RSS

Friday, January 21, 2011

SEJENAK: Dzikrini…Ingatkan aku…

Dzikrini…Ingatkan aku…

Ingatkan aku...
Andai aku terlupa
Tanggungjawab seorang hamba
Melengah suruhan yang Maha Esa
melanggar segala laranganNya
Mengabaikan sunnah rasul mulia..

Ingatkan aku.. 
Tika kuzalimi haq saudara
Amar ma'ruf sendiri sahaja
Nahi mungkar di hati cuma
Membuka aib dengan sengaja
Tak dihirau mereka yang derita...

Ingatkan aku... 
Sekiranya aku futur dan kaku
Tidak menegakkan seruan wahyu
Panggilan jihad di sambut lesu
Lemah tanpa semangat jitu...

Ingatkan aku dengan masa.. 
Ingatkan aku dengan Kebenaran...
Ingatkan aku dengan kesabaran....
(103:1-3)

Ingatkan aku...kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang mu'min. 
(51:55)

Credit to; Farhana Mazlan{kak ana :) }

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .