RSS

Sunday, November 28, 2010

HADITH : Saja-Saja Memujuk Diri Apabila Timbul Rasa Tidak Puas Hati Pada Nikmat Allah

 Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Di Petik Daripada : Ustaz Zahazan Mohammed

AL-bUKHARI ( no 6847 )  dan Muslim ( no 1500 ) meriwayatkan daripada abu Hurairah r.a bhw seorang lelaki telah datang bertemu dengan RasululLah lantas berkata : " Isteriku telah melahirkan seorang bayi yang berkulit hitam ! ( Lelaki ini seolah2 meragui kesetiaan isterinya , atau tidak mahu mengakui anaknya keran tidak menyerupai ayah & ibunya ) Nabi saw bertanya kepadanya : Apakah engkau mempunyai unta ? Jawapannya : Ya ,ada !nabi saw bertanya kepadanya : Apakah warnanya ? jawapannya Merah ! nabi saw bertanya lagi : "Apakah terdapat warna hitam padanya ? Lelaki itu mnjawab : Ya ada! Nabi saw bertanya lagi : Dari manakah datangnya warna itu ? Lelaki itu mengatakan : Boleh jadi kerana datuk neneknya mempunyai warna seperti itu . Nabi saw akhirnya menjelaskan : " Begitulah juga anak ini, ia barangkali menyerupai datuk nenek
moyang kamu !

 Firman Allah dalam Al Quran Surah Ibrahim ayat 7 bermaksud:

dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan;
"sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu maka pasti azabKu sangat berat."

Ya Allah masukkanlah kami dalam kalangan hambaMu yang bersyukur....Ameen... ^^

Saturday, November 27, 2010

HADITH : Kasih Sayang

"Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: Allah telah menjadikan kasih sayangNya terbagi dalam seratus bahagian. Dia menahan sembilan puluh sembilan bahagian di sisi-Nya dan menurunkan satu bahagian ke bumi. Dari satu bahagian itulah para makhluk saling kasih-mengasihi sehingga seekor ibu binatang mengangkat cakarnya dari anaknya kerana takut melukainya."
[riwayat Imam Muslim]

Wednesday, November 24, 2010

SEMBANG-SEMBANG_ Yeayyyy!!!!!! Exam da Abes...

Bismillahirrahmanirrahim...
assalamualaikum  wbt...

Pertamanya, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih memberi peluang untukku mengharungi detik2 exam yang sangat mencabar, menguji minda tak kurang jua emosi yang turun naik dah macam rollercoster + funfair (alaa...y wheel tu)...
     
   Terima kasih jua kepada semua teman yang sudi menghulurkan bantuan, berkongsi pengetahuan. Maaf sem ni ak tak dapat nak membantu banyak. Sekadar menjadi ahli pasif. Moga sem depan kita sama2 pulun lagi. Ak doakan semoga segala usaha kita di berkati Allah (haa...tu y penting) moga Dia membukakan pintu-pintu  kejayaan buat kita semua. Ameen Ya Rabb... 

    Terima kasih jugak buat teman perseorangan hahaha...yang setia memberi semangat suh study...hahaha... (ak dah la malas nak study...men je byk..)... memang kena redy untuk di sekeh...xpun..di 'pot pet...pot pet'... baru kje nk  jalan...huhuhu...kak Nur (thnx menjadi sudi jd bahu utk menanges, jgk kata2 smangat...thanx sgt2 =) syg k.Nur..ehehehe..)...rumet2 ku kak Lia n Iera (agent 'pot pet'2..) jgk Cik Fikh (thnx cz sudi melayan bebagai kerenah...hehe...)...Thanx A lot!... 

     Buat Mak Abah yang setia mendoakan dan dorongan semangat (meskipn kita bjauhn...(ahaks)....ku tahu dari bait2 kata2 kalian sungguh! ada jiwa y kental,jiwa y terlalu berharap ak melakukan y terbaik) drp anakndamu ini...InsyaAllah Anaknda buat dah y termampu..insyaAllh moga ia benar2 sehabis baik...moga Anaknda  tak mengecewakan ... Ameen..ketahuilah ak berada d cni krana semangat kalian...(huhuhu...touching2...) 

"Ya Allah...ampunilah dosa2ku, dosa2 kedua ibubapaku...rahmati & kasihanilah
 mereka berdua sebagaimana mereka mengasihiku sejak ku dilahirkan...
Ya Tuhanku...tetapkanlah iman di hati & jiwa mereka...
Ya Rahman...anugerahkanlah kepada mereka kemanisan Iman dalam ketaatan kpdMu... 
Ya Tuhanku, tatkala kau ingin menjemput mereka...
undanglah mereka sebagai tetamuMu yang paling di nanti...ku bermohon dengan belas ehsan dariMu...wahai Tuhanku...
Ya Razzaq Limpahkanlah mereka rezki yang halal... 
masukkanlah mereka dalam kalangan HambaMu yang salih.
Ameen" 


teringat pada kata2 seorang seniorku...

Adikku,
Yang dilihat & diukurNya bukan sejauh mana usahamu. Tapi...yang diharap sejauh mana TAWAKKAL, PERCAYA nan jitu di dalam hati...jua pergangantunganmu padaNya. Tapi...tak bermakna tidak perlu berusaha. Usahalah semampumu. Tapi...JANGAN sesekali beraqidah banyak usahamu itu penentu kejayaan...
Tapi addikku, berimanlah bahawa TAWAKKAL mu itu sebenarnya hanya semata-mata padaNya...Kerana... itulah penentu kejayaanmu. 
Ketahuilah wahai Adikku, kejayaan bukan milik siapa2 tapi, ia milik Allah. Justeru, seyakinnya hendaklah di kau pohon dariNya semata.

moga ak dan kamu miliki seindah2 tawakkal...insyaAllah...ameen 
wassalam.

 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .