RSS

Thursday, April 14, 2011

BICARA PENA (Cerpen) -Bhg: Musafir Di Jalan Hamba [Menanti Jawapan Istikharah II


“Mak cik! Ape?...suruh aku tengok pastu tak bagi pusing! Macam keling je..huh!” Fikh membungkam rasa.

“Alaa..aku nak tengok tu macam kenal je kereta putih tuh…” lirik anak matanya masih mengekori gerak kereta yang kini meluncur perlahan.
“Sape? Faizal?” Fikh cuba meneka.
“Hurm…Faizal…” ringkas.
“Nape ni? Korang ni de masalah pe? Sampai nak tengok muka pun tahap allergic. Kamu jangan Zie…baa haa yee….haa…aku bagi tau ciap-ciap…” Fikh melahirkan rasa hairan melihat sahabatnya kini.
“Alaa…tak dak pa pa laa… dia yang cari pasal ngan aku kan…dah la amik assignment aku tak bagi tau! Tak pasal-pasal aku kena marah ngan Prof Zainal. Kau tau la kan Prof tu macam mana. Aura dia pun dah kecut perut. Memang aku tak maafkan!dah full stop!” mak aih bukan main angin lagi Azie.
“Ya Allah tu cerite zaman mane lagi tu…dia tak sengajakan…kan dia dah mintak maaf…” Fikh cuba berlembut.
“Entah la Fikh…aku malas nak layan!” Azie masih berdegil.
“Ikut kamu la Zie…aku tak nak cakap banyak. Aku boleh doa je. Anyway remmember yeah,
bencilah kamu pada seseorang itu seadannya. Mana tahu suatu masa nanti dia menjadi orang yang kamu cintai. Cintailah seseorang itu seadanya mana tahu suatu masa nanti dia menjadi orang yang kamu benci.
Aku tak kate, tapi ni Saidina Ali yang kate. Fikir-fikirkan dan renung-renungkan la ye?” Fikh kembali melangkah dari batu ke batu.
Azie masih terpaku di situ. Entah kenapa dia terlalu membenci Mohamad Faizal Akmal. Rasa marahnya itu masih lagi berbaki. Susah!. Biarkan waktu mengubatnya. ‘Wahai ombak cepatlah hilangkan luka yang tercoret ini. Fikh hang tak tau banyak lagi...sorry to say.. I've kept it..’.
“Zie!Zie!” tersedar dari lamunan. Azie mencari pemilik suara itu.
“Ya Allah Fikh…napa ngan hang ni?…Ya Allah budak ni…” Azie cuba mengangkat Fikh yang kini telah terduduk. Pipi sahabat itu di tepuk lembut.
Mata hanya mampu dibuka sedikit. Peluh sejuk merenek di dahi tanpa henti. Rasa sakit di tahan seboleh yang mungkin. Kaki tak lagi mampu bertahan dan akhirnya terkulai layu.
“Fikh,hang ok ke tak ni Fikh?” Azie kini telah mendapatkan Fikh.  “Allah…jom kite balik Zie, aku tak bawak ubat ni”, wajah pucat lesi jelas tampak. Suara hanya sayup-sayup kedengaran. Tiba-tiba dunianya menjadi kelam.
“Fikh!…Fikh!…bagun…” Azie terasa cemas. Faizal yang kini singgah di warung berdekatan melihat dua orang budak perempuan kini terduduk di pasir. Sepertinya dalam kecemasan.
“Ada orang pengsan! Cepat!” salah seorang peniaga menyahut.
Semua yang berada disekitar itu bergegas tak kurang juga Haziq dan Faizal yang telah siap membuat pesanan.
“Ziq, aku macam kenal dua orang tu..cepat Ziq!” Faizal bersuara.
“Ye ke?...cepat Zack! kite tengok.” Kedua-duanya bergegas ke tempat yang kini makin ramai manusia mengelilingi.
“Azie! Kenape ni?” Faizal bertanya cemas.
“Faizal, tolong aku bawak balik  Fikh balik kampus.” Azie terpaksa memohon bantuan  rakan sepusat pengajian dengannya. Ah! terlupa seketika rasa amarah tadi. Kalau tak kerana mereka menaiki motosikal takkan sesekali dia meminta! Rasa menyesal menyelubunginya mengingatkan kedegilan Syafikha Adila untuk menaiki motosikal daripada menaiki keretanya. ‘Fikh, aku  dah katekan elok kite naik kereta dari moto…’ Azie mengomel sendiri.
“Azie, nape ngan Dila?” Faizal kini memandu laju Wira Aeroback miliknya. Fikh dikenali sebagai Adila oleh teman-teman yang lain.
“Aku tak pasti. rasanya  Dila ni PMS teruk ni. Kalau selalu tak macam ni. Jarang.” Azie cuba mengingat.
“PMS?” tiba-tiba meluncur dari mulut lelakinya. Ya,kosong mengenai short form tersebut.
“Opss..sorry..Pre Menstrual Syndrom.” Terlupa seketika berbicara bukan dari kaumnya.
“Sesungut?” Faizal mendapat kepastian.
“Bukan…”Azie membalas ringkas.
“Abes tu?” ‘aik salah erk…rase dah betul dah…betul ke Azie ni…’
“Senggugut la wak…” Azie membetul duduknya di seat belakang memangku Fikh.
“Oooo…ok ok…hehe…sorry” ‘ Alahai, tersalah pronounce la plak…aiseh…huhu’.  Menutup malu, keseganan yang meninggi. “So, nak ke mana ni? Hospital ke kampus?” Faizal bingung. Dia memang tidak arif hal ehwal wanita ni.
“Balik kampus.” Ringkas. Azie masih mengingat sesuatu.
Faizal sedikit hairan. ‘sakit sampai pengsan ni tak pergi hospital?…kat bilik ada ape?..hurm’…suara bisu hanya sekadar berdetik. "Tak pe ke? " Rasa gusar tadi terluah jua. Dahi yang masih berkerut buat Azie mengerti. 
“Dila ada ubat dah kat bilik. Nanti Aku tolong tuamkan. Take time sikit sakit nie. Harap-harap tak teruk. Memang dah lama dia tak kena. huu...tup tup tetibe lak kali ni...” Panjang lebar Azie mengulas tanpa perlu di minta. ‘mak aih banyak pulak aku bercerita’ Azie baru tersedar.
" I see..." tak ada idea nak dibual saat ini.
Sunyi. Hanya deruman kereta muda Faizal memenuhi ruang antara mereka.
"Aku rasa elok kite pegi Pusat Kesihatan. Aku tengok Dila tak jaga-jaga lagi tu." Faizal sekadar memberi cadangan.Risau.
"Erm, ok...Aku ikut yang mane baik.." Azie berbasa basi. Rasa risau kini bertandang.Terasa lama pula perjalanan ke kampus kali ini. Fikh masih tak sedarkan diri. ‘Ya Allah janganlah bagi jadi apa-apa pada sahabatku ini’ hati kecil memanjat doa.
Pandangannya di buang ke luar tingkap. Mencari-cari sesuatu.
“Allah… aku tak ingat moto aku!” Azie baru tersedar akan sesuatu.
“Tak pe..tak pe aku dah pesan kat Haziq tadi.” Faizal cuba menenangkan keadaan.
“Kunci?” tanya Azie. Seingatnya dia tidak menyerahkan kunci pada sesiapa pun tadi.
“Tadi kunci awak tercicir.” Ringkas.
Senyap. 
Rasa ego membatas segalanya. Tiada ucapan terima kasih kedengaran. sekadar senyap. ya sunyi menyelinap berselang seli dengan deruman enjin kenderaan. 
Sehingga melangkah masuk ke pusat kesihatan. Fikh terus di sorong ke bilik rawatan. Ya tak banyak yang boleh di buat melainkan rehat sepenuhnya diperlukan saat ini. Uba. Hanya sekadar ubat yang pasti takkan disentuh meski terpaksa berguling-guling. Alahai degilnya. Pasti dia punya alasan yang kukuh.
Kedua-duanya menunggu di luar. Senyap bertapa lagi. 
"Erm, Faizal tak pe la aku tunggu Fikh kat sini", Azie memecah kesunyian.
"Hurm, baiklah...aku balik dulu...kalau de pape hal contact aku balik..ok" ah, gayanya seperti sudah lama kenal.
"Erm, ok... sorry for disturbing your leisure...anyway thanks..." sekeras-keras kerak nasi tak selamanya ia begitu... lembut jua!. 
"It's ok...please don't mention it...just a small case what I've done... assalamualaikum" kelibat Faizal kian menghilang.
'walaikumussalam...' Azie tenggelam dalam emosi diri. 



Mentari senja itu tetap cantik! Detik pertemuan dengannya seketika cuma.
Terkadang buat kita rindu untuk terus menantinya.
Dan akhirnya dia pergi saat  Tuhanny  memanggil pulang...
tanpa perlu mengira kita y sgt setia menantiny di situ...

Bersambung……

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .