAllah berusia 21 tahun...jua seorang pelajar... andai nikmat itu tiada, kehidupan ak ternyata bnokhtah d citu... Alhamdulillah... justeru, misi khalifah tetunggak dibahu meminta untuk di laksanakan sebaik-baiknya....
                                                        
                                frimanMu:  "tidak ak jadikan sesuatu itu yang sia2..."
             sesungguhnya pengetahuanMU terlalu luas wahai Tuhanku...jangan biarkan ak leka
                 dengan duniaku...pimpinlah ak moga mnjadi hambaMu y bertaqwa....sungguh,
                                               nikmatMu ini tak terbilang olehku....ameen

   akhir kalam, hargai sebuah kehidupan,hadirnya hanya sekali, takkan terhenti selagi seruan             
              Penciptanya belum kedengaran walau saat itu karam di tengah lautan....nikmat y  
                                             terindah xdpat utk digambarkan
                                                       

                                                            wallahualam

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .