Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt
Di Petik Daripada : Ustaz Zahazan Mohammed
AL-bUKHARI ( no 6847 ) dan Muslim ( no 1500 ) meriwayatkan daripada abu Hurairah r.a bhw seorang lelaki telah datang bertemu dengan RasululLah lantas berkata : " Isteriku telah melahirkan seorang bayi yang berkulit hitam ! ( Lelaki ini seolah2 meragui kesetiaan isterinya , atau tidak mahu mengakui anaknya keran tidak menyerupai ayah & ibunya ) Nabi saw bertanya kepadanya : Apakah engkau mempunyai unta ? Jawapannya : Ya ,ada !nabi saw bertanya kepadanya : Apakah warnanya ? jawapannya Merah ! nabi saw bertanya lagi : "Apakah terdapat warna hitam padanya ? Lelaki itu mnjawab : Ya ada! Nabi saw bertanya lagi : Dari manakah datangnya warna itu ? Lelaki itu mengatakan : Boleh jadi kerana datuk neneknya mempunyai warna seperti itu . Nabi saw akhirnya menjelaskan : " Begitulah juga anak ini, ia barangkali menyerupai datuk nenek
moyang kamu !
Firman Allah dalam Al Quran Surah Ibrahim ayat 7 bermaksud:
dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan;
"sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah nikmat kepadamu,tetapi jika kamu mengingkari nikmatKu maka pasti azabKu sangat berat."
Ya Allah masukkanlah kami dalam kalangan hambaMu yang bersyukur....Ameen... ^^
0 comments:
Post a Comment