RSS

Saturday, April 9, 2011

BAIT-BAIT KATA: istikarahku...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum wbt,




Perjuangan Tanpa Pengorbanan Adalah Kosong,
Pengorbanan Hanya Ada Tatkala Perkara Yang Teramat Kita Sayang,
Kita Perlu Tinggalkan…Kita Perlu Pisahkan…
Ya…ia…
Suatu Yang Teramat Sukar…
Kerana Pengorbanan Itu rasanya Pahit…
Kerana  Janji Allah Itu pasti…
Syurga Allah Itu Nikmat lagi…

Ya Allah…
Andai Ini Adalah Harga Yang Perlu Ku Bayar Utk Perjuangn Ini,
Aku Redha Ya Allah,
Aku Yakin Akn Takdir Mu Ini Yaallah,
Aku Yakin ini adalah tarbiyah dari Mu,
Justeru, Aku Mohon Ada Berkah Dari Mu,
Aku Mohon Pimpinan Darimu….

Ya Allah,
Aku Serahkan Segalanya Pada Mu,
Meskipun Berat,
Meskipun Terasa Pedih,
Tapi Ya Allahhhh….…
Engkau Maha Tahu
Maha Luas Pengetahuan...
Ya A’liim…

Ya Allah,
Aku Redha Atas Ujian Ini,
Iringilah tiap derap Langkahku Ini Dengan Kasih sayangMu..
Ya Rahiim…
Jadikanlah Pilihan Ini Yang Terbaik Buatku….

Ya Allah,
Engkaulah sesungguhnya Engkaulah Tujuanku,
Justeru, Redhamu Yang Teramatku Tagih,
Andai aku perlu melalui denai Penghinaan,
Andai Ada lemparan kerikil Tohmahan Cercaan,
Aku tahu,
Itu Masih Belum Menyamai Pengorbanan Para Mujahidmu Yang Dulu…

Ya Allah,
Titipkanlah semangat mereka dalam jiwaku,
Iringilah tiap mimpiku dengan aura  jihad mereka…
Moga aku segagah mereka,
Moga aku sekental mereka,
Moga aku bisa  jejak ke Laman SyurgaMu,
Bergandingan melangkah bersama insan-insan yang ku sayang…


Ya Allah…
Aku Mohon,
Berilah Aku seteguh tiang seri  Kekuatan,
Berilah Aku Sebumbung Ketabahan,
Berilah Aku Segunung Harapan,
Untuk menjadi syahidah dijalanmu…

Kerna Ini Mungkin Permulaanku
 Untuk Menjadi Mujahidah fisabilillah…


Ya Allah,
Jangalah Kau Biarkan Aku Mengurus Diriku…
Kerna Aku Tak Mampu….
Jangalah Kau Biarkan Orang Lain Mengurusku,
Kerna Mereka Akan Mensia-Siakn Ku…

Ya Allah,
Engkaulah Cinta abadiku….

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .