RSS

Monday, November 22, 2010

SEMBANG-SEMBANG_ Satg De Paper MD (EBS201)

BismillahirahmaniRahiim..
assalamualaikum wbt...
SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLAH ALLAHUAKHBAR...
selamat pagi cinta...(hahaaha..pg ni tedengar lg tu...)

huhuhu....sesaja ak nak menaip pg ni....gatai tangan!hohoho...
cz jenuh jugak nak paham pastu plak nak menghapai... jenuh2... kertas2 tok sah kata...memang berterabuq! huhuhu...dengan nota cara nota, dengan gambaq cara gambaq....huhuhu bebagai-bagai.....harap2 pg ni ak x terlena lam hall... dgn harapan... (Y_Y)

huhuhu...bersepah sungguh....lalalalaaaa.........
" ya Allah jgn buat ak mengantuk tatkala menjawab soalan nanti...bukakkan lah pintu hati ku jua pintu2 hati teman2 seperjuanganku, anugerahkalah kepada kami semua kefahaman para nabiMu, penghafalan para RasulMu, ilham sebagaimana para Malaikat MuqorrobinMu...
anugerahkanlah kpd kami  kejayaan dalam peperiksaan ni..berkahilah kami..moga ia bisa menjadi jambatan buat kami kelak....Ameen...^^"

ni nama dia placer deposit....huhuhu
nak tengok nota ak y penuh keserabutan x? hahahaha...mcm tuan dy....lalalalala

15 factors that affect prices of ore deposit...haa..ak x hapai g ni....huhuhu
Oklah nak sambung melukis lagi...huhuhu...praktis make perfect! 
All da bez! 
p/s: ingt ye pesan k.nur...bila dah masuk hall...xyah dah pikiaq sal habis bace ke..xhabis bace ke... hape ke... ckup! langkah kaki kanan...bce selawat byk2...duduk tenang2...Hanya Allah y ad tatkala itu...directly mntak kt Dia k...b4 send pper bce ayt 1000 dnar... 
ak doakn kamu dpt jwb dgn tenang, buat leklok ea...tawakkal tu a'lallah... caiyok2!!! (sambil menepuk bahuku sendiri...hehehe.. peace~~

SEJENAK: Sudah Tertulis

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIIM...
(In the name of Allah Most Gracious Most Merciful)
Assalamualaikum wbt...

Tadi sempat ak meluangkan sedikit masa membaca satu Note drp FB. bagi ak dalam makna notes ni...jadi ak bercadang nak share la kat bahagian ni....huhuhu....(bahagian baru lam blog ni...hehehe)..kalu nak tengok, bley cari nama ni... "Ber"couple" itu Haram" (harap2 dy xtukarlah nama dy tu...)

Pada suatu hari,  ak bertanya kepada emak,
"Mak… satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Ak tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Ak  menarik nafas dalam-dalam.
"Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin ak mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas pun mak mampu membacanya.

"Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.
"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Ak memintas, “Tak faham.."

Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah..Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi, “begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajahku merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..
 Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?"  mak berhenti seketika. Ak tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak. 


Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu."  Mak merenung jauh. Ak kian merapatkan badan menghampiri emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

“Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" Ak menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Mohon penjelasan yang nyata telus dari hati.

Emak ketawa kecil. Gamaknya tak tertahan dengan gelagat ak. "Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah. Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandangku sambil memegang pipi dan dagu. Kemudian  tangannya mengusap lembut rambut di kepalaku. Itulah belaian yang hanya ada dalam hidupku. Belaian ibu hanya satu di dunia. Belaian yang bisa meruntun hati dan jiwa.

“Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung. Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.." emak melemparkan pandangan ke lantai.
"Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan padaku. Itulah juga salah satu inspirasi buatku untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 

“Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak  tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. 
Aku sekadar diam seribu bahasa. 
 Fikiranku sedang ligat untuk cuba memahami maksud  di sebalik kata-kata emak.


Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita  jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada  sesuatu keistimewaan pada seseorang tu. Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas  jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak  akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh  cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple  mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita  berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah  tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang  kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan 
dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata ak mengalir. Tanpa perlu di paksa. Argh! Ego ku  kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan bicaranya…

"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi  hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya  hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang bukan milik dia. Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya. Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai   antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi  apabila kita mencintai saudara perempuan, kita  bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita ada batas-batasnya. Orang kafir kata batas-batas ini suatu diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat  itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula dengan yang lain.. Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama bekerjasama untuk mencari redha Allah.. Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar biasa...

 Tentu kering tekak emak menerangkan kepadaku persoalan hati ini. Namun, kesungguhan emak membuat ak kagum. Dia kuat…ya…hatinya terlalu kuat…benar, ak mesti mencari redha Ilahi…kerana itu lah yang Aula…

"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun  bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada  lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang curang, suami yang curang.. Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang  penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta  itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang  kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,  segala perkara yang kita cintai dan sayangi termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, 
beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ." mak masih setia mendendang alunan nasihat kepadaku.


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita  sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu  untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh  memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh- kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing
-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mataku turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuhku dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat. ‘Seerat itulah mak inginku fahami tiap kata-katanya’ ak sekadar bermonolog.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.." Mak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahuku...ak tersedu-sedu buat kesekian kalinya…
ak membalas “terima kasih mak, kakak sayang mak…”….lantas mak mengucup dahiku mungkin dalam hatinya turut berdoa moga ak bisa memahami kata-katanya.

amacam? de nanges? hahaha...ak tersedu jugak bace...hehehe...bukan buleh touching2 ni....lalalala.... "nampak je cam keras tapi...lam ati de taman, ciap bejambak2 lagi bunga..."...hahaha tu ayat kawan ak 'amboi cik kak, kalu mengutuk bertambah2'..huhuhu...yela kene redha...betul la kot....huhuhu
ok, tepat kol 10.oo MD menanti utk di usik...ok...ilaliqa' (jumpe lg)..tata... peace~~aman~~
wassalam 

Friday, November 19, 2010

THROUGH THE ROAD: Raya Korban Kembali!!!!!!!

Bismillahirahmanirrahiim...
Allahuakhbar, allahuakhbar, walillahilhamd....
Asslmualaikum wbt...
Salam eidul adha diucapkan kepada teteman sekalian...
Hmmm...maka, bersempena hari 10Zulhijjah@ Raya Aidil Adha@ Raya Korban@ Raya Haji...(haa..tu dia banyak nama2 dia...) So, de la cikit entry sal hari raya ni. Memandangkan raya tahun ni sangat meriah kalau nak di'compare'kan ngan previous raya. Syok??? Memang syok!!!!. Hehehehe.. :) 
Alhamdullilah, coz lapis belia cendiakwan + ngan JKKK...handel then, depa form la satu committee yang urus satu event nie...yang baguihnya committe baru ni ciap buat satu website lagi haa...untuk perkongsian idea@cadangan katanya dari seluruh penduduk Kampung Jong...hmmmm bagus2...ada improvement dia...Insyallh nanti ak pn nak p menyelit-nyelit kat website tu...hahaha...(saje nk interframe...lalallalaa..) Anyway Tahniah kepada Ust Zabidi dan Kawan2... :) peace!!!
Majlis tu start dari pagi hari iaitu waktu Subuh... Alhamdulillah, sejak akhir2 nie Surau Al Amin meriah...tak kira waktu...hatta Subuh pun...yang syoknya lagi ciap ada pengisian ; Kuliah Subuh, Kuliah Maghrib dan bebagai kelas yang ada...bagus kan? Hehehehe...absolutely! Sekali lagi..peace!!!
Lam 8.30am...semua rakyat kampung jong berduyun-duyun p surau. Mula2 nak buat kat padang sekolah agama rakyat depan umah ak tu...last2 buat kat surau gk...surau y kecik xdapat nak menampung jemaah yang ramai...bagai melimpah ke ladang gandum! Huhuhu...sampai turun kat bawah...yang sebelah wanita sampai ke tangga...memandagkan ak p lambat, ak kene kat tepi tangga tu la...last2 balik umah sembahyang sendiri...sob3...huhuhu takut jatuh tangga...kang tak kawen plak sowg ni...hahaha...(huhuhu...alasan!.. Padahal bley je nk solt dduk an2? Kan slt rya ni slt snat ja...bley nk slt dduk tnpa k'uzuran pn...hish nak kene sekeh ni...dush3...huhu..)
Pas solat raya majlis sembelih menyembelih pn bermula...8 ekoq lembu tumbang...ak xp tengok pn..hehehe.. Anak2 buah je y berlari2 beriya2 ber...ber.. Dan ber2.. Lah...balik2 umah 
"mak jang...mimie tengok lembu tadi banyak..."
 yang ni si mimie...cakap punya mendayu-dayu...huhuhu
"jang2...ajiq engok embu d...bechaaa...heee akut2...ne ellih...heee...(sambil kancing gigi)" hahahaa...si haziq...Muhammad Syakil Haziq...bawu 2½ tahun...tapi telo lagi...banyak sangat mulut. K tak pa t kita sembang sal anak2 buah ak ni dalam entry yang lain...Insyaallah...paham x dia kte pe? "mak jang, haziq tengok lembu tadi...besar heee....takut2..kene sembelih heee..."..huhuhu...
Segala kejadian hari raya ni ak tengok dari tingkap umah memandangkan jaraknya ada la jugak sekankang kera...huhuhu... Malamny pas majlis makan2 (y dah dmasak secra bjemaah o pakcik2 dan makcik2 td) ada ceramah agama...ak xp pn huhuhu...cz da nak bertolak balik kg... Dengar macam syok ja ceramah ust tu...huhu... TAMAT~~ cerite kt kg ak... Ni cite kat kg mk ak lak...
Haa...gambar bg 1001 makna jadi owg letak pic yang dan di 'snap'...huhuhu...

                                
                                                       ~RAYA HAJI DI KG MAK~
Kerje2 memotong daging utk di edar ke seluruh kg.


besar betul rangka dia...huuuuuu....mmg xlarat pakcik2 ni nak angkat...last2 bley jugak... 
ak tolong tengok  ja sambil snap gmbaq...huhuhu


 

hmmm...rseny sampai sni dulu utk entry THROUGH THE ROAD...kiasanny, crite sbuah pengalamn ku... k..
ok... c u next time...jmpe lg...wssalam...tata

  
 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .