RSS
Showing posts with label BICARA PENA (Cerpen) -Bhg: Musafir Di Jalan Hamba. Show all posts
Showing posts with label BICARA PENA (Cerpen) -Bhg: Musafir Di Jalan Hamba. Show all posts

Thursday, April 14, 2011

BICARA PENA (Cerpen) -Bhg: Musafir Di Jalan Hamba [Menanti Jawapan Istikharah II


“Mak cik! Ape?...suruh aku tengok pastu tak bagi pusing! Macam keling je..huh!” Fikh membungkam rasa.

“Alaa..aku nak tengok tu macam kenal je kereta putih tuh…” lirik anak matanya masih mengekori gerak kereta yang kini meluncur perlahan.
“Sape? Faizal?” Fikh cuba meneka.
“Hurm…Faizal…” ringkas.
“Nape ni? Korang ni de masalah pe? Sampai nak tengok muka pun tahap allergic. Kamu jangan Zie…baa haa yee….haa…aku bagi tau ciap-ciap…” Fikh melahirkan rasa hairan melihat sahabatnya kini.
“Alaa…tak dak pa pa laa… dia yang cari pasal ngan aku kan…dah la amik assignment aku tak bagi tau! Tak pasal-pasal aku kena marah ngan Prof Zainal. Kau tau la kan Prof tu macam mana. Aura dia pun dah kecut perut. Memang aku tak maafkan!dah full stop!” mak aih bukan main angin lagi Azie.
“Ya Allah tu cerite zaman mane lagi tu…dia tak sengajakan…kan dia dah mintak maaf…” Fikh cuba berlembut.
“Entah la Fikh…aku malas nak layan!” Azie masih berdegil.
“Ikut kamu la Zie…aku tak nak cakap banyak. Aku boleh doa je. Anyway remmember yeah,
bencilah kamu pada seseorang itu seadannya. Mana tahu suatu masa nanti dia menjadi orang yang kamu cintai. Cintailah seseorang itu seadanya mana tahu suatu masa nanti dia menjadi orang yang kamu benci.
Aku tak kate, tapi ni Saidina Ali yang kate. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan la ye?” Fikh kembali melangkah dari batu ke batu.
Azie masih terpaku di situ. Entah kenapa dia terlalu membenci Mohamad Faizal Akmal. Rasa marahnya itu masih lagi berbaki. Susah!. Biarkan waktu mengubatnya. ‘Wahai ombak cepatlah hilangkan luka yang tercoret ini. Fikh hang tak tau banyak lagi...sorry to say.. I've kept it..’.
“Zie!Zie!” tersedar dari lamunan. Azie mencari pemilik suara itu.
“Ya Allah Fikh…napa ngan hang ni?…Ya Allah budak ni…” Azie cuba mengangkat Fikh yang kini telah terduduk. Pipi sahabat itu di tepuk lembut.
Mata hanya mampu dibuka sedikit. Peluh sejuk merenek di dahi tanpa henti. Rasa sakit di tahan seboleh yang mungkin. Kaki tak lagi mampu bertahan dan akhirnya terkulai layu.
“Fikh,hang ok ke tak ni Fikh?” Azie kini telah mendapatkan Fikh.  “Allah…jom kite balik Zie, aku tak bawak ubat ni”, wajah pucat lesi jelas tampak. Suara hanya sayup-sayup kedengaran. Tiba-tiba dunianya menjadi kelam.
“Fikh!…Fikh!…bagun…” Azie terasa cemas. Faizal yang kini singgah di warung berdekatan melihat dua orang budak perempuan kini terduduk di pasir. Sepertinya dalam kecemasan.
“Ada orang pengsan! Cepat!” salah seorang peniaga menyahut.
Semua yang berada disekitar itu bergegas tak kurang juga Haziq dan Faizal yang telah siap membuat pesanan.
“Ziq, aku macam kenal dua orang tu..cepat Ziq!” Faizal bersuara.
“Ye ke?...cepat Zack! kite tengok.” Kedua-duanya bergegas ke tempat yang kini makin ramai manusia mengelilingi.
“Azie! Kenape ni?” Faizal bertanya cemas.
“Faizal, tolong aku bawak balik  Fikh balik kampus.” Azie terpaksa memohon bantuan  rakan sepusat pengajian dengannya. Ah! terlupa seketika rasa amarah tadi. Kalau tak kerana mereka menaiki motosikal takkan sesekali dia meminta! Rasa menyesal menyelubunginya mengingatkan kedegilan Syafikha Adila untuk menaiki motosikal daripada menaiki keretanya. ‘Fikh, aku  dah katekan elok kite naik kereta dari moto…’ Azie mengomel sendiri.
“Azie, nape ngan Dila?” Faizal kini memandu laju Wira Aeroback miliknya. Fikh dikenali sebagai Adila oleh teman-teman yang lain.
“Aku tak pasti. rasanya  Dila ni PMS teruk ni. Kalau selalu tak macam ni. Jarang.” Azie cuba mengingat.
“PMS?” tiba-tiba meluncur dari mulut lelakinya. Ya,kosong mengenai short form tersebut.
“Opss..sorry..Pre Menstrual Syndrom.” Terlupa seketika berbicara bukan dari kaumnya.
“Sesungut?” Faizal mendapat kepastian.
“Bukan…”Azie membalas ringkas.
“Abes tu?” ‘aik salah erk…rase dah betul dah…betul ke Azie ni…’
“Senggugut la wak…” Azie membetul duduknya di seat belakang memangku Fikh.
“Oooo…ok ok…hehe…sorry” ‘ Alahai, tersalah pronounce la plak…aiseh…huhu’.  Menutup malu, keseganan yang meninggi. “So, nak ke mana ni? Hospital ke kampus?” Faizal bingung. Dia memang tidak arif hal ehwal wanita ni.
“Balik kampus.” Ringkas. Azie masih mengingat sesuatu.
Faizal sedikit hairan. ‘sakit sampai pengsan ni tak pergi hospital?…kat bilik ada ape?..hurm’…suara bisu hanya sekadar berdetik. "Tak pe ke? " Rasa gusar tadi terluah jua. Dahi yang masih berkerut buat Azie mengerti. 
“Dila ada ubat dah kat bilik. Nanti Aku tolong tuamkan. Take time sikit sakit nie. Harap-harap tak teruk. Memang dah lama dia tak kena. huu...tup tup tetibe lak kali ni...” Panjang lebar Azie mengulas tanpa perlu di minta. ‘mak aih banyak pulak aku bercerita’ Azie baru tersedar.
" I see..." tak ada idea nak dibual saat ini.
Sunyi. Hanya deruman kereta muda Faizal memenuhi ruang antara mereka.
"Aku rasa elok kite pegi Pusat Kesihatan. Aku tengok Dila tak jaga-jaga lagi tu." Faizal sekadar memberi cadangan.Risau.
"Erm, ok...Aku ikut yang mane baik.." Azie berbasa basi. Rasa risau kini bertandang.Terasa lama pula perjalanan ke kampus kali ini. Fikh masih tak sedarkan diri. ‘Ya Allah janganlah bagi jadi apa-apa pada sahabatku ini’ hati kecil memanjat doa.
Pandangannya di buang ke luar tingkap. Mencari-cari sesuatu.
“Allah… aku tak ingat moto aku!” Azie baru tersedar akan sesuatu.
“Tak pe..tak pe aku dah pesan kat Haziq tadi.” Faizal cuba menenangkan keadaan.
“Kunci?” tanya Azie. Seingatnya dia tidak menyerahkan kunci pada sesiapa pun tadi.
“Tadi kunci awak tercicir.” Ringkas.
Senyap. 
Rasa ego membatas segalanya. Tiada ucapan terima kasih kedengaran. sekadar senyap. ya sunyi menyelinap berselang seli dengan deruman enjin kenderaan. 
Sehingga melangkah masuk ke pusat kesihatan. Fikh terus di sorong ke bilik rawatan. Ya tak banyak yang boleh di buat melainkan rehat sepenuhnya diperlukan saat ini. Uba. Hanya sekadar ubat yang pasti takkan disentuh meski terpaksa berguling-guling. Alahai degilnya. Pasti dia punya alasan yang kukuh.
Kedua-duanya menunggu di luar. Senyap bertapa lagi. 
"Erm, Faizal tak pe la aku tunggu Fikh kat sini", Azie memecah kesunyian.
"Hurm, baiklah...aku balik dulu...kalau de pape hal contact aku balik..ok" ah, gayanya seperti sudah lama kenal.
"Erm, ok... sorry for disturbing your leisure...anyway thanks..." sekeras-keras kerak nasi tak selamanya ia begitu... lembut jua!. 
"It's ok...please don't mention it...just a small case what I've done... assalamualaikum" kelibat Faizal kian menghilang.
'walaikumussalam...' Azie tenggelam dalam emosi diri. 



Mentari senja itu tetap cantik! Detik pertemuan dengannya seketika cuma.
Terkadang buat kita rindu untuk terus menantinya.
Dan akhirnya dia pergi saat  Tuhanny  memanggil pulang...
tanpa perlu mengira kita y sgt setia menantiny di situ...

Bersambung……

Saturday, April 9, 2011

BICARA PENA (Cerpen) -Bhg: Musafir Di Jalan Hamba [menanti jawapan istikharah]

Damai petang bersama mentari yang kian kembali menghilang di ufuk barat masih belum membuat jiwa shafikha adila kembali tenang. Cadangan Ukhti Nur membuatkan dia perlu membuka semula lembaran kalam yang telah terucapnya suatu masa dulu dalam suatu perakuan.
‘janji mesti ditunaikan. Kerana manusia berpegang pada janji. Maruah kita terletak di situ. Jika kita mungkiri, maka kita sendiri yang mencalarkan maruah diri.’ kata-kata allahyarham datuknya terngiang di telinga.
“oit fikh,jauh menungnya..patutla hang ajak aku mai sini…” azie menyapa dari belakang.
“opocot! Hee..nyaris aku tak jatuh lam laut ni tau…hee...nak aku mati cepat eh.” Fikh terkejut.
“mak aih…garangnya mak cik…ABC eaa….hahaha” azie masih tega menyakat.
“huhuhu…well…da angin macam Lanina ni takkan tak paham kot…haha…huuuu…”  keluhan berat meluncur dari sisa kata.
“haa..aku tau dah  hang…hahaha…haa…ni apa halnya ni? Bukan main beria ajak aku mai sini…last-last aku sensorang  je jenjalan…yang hang ni duk temenung dari tadi…da macam ayam berak kapuq aku tengok!. Ce cite tengok kat teman nih…nak kata ada anak hang tak dak lagi… laki pun tak dak gi camna nak ada anak...hahaha” azie ketawa dihujung kata lucu agaknya dengan kata-katanya. 
“amboih…jauh ngat pi sampai ke lakinya…calon pun tak de gi…haha…tak de pape la zie…huhu…” senyuman plastik di buat-buat!
            “fikh, hang cuba kigha…bila gi kita kenai? Semalam ka kita baghu kenai?” Azie menduga.
Fikh berkerut dahi mencari makna di balik kata-kata sahabatnya. Azie setiap katanya penuh makna tersirat! Kadang-kadang bisa terjerat!.
          “hurm…aku ghasa  cam semalam aku kenai hang…hahahahaha” fikh berseloroh sambil mengangkat kening.
“ok…setaun hang maknanya 10 taun aku…amacam lagi power an…hahaha” azie membalas geram.
“erk…erk….erk…hahaha…” fikh membalas nakal.
“hang ni  banyak akai btol la fikh…aku  sekeh kang baru tau…” azie mengalah kali ni.
Nak menjerat fikh membuka mulut bercerita bukan suatu yang mudah. Perahsia! Kena cara,kena gaya…tak perlu meminta pasti dia sendiri membuah cerita, ya cerita yang menyebabkan hidupnya saat itu terasa kusut.
“haha…da surrender ea…awai ngat..tak syok ar tak lawan mulut dulu…hahaha…” fikh sengaja mengalih topik.
Azie sekadar memandang menguntum senyuman sinis.
“huhuhu….lalalala…yeah! Dah la aku nak main kat gigi air jap…tak nak ikut aku?” Fikh bingkas dari letak duduknya di atas batu menjarak diri dari terus disoal. 
Azie mengikut rentak langkah yang kian tertinggal kebelakang. fikh yang telah jauh meninggalkannya. ‘ok kali ni tak berjaya gi…ok aku try yang lain la plak’ azie pasti ada something wrong somewhere dengan sahabatnya. Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betinanya…aku azie la fikh…siap la hang…’ azie nekad mencungkil masalah 'negara' yang dialami oleh sahabatnya itu.
“azie!!! Cepat laa…amik pic kat sini…aku dah ready da ni…” fikh menyahut dari gigi air berlatar belakangkan mentari senja. Indah!. Pantang dapat port!.sangat suka berposing. Baginya setiap detik adalah memori. Perlu disimpan untuk dikenang kelak. Aiseh gila jiwang mak cik nih! Haha.
 “aku rasa lepas empat taun ni aku pon jangkit badi posing hang ni fikh…huhu” azie mengomel.
“hahaha…well…you know me…every seconds is a moment! Haha…” fikh membalas.
“okehhh…every seconds is memory…but you’ve disturb me!...huh!” azi mengomel lagi.
“hahaha…alaa…kamu la sahabat dunia akhiratku…teman setia aku…boley laa…an..an…marah eaa...nanti kena jual!...haha” fikh memujuk, sambil menghadiakan seulas senyum kambing.
“tak marah pun...sukaaaaaaa sangat!....hahaha…aku ingat hang tak pandai pujuk fikh!...hahahahaha” 
          “ape kamu ingat aku ni tak de 'sense of flower' ke...alaa... hati bunga-bunga laa...haaa??” Sebelah kening di angkat.
          “hahaha..tak de laa…aku tengok hang ni macam hati kering jek…tu yang aku kata tu…haha… tapi memang aku tau dah hang ni jiwang karat marat habis!...hahahaha” perli habis azi kali ini.
         “amboiiii….aku bagi sebijik kamu balas sepuluh nampak…hahaha…ok fine!…hahaha…” Fikh membalas geram.
             “cuup…fikh, ce tengok tuh…” Azie menunjuk kearah suatu kelibat. Fikh sedang membelakangi kelibat itu.
                “ape?..hey zie…ape?” Fikh masih kebingungan.
                “hang jangan pusing lagi!” Azi sempat berpesan.
                “hey mak cik…ape???hee…” Fikh semakin geram. ‘macam nampak jembalang kak Limah je!.huhu’  hati kecilnya mengomel.
                “alaa..nanti laa..aku nak identify dulu jap…sabaq jap!...” Azie membutang mata.
                “baaaaiiiiiiikk…” ringkas dalam menurut.

Bersambung……
'' Hidup memerlukan pengorbanan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.''

Wednesday, October 13, 2010

BICARA PENA (Cerpen) -Bhg: Musafir Di Jalan Hamba [Apakah yang aku cari??]

Fikh duduk termanggu seketika di meja Jepun…terasa sedikit resah di hati “nape ni? Rase cam da setel…tapi…nape ni?...Fikh r u ok?” …banyak pulak ‘nape’ y di aju… dia terus duduk di depan screen Compaq Presario CQ40…sambil membalas YM teman-teman. Ada y bertanya soal assignment, ada y mengajak ke sana ke sini..dan xkurang jugak y bertanya khabar tentang diri  dan iman…
“Ya allah… jgn lepaskn tali tarbiyahMu dr hatiku…Pimpinlah aku…Redhailah aku…Pilihlah aku menjadi mata-mata rantai pejuangan di JalanMu…ya Ilahi Robbi…aku terlalu berharap untuk syahid di jalanMu…maka, tunjukilah aku…pimpin dan bimbinglah aku…Ya Allah…berat nya aku rasa saat ini… terlalu ringannya aku memandang setiap debu2 dosa itu…Ya Allah ampunilah aku…ampunilah aku..aku malu padaMu ya Allah…ya Allahhhhh…malunya aku…maluny aku…ya Allahhhhh”
Tiba-tiba tanpa disedari mutiara-mutiara jernih gugur tanpa mampu untuk diseka lagi…semakin lama semakin kuat esakanny, mungkin juga saat ini terlalu syahdu baginy..tambah pula teman2 sebiliknya K.Ila & Fieza keluar mencari haluan sendiri..menjalani kewajipan plu dilaksana….
Setelah melayan beberapa seketika, Fikh berdiri… membuang jauh pandangan ke luar jendela, bersebelahan meja jepun milikny. Memandang kosong!. Meskipun saat itu ramai yang kian berasak berkumpul di padang…’ mungkin ada match petang ni’ bisik hati kecilny.
Dia baru  tersedar, Asarnya telah menanti hampir sejam yang lalu…”astaghfirullah…” dia terus  bergegas kte kamar mandi untuk berwudhuk…’ya Allah keluarkanlah sekalian dosa2 ku dengan penyucia ini…’ hatiny  terus meminta…meminta pada y Maha Esa…
“Katakanlah wahai Muhammad “Dialah Allah y Maha Esa. Allah lah tempat meminta segala sesuatu. Dan tiada sesuatu y setara denganNya..” (Al-Ikhlas: 1-4)
Ya sebaik2 tempat pengaduan Hanya layak kepadaNya…seusai mendirikan tiang solat Asar, teringat ny akan kata2 seorang ustaz y pernah di baca di dalam blognya…klu xsilap saifulislam…bacalah Ma’thurat selepas Subuh & Asar mu..kerana  disitu Dia kuraniakn padaMu segala kelapangan, & dan kemurahan rezki…ada benar dengan pesanan2 ni…kembaliny ke zman persekolaan…dia xbersekolah agma Cuma, mngambil sbjek tmbhn agama…mjdikan 12subjek smuanya..ya d saat itu, segala kejadian yang telah membezakan ny dulu dan hari ni…Ma’thurat yang menjadi amalan…dalam berat & senang…dia istiqamah sekali…tapi, hari ini…’Ya Allah…sedihnya aku…malunya aku pdMu…perbetulkanlah aku…’ benar, segala y dinyatakan ustaz…pernah dia  alami…malah satu y sangat dia bayangkan hingga hari ini…sangat dirindui hingga tika ini…’ya Allah…kuatkanlah aku…aku takut dengan segalam ancaman azab Mu!!!!!’ tangannya terus menggapai Ma’thurat y memanggil-manggil buat kesekian kalinya…’ya Allah kuatkanlah aku..’ Fikh terus bermonolog sendirian….
“berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupundengan rasa  berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui..”      (at-Taubah: 41)
Sungguh, permulaannya yang cukup indah, penuh dengan pengertian..dalam erti kta penghambaan seorang hamba kepada penciptaNya. Ini damai y ku cari…inilah hadiah y terindah dri Tuhanku y Maha Mencipta…y Maha Mengerti akan keperluan seorang hamba…lantas dia menganugerahkan ilham y mulia kepada seorang Mujahid Islam y agung.. As-Syahid Imam Hassan Al-Banna untuk menyusun suatu zikir2 Rasulullah tanda penghambaan seorang hamba..’moga roh tuan  terus mendapat limpahan Rahmat Kasih SayangNya..ameen’
Ma’thurat menceritakn kepada kita dari mula hingga ke akhirnya tentang keagunganNya, telitikalah tiap bait2 ayat y ada…meminta utk kita berpegang degan ajaran agama berdasarkan Al-Quran y tiada keraguan baginya…’ nape aku masih xmampu utk melihat dengan hakikat y sebenar???..’ disambung dengan penjelasan kepada kita akan kehebatan Pencipta y Qadiim..langit & bumi tiada suatu y terlepas dr gengamanNya…’fikh…apkah kau merasakannya? Apakah kau berfikir tentangny??’…hanya hati kecil y setia menjawab persoalan demi persoalan…krna bibir sedang mengatur butir2 bacaan agar telinga y tercipta bisa mendengar tiap alunan bacaan…tatkala tiba di ayat 284-286 dari surah Al Baqarah:
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.ia mendapat pahala (dari kebaikan) y diusahakannya dan mendapat siksa (dari kejahatan)y dikerjakannya. Maka, mereka berdoa: “wahai tuhan kami, janganlah engaku menghukum kami jk kami terlupa @ bersalah. Wahai Tuhan Kami, janganlah Engkau membebani kami dengan segala sesutu y berat sebagaimana Engakau bebankan kepada org sebelum kami. Wahai Tuhan Kami, janganlah engkau pikulkan kepada kami apa y kami tak sanggup kami milikinya.berilah maafMu, ampunilah kami…dan rahmatilah kami. Engakaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum y kafir…”
Bacaannya kian teresak, syahdu nian dengan luahan kata2 dari KalamMu Ya Allah…terhenti seketika bacaan nya kali ini…dia bemonolog lagi ;’bagaimana mungkin aku bisa lupa kpdMu saatku senang… Ya Allah…bagaimana mungkin aku berbuat demikian…dimana malu ku padaMu…???.. ya Allahhhh… ampunilah aku andai segalanya terjadi saat aku sedar tapi aku membutakannya…ampunilah aku…’
“ya Allah, kami berlindung padaMu dari menyekutukan Allah dengan sesuatu y kami ketahui, dan kami memohon ampun dari (menyekutukanMu) dengan sesuatu y tidak kami ketahui…”
Sungguh indah, itu y mampu Fikhryiah nyata saat dan tika ini…juga seribu tahun lagi…kerana hanya dengan ayat2 cinta ini mampu membuat hatinya.. jua hati2 manusia kembali mengapai daerah ketenangan juga mengharap teduhan limpah Rahmat serta kasihNya…dan ingatlah…jka si ibu mampu memberi kasihnya sepenuhnya kpd anak…namun, ksih sygNya tak mampu diunggkap dgn kata2, ia terlalu melimpah…ruah…Dia masih sudi mengampuni hambanya saat diri dipenuhi dengan najis dosa…biar pun bkli2 si hamba kmbli mlakukn dosa..jnjiNy pd hamba…’pintu taubatny sentiasa terbuka buat kita slagi yaumul qiamah tidak mengunjungi mereka…' Fikh terus mengharap pada Penciptanya...
’ Ya Allh..ya Sobburr..sabarnya Engkau dengan karenah kami…kasihnya Engkau pd kami…ya Allh…truskanlh,pautkanlh htiku agr aku terus mnjadi pencintaMu y setia hingga ku mnutup mta…rinduny aku utk btemu dgnMu suatu msa nanti krn jnjiMu suatu y pasti……’
’Ya Allah…ampunilah kami…pimpinlah hati kami kearah cintaMu…moga kami tak tersesat dalam dunia buatan kami…moga kami sentiasa  mendapat tarikan maghfira & tarbiyahMu…moga kami dapat mengahadpMu kelak dalam wajah y penuh berseri2…moga Engkau tak lokek utk menyampaikn syafaatMu…itu y kmi harapkn…mga kmi bisa mnutup mata dalam lena y pnjang dgn pnuh kedamaian,ketenagan,& pembebasan’
Akhir bicaranya dengan bait2 indah itu setelah beberapa ketika..wah rinduNya…akhrnya  dia temui apa y dicari… 'gapai dan carilah redha Ilahi krn hanya Dia y bisa memberi, memudahkan, melapangkan dan segala2 ny Hanya ada pada Dia…krn Dia sebaik2 pntadbir segala urusan manusia hambany y pnuh dgn kelemahan n serba kekurangan..krn rasa kekurngan itu y bsa membuat kta trus mensyukuri segla nikmat dan hikmat y wujud tanpa kta sedari atau… bnar2 kita sdari…' ungkapan demi ungkapan meluncur laju dari benaknya...seakan-akan msetia mentarbiyah dirinya..
   Tiba2 YM nya kembali berbicara..hmmm..kali ni dia membawa peringatan buatnya akn sebuah Hadis Baginda S.A.W…
aku mengaharap MaghfirahMu...
“Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda "hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhori)

setelah kembali menatap bicara kasih dari sahabat y mendambakan redha Ilahi..Fikh kembali melihat doc word y di tinggalkan utk seketika…terasa sedikit lenguh bahuny mungkin kerana telah menaip hampir sejam  lamanya…nampaknya isyarat  perlu berundur utk telah diberi..
Fikh terus-terusan bermonolog; mungkin saat ini dia lebih selesa dengan cara itu ; 'insyaAllh...mungkin dgn izinNya akan ku biarkan pena ini berbicara lagi dalam saat waktu y ada…mungkin jua ini penaku y terakhir siapa tahu…smoga segala y baik itu mendapat limpahan Rahmat kasihNya, sgla kecactn  dan keburukan itu hadir dri diriku y lemah dan sentiasa dahagakan teguran y membina dari kalian…moga dapat diperbaiki dr masa ke masa…dr hri ke hari… krn tuntutan kpd kta utk mjdi ‘hri ni lbih baik dr semalam’ plu di realisasi…' 

“hai Fikh, dari td mengadap laptop ble nk sentuh note tu??” lembut  kak Ila menyapa. Sangat perihatin akan adik2 bliknya. Fikh, kian membetulkan duduknya. “orait k.Ila…da nak hbis da ni…huhu” tersengeh di depan screen. “haaa…k.Ila klu Fikh tu duk dpn laptop Ore panggil pon dok nyahut doh…” Fiza xlekang ‘kecek qlate’ menyampuk dari belakang. “ huhuhu…orait2 ok FULL STOP!!! Any objection???hmmm…??” Fikh memaling muka mengangkat kening…”hahaha…” smua terburai ketawa manja….

-wassalam-
 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .