RSS

Tuesday, August 30, 2011

SHARE: Kau Harus Ada Di Sisiku


“Awak, bangun awak.”Suara itu menembusi kegelapan. Menarik aku dari kelamnya lena. Perlahan-lahan kubuka mata. Cahaya masuk, dan siling menjadi persembahan pertama.“Urgh,” Aku mengesat mata, yang kurasa masih tidak hilang kantuknya. Terpisat-pisat. Berkelip beberapa kali.“Mengantuk lagi?” Suara lembut itu menyapa lagi.Aku menggeleng. Kemudian perlahan-lahan menumpukan pandanganku kepada yang bersuara.Dia sedang memandangku dengan perihatin. Dan tiadalah wajahnya itu, melainkan menjemput senyuman hadir pada bibirku.“Alhamdulillah,” Aku mengucap perlahan. Benar-benar rasa bersyukur dihidupkan. Dan amat bersyukur kerana Allah mewujudkan dia di sisi.Dia turut tersenyum mekar.“Ada setengah jam lagi sebelum Subuh. Sempatlah kalau nak qiamullail.” Telapak tangannya menyentuh pipiku. Aku mengangguk faham. Kemudian dia perlahan-lahan turun dari katil.Aku menolak katil untuk menukar posisi, dari berbaring kepada duduk bersila. Sekadar memandang dia yang berjalan menjauhi katil, kemudian menghilang di balik bilik air.Senyumanku belum pudar.Puas hati. bangunku hari ini. Seperti juga hari-hari sebelumnya semenjak wujudnya dia. Hatiku lapang. Jiwaku kembang. Bahagia. Dan bahagia ini, sukar sungguh untuk terluput, semenjak hadirnya dia.Sebentar aku jadi teringat hari-hari lalu. Hari-hari yang sunyi itu. Hari-hari yang perit itu. Hari-hari yang penuh derita dan disulami pelbagai cabaran yang menduga. Bukanlah kini semua itu telah pergi. Tetapi seakan-akan semuanya menjadi ringan dan aku menjadi lebih kuat untuk menempuhnya.Aku menunduk dengan senyumanku, menggeleng sendiri.Benar sangkaanku, dia harus ada.“Alhamdulillah ya Rabb, Alhamdulillah.” Dan syukurku bukan sekadar kata. Segera aku bangun, menuju ke bilik air di luar kamar. Membersihkan diri, siap mengambil peluang qiam yang masih berbaki. Biar syukurku wujud dalam amalan juga.
******Suasana halaman yang indah mengisi keadaan. Angin pagi sepoi-sepoi bahasa dengan hawa yang sederhana membuatkan diri terasa damai. Antara kegemaran kami berdua, sarapan di halaman rumah kala hening pagi sebelum aku pergi mencari rezeki.“Apa senyum-senyum?” Tiba-tiba suaranya mengoyak lamunanku.Aku mengangkat kening. Tanda tanya. Tak faham mengapa aku ditanya.“Ya la, ada apa-apa ke? Atau muka saya ada masalah?” Dia mengesat pipi dengan belakang tangan yang sedang memegang garfu.Aku tertawa. “Mana ada apa-apa pada muka awak. Saya sahaja nak senyum. Tak boleh?”Dia tersenyum sama. “Senyum tak mengapa. Tapi senyum sambil tenung saya lama-lama tu yang buat saya tertanya-tanya. Tak sedap ke Mee Goreng saya masak?”“The Best in The World. Sama level dengan Ummi dan Ibu masak.”“Habis tu, senyum-senyum kenapa?”Aku dengan senyuman yang tidak lekang, menggeleng senang.“Senyum, sebab awak ada di hadapan saya, sarapan dengan saya.”Spontan wajahnya merah. “Hish, ingatkan apa tadi.” Terus dia kembali menumpukan perhatian kepada Mee Goreng di atas pinggan.Aku juga menyambung makan. Sengaja mengekspresikan rasa hati. Kerna aku memang benar-benar rasa beruntung dengan keberadaannya di sisi. Aku tidak dapat membayangkan betapa aku sedang melalui hari-hari ini. Hari yang aku fikir tidak akan tiba buat diri.“Awak, sibuk tak hujung minggu ni?” Soalan itu muncul saat aku selesai dengan suapan terakhir.“Kenapa?” Garfu dan sudu kuletakkan saling menyebelah di tengah pinggan yang licin.“Sibuk tak?” Dia mengerutkan dahinya sedikit. Seakan hendak kujawab juga jawapannya.“Kalau sibuk kenapa?”“Kalau sibuk, saya tak nak lah cakap.” Dia menundukkan wajahnya, sambil garfu menolak masuk baki mee goreng ke dalam sudu, kemudian terus membawanya ke dalam mulut.“Kalau macam itu, tak sibuklah.” Aku mengesat kawasan sekitar mulut dengan tisu, sambil kekal tersenyum. Wajahnya tidak kulepaskan. Walaupun mungkin matahari naik yang boleh kuperhatikan ketika ini indah. Kerna padaku, tiada makhluk ciptaan Allah yang lebih indah dari apa yang ada di hadapanku kini.Dia mencemikkan muka, sambil meletakkan sudu dan garfu di atas pinggan . “Saya tak nak sampai ganggu schedule awaklah. Saya tahulah awak sibuk.”Aku menggeleng. “I’ll manage. Apa yang awak nak cakap sebenarnya?”“Er…” Teragak-agak. “Keluar jalan-jalan jom?” Wajahnya seakan amat berhati-hati bila melafazkan soalan.Tawaku muncul lagi. Geli hati melihat wajahnya. Dan tersentuh dengan ajakannya. Aku faham maksud ajakan itu.“Ada kerja sebenarnya…”Wajah cerianya hilang sebentar. Aku sudah agak.“…Tetapi i’ll try to finish it before this weekend. So that we can go jalan-jalan. Dan…” Aku tepat memandangnya. Masih tidak melepaskannya. Dapat melihat yang dia sudah mula hendak tersenyum, tetapi berusaha menahannya.“Dan…?” Senyumannya seakan terpecah sedikit, tetapi masih mencuba.“Dan katalah kerja tak habis juga, still, kita akan keluar pergi jalan-jalan juga. Saya tahu, awak nak suruh saya sekali-sekala ambil angin kan?”“Ha, tahu pun. Asyik kuat kerja sahaja. Kesian saya tengok.” Senyuman kembali menawan wajahnya.Aku menggeleng senang melihat ulahnya. Aku tahu dia mengajakku berjalan itu bukan kerana dia yang inginkan. Tetapi kerana aku sibuk dengan timbunan kerja dan projek, hingga hampir tidak punya masa merehatkan tubuh dan minda ke mana-mana.Aku bangun. Perlu segera untuk ke tempat kerja.“I’ll pick the place, boleh?” Pertanyaannya menyelit sebelum aku berdiri sempurna.“Baik sayang. Saya setuju. You pick the place, okay?”Dia mengangguk perlahan.Segera kujinjit briefcase di tepi kerusi kayu tempat dudukku, kemudian perlahan-lahan bergerak ke arah kereta yang enjinnya telah siap kuhidupkan sebelum sarapan tadi. Aku memang telah siap dengan pakaian kerja setiap kali bersarapan pada hari-hari biasa. Memudahkan pergerakan dan menjimatkan masa.“Awak,” Suaranya kedengaran, membuatkan aku menoleh.Segera dicapainya tanganku, dan menundukkan kepala menciumnya.Kembang jiwa. Perasaan ini, setiap kali hendak bekerja, seakan-akan pembekal kekuatan yang berganda-ganda. Subhanallah. Sungguh, aku amat-amat menghargai perasaan ini. Kalaulah perasaan ini satu makhluk yang boleh kupegang, pasti kusimpan di dalam balang. Kalaulah perasaan ini sesuatu yang boleh dipandang, sudah pasti kurakam biar boleh selalu diulang tayang.“Take care. Jumpa nanti petang.” Aku menyentuh pipinya lembut dengan telapak tanganku.“InsyaAllah, awak take care juga.” Matanya mendamai jiwa.“InsyaAllah.” Sambil masuk ke kereta.Dengan lafaz bismillah, aku memutarkan stereng dan menekan pedal minyak, menggerakkan keretaku separuh bulatan mengikut ruang yang ada di hadapan rumahku, sebelum bergerak lurus keluar dari halaman rumah.Sempat aku melihat cermin pandang belakang.Dia melambai.Aku tersenyum senang.
******Bunyi alat penghawa dingin ruang tamu menyulam suaraku membaca Al-Quran. Sambil bersandar pada sofa, tidak jauh dari tempat solatku tadi, aku memegang Al-Quran sederhana besar dengan tangan kanan.Senggang masa antara Maghrib dan Isya’, kuisi dengan rutinan harian. 10 muka surat paling kurang, sehari. Itu aku disiplinkan buat diri ini. Antara makanan jiwa yang baik adalah Kalamullah sendiri. Membaca Al-Quran, sambil mentadabburnya, akan membuatkan jiwa dekat dengan Allah SWT dan menyedari kebesaranNya, keberadaanNya, kasih sayangNya, dan kecintaanNya.Tambahan, aku perlu menjaga seseorang sekarang. Bukan semata-mata diriku lagi. Maka Al-Quran adalah antara sumber tenaga wajib yang mesti aku ambil untuk mengisi kekuatanku setiap hari.Perlahan-lahan, sambil mulut masih mengalunkan Surah At-Taubah kegemaranku, mataku melirik ke arah dia yang khusyuk membaca Al-Quran di tempat solatnya tadi.Tiba-tiba dia bangun, bergerak mendekatiku, kemudian duduk di hadapanku.“Awak, tasmi’ bacaan saya, boleh?” Sambil dia menghulurkan mushafnya kepadaku.Aku melihat wajahnya, kemudian merayap kepada Al-Quran yang disuakan.Hatiku kembang. Ini bukan pertama kali, tetapi setiap kali ini berulang, aku rasa lapang. Senang. Ketika itu juga senyumanku muncul.“Awak ni, sikit-sikit senyum sahaja. Dari awal kahwin macam itu.” Dia mengerutkan dahi sedikit.Senyumanku melebar. Sebelah tangan menutup mushaf yang ada padaku, sambil sebelah lagi menyambut Al-Quran di tangannya.“Senang hati, kita senyumlah.” Aku menjawab dengan senyuman yang masih berbunga.“Ya? Ke awak ada nampak apa-apa yang tak kena pada saya? Dari awal-awal lagi saya sebenarnya tertanya-tanya.” Dia berwajah penuh persoalan. Senyuman pada bibirnya beriak mencungkil jawapan.Itu hanya membuatkan senyumanku memekar.“Saya senyum, sebab saya nampak awak ada depan saya la.”“Itu jawapan ke?”“Ha, sekarang ni nak cungkil rahsia, atau nak saya tasmi’ hafazan awak?”“Yalah, dia tak nak kongsi dengan kita. Simpanlah rahsia awak tu. Ha, tasmi’ ya? Hafazan plus tajwid sekali tau. Check betul-betul.” Dia mendekatkan diri“Baik, sayang.”Suaranya mengambil alih ruang, bersulaman dengan bunyi penghawa dingin. Surah An-Nisa’ kedengaran menggetarkan gegendang telinga.Aku menikmatinya. Dan rasa nikmat mendengar suara orang yang tercinta mengalunkan ayat-ayat Allah SWT itu membuatkan aku menutup mataku. Tidak menjadi masalah untuk memeriksa apa yang dibaca, memandangkan aku juga menghafalnya.Sekali-sekala dia tersilap ayat, aku menegurnya. Adakala tajwidnya kurang tepat, aku membetulkannya.Suasana ini, menyenangkan. Suasana ini, membahagiakan. Suasana ini, amat mengasyikkan.Hinggalah dia menamatkan bacaannya. Aku membuka mataku semula. Memandang dia di hadapanku. Kalau bukan kerana aku tahu aku masih di dunia, aku sudah berkata bahawa aku sedang berada di dalam syurga.“MasyaAllah,” Aku memuji Allah SWT. Apakah yang lebih indah dari yang aku sedang lalui ini?“Banyak salahlah.” Dia bernada seperti kurang berpuas hati, sebelah tangan menggaru kepalanya yang aku yakin tidaklah gatal, sambil sebelah lagi mengambil semula mushafnya.“Still good lah. Boleh baiki dari masa ke semasa, insyaAllah.”“Takut awak bosan tasmi’ saya selalu. Banyak salah, mesti bosan.”Aku menggeleng. “Mana ada. Mana boleh bosan? Hidup kat dunia sekejap sahaja, kalau saya bosan dengan awak, habislah.”“Kenapa? Apa kaitan dengan duduk dekat dunia?” Wajahnya kehairanan.“Yalah. Sebab saya nak awak duduk dengan saya di syurga. Syurga selama-lamanya. Kalau di dunia yang sementara lagi sekejap ini saya dah bosan dengan awak, macam mana saya nak hidup selama-lamanya dengan awak di syurga?”Ketika itu juga tawa kecilnya pecah. Tawanya kedengaran tulus muncul dari hati yang teramat senang. Segera diangkat tangannya yang tidak memegang mushaf untuk menutup sebahagian mulutnya. Adab orang yang ketawa agar nampak sopan.Dan aku amat senang melihat kesenangannya. Ya Allah, kekalkanlah yang ini.“Untunglah saya dapat suami macam awak.” Tangannya yang menutup mulut itu bergerak menepuk bahuku.Aku menundukkan kepala sambil terus tersenyum. Tak berkata apa-apa. Tetapi di dalam hati, aku berbicara sendiri: “Saya yang untung, dapat isteri macam awak.”“Awak,”Aku mengangkat kepala memandangnya semula. Senyuman kini menggantikan tawanya tadi.“Terima kasih sebab sudi tasmi’ saya.” Lembut dia bersuara.“Sama-sama kasih. Esok, awak tasmi’ saya pula ya?” Aku angkat kening sebelah, seakan menggesanya berjanji.Dia tersenyum, mengangguk. “Promise.”Senyumanku jadi tidak pudar. Puas hati. Dengan nikmat tidak terhingga yang Allah berikan ini.Dia harus ada.Semestinya.
******Aku memandang skrin 43 inci desktopku yang melekat pada dinding. Pelbagai kertas kerja tersusun di atas meja. Jari jemari mengetuk irama yang tidak berseni. Sepenuh tumpuan kukerah. Minda  kuperah.Come on, come on. Di dalam hati aku menggesa biar idea berbuah.Aku adalah seorang CEO. CEO kepada syarikatku sendiri. Syarikat Awan Keimanan Sdn Bhd. Walaupun usiaku baru sahaja menjejak 23 tahun, Syarikat Awan Keimanan Sdn Bhd telah menjadi antara syarikat yang terkenal di Malaysia.Menjejak umur 18 tahun, aku memulakan satu projek penulisan di alam maya. Lama-kelamaan, penulisanku diikuti ramai. Hingga akhirnya, ada syarikat penerbitan yang singgah dan menawarkan aku menjadi penulis. Dari situ, lebih ramai orang mula mengenaliku.Aku tidak menerima semua itu begitu sahaja. Aku yang sememangnya bercita-cita besar semenjak kecil, melihat bahawa itu adalah peluang yang Allah SWT supaya aku bergerak lebih jauh lagi dalam menyebar luas agamaNya. Maka terus aku merangka sebuah rancangan.Aku terus merangka satu projek jangka panjang. Cita-citaku adalah, aku mahu mempunyai sebuah syarikat yang besar, yang menguruskan hal-hal konsultansi, memprodus majalah islami, novel-novel islami, buku-buku motivasi islami, komik-komik islami, sekaligus merekrut penulis-penulis dan pelukis-pelukis yang mempunyai syakhsiah serta kefahaman islami. Tidak cukup dengan itu, kurangka juga agar syarikat itu mampu mempunyai kumpulan nasyid sendiri. Dan untuk satu jangka masa yang lebih panjang, aku yang ketika itu baru berusia pertengahan 18 tahun telah merangka agar semua penulis dan pelukis, termasuk penasyid di bawah syarikat itu, akan mampu menjadi ikon masyarakat, sekaligus menjadi fasilitator dalam program-program motivasi yang dijalankan syarikat.Aku masih ingat, sekumpulan besar manusia mentertawakan aku tatkala aku meluahkan idea ini. Semuanya berkata bahawa ini adalah mimpi. Tambahan, ketika itu usiaku belum pun memasuki 20-an. Belum lagi menggerakkan semua itu, aku sudah mula mendapat tohmahan seperti berlagak, ego, dan sebagainya kerana dikatakan lemas dalam populariti sendiri.Aku tidak berputus asa. Tetap berusaha menjadikan semuanya realiti yang berjalan di atas dunia. Akhirnya, pada awal umurku 19 tahun, aku berjaya mengumpulkan sekumpulan manusia untuk bergerak bersamaku. Mereka ini kugelar ‘sahabat’. Bersama mereka, aku bergerak dengan lebih efisyen, proaktif.Mengharungi semua itu dalam keadaan aku merentas perjalanan sebagai seorang pelajar di universiti bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tambahan aku belajar di luar negara. Saat rakan-rakan sebayaku sibuk dengan pelbagai ‘kenakalan remaja’, aku korbankan semua itu untuk fokus pada projekku ini. Saat rakan-rakan sebayaku sibuk bercakaran isu persatuan pelajar di tempat belajarku, aku sibukkan diriku pada projekku ini. Saat rakan-rakan sebayaku rakus merantau negara-negara berdekatan tempat belajarku, aku menghabiskan cutiku menyusun atur semua projekku.Ketika itulah dugaan demi dugaan tiba. Cabaran yang banyaknya tidak terbilang. Aku mula melihat wajah sebenar kehidupan yang hakikatnya tidak senang. Beberapa kali usahaku seakan berhadapan kegagalan. Belum dikira waktu-waktu aku dicemuh dengan pelbagai tohmahan. Ujian demi ujian. Masalah pula bukan di sekitar projekku semata-mata, bahkan di sekitar kehidupan pelajar luar negaraku jua. Ada masalah dengan ahli rumah, ada masalah untuk studi dengan baik, kadangkala ada masalah kesihatan, dan belum lagi dibilang pula masalah-masalah mengekalkan hubungan baik dengan Tuhan.Aku menempuh semuanya sendirian.Aku punya beberapa sahabat karib, tetapi mereka tidak mampu menjadi peringan kekal buat kehidupanku. Allah izin, mereka bukan rakan serumahku, dan bukan juga rakan seuniversitiku. Sahabat-sahabatku ini, hanya kadangkala sahaja mampu menziarahiku, meluang masa bersamaku. Saat bersama mereka, aku kuat. Semasa berjauhan daripada mereka, aku sedikit lemah.Yalah, aku bukannya malaikat.Dan pernah, saat ujian-ujian berat menimpa dan aku tidak tertahan dengannya, aku menangis sendirian. Derita itu tidak akan pernah kulupakan.Tidak akan sesekali aku melupakan.“Ya Allah, idea, idea.” Aku melekapkan dahi ke atas meja. Dahi menyentuh kertas kerja. Baru aku perasan aku telah jauh mengelamun. Teringat pula betapa terseksanya hidup pada saat itu semua.Tiba-tiba aku terasa rambutku diramas. “Kesiannya,Kuat sangat dia kerja.” Dan suara lembut itu membuatkan aku mengangkat kepala semula, dan terus mendongak ke arah dia yang kini berada di sisiku. Senyumannya menghiasi tubir pandanganku.“Kopi Radix?” Dia menghulurkan cawan dengan tangan kanan, sambil tangan kirinya kekal di rambutku.Aku yang tadinya berkerut dahi menanti idea menghadirkan diri, ditambah dengan kenangan-kenangan pahit, tersenyum senang. Kusambut cawan itu dengan cermat, perlahan-lahan menghirupnya.Ya Allah, seakan bebanan tadi terangkat begitu sahaja. Seakan-akan keperitan lalu itu langsung tidak pernah wujud.“Projek baru?” Dia menyoal. Kini dia berada di belakang kerusiku. Dapat kurasa nafasnya menyentuh leherku. Walaupun mataku kini tertumpu pada skrin, aku dapat mengagak bahawa dia juga sedang memandang perkara yang sama. Aku mengangguk, sambil kopi sekali lagi kuhirup.“Awak ni, dari dulu lagi buat benda macam ini ya?”“Em. Tapi dulu taklah se’havoc’ macam ini. Dulu kecil-kecilan sahaja. Sekarang betul-betul terjun jadi mainstream. Studi dah habis. So, benda ni la yang saya fokuskan habis-habisan.” Aku memberitahu.“Yalah, siapa sangka awak boleh sampai macam hari ini. Tapi mesti ada bayarannya kan untuk capai apa yang awak capai hari ini?”Aku mengangguk lagi. Kata-katanya membuatkan aku teringat kenanganku tadi. Baru sahaja teringat.Kini, semua yang aku rangka itu telah menjadi realiti. Bahkan, dengan izin Allah SWT, semua itu menjadi realiti sebelum waktu yang aku jangkakan. Ada beberapa perkara tidak terjangka berlaku, mempermudahkan perjalananku. Walaupun selama ini menguruskannya di luar negara, tetapi sahabat-sahabatku yang bersama dalam projek ini menggerakkannya dengan penuh komited. Hingga apabila aku pulang, aku seakan-akan pulang untuk menuai hasilnya.Sekarang aku tidak lagi menulis di bawah syarikat orang lain. Aku menulis di bawah syarikatku sendiri. Syarikatku menjadi penerbit buku-buku motivasi islami, novel-novel islami, komik-komik islami dan juga majalah islami. Penulis-penulis dan pelukis syarikatku terdiri daripada mereka yang amat berbakat, dan mempunyai satu matlamat yang sama denganku – ingin membawa manusia kembali menjadi hamba Allah SWT. Dan mereka ini telah menjalani kursus di bawah syarikatku, agar idea mereka lebih dinamik, terkehadapan, dan tidak sama seperti penulis kebanyakan. Wujud tamayyuz yang tersendiri, agar terbina satu arus yang amat kukuh tanpa mampu ditandingi.Juga, kami baru sahaja mendapat kumpulan nasyid kami sendiri. Firwan namanya. Merupakan junior-junior sekolah menengahku. Mendengar pembentanganku, mereka berminat untuk menjadi kumpulan nasyid di bawah syarikatku. Kini mereka sedang meningkat naik dan diterima ramai.Program-program motivasi di bawah syarikatku turut mendapat sambutan hangat. Aku juga telah berjaya menubuhkan Kelab Awan Keimanan, yang mempunyai ahli dalam bilangan melebihi ribuan. Angka-angka visitors di laman mayaku selama ini telah berjaya direalitikan.Kini, aku sedang merangka projek untuk meluaskan lagi syarikatku agar mampu menembusi medan baru. Mereka filem, drama, dan animasi islami. Untuk benar-benar membumikan satu rangkaian bisnes yang didominasi oleh manusia-manusia yang mempunyai fikrah islami. Sekaligus, menyebar luas amanah Allah, dan mengislah manusia-manusia di atas muka bumi.“Semuanya dengan izin Allah SWT. Dengan doa-doa awak juga.” Aku cuba memandangnya, tetapi leherku tidak sampai. Dia perlahan-lahan memanjangkan lehernya, biar kepalanya di sisiku. Kemudian wajah kami bertentangan, dan dia tersenyum kepadaku.“Kita baru jumpa tahun lepas ya. Sejak bila pula doa saya boleh masuk dalam saham ni?” Dia tertawa.Aiseh. Kantoi terlebih gula.Ya. Kami baru bertemu. Sedang sebelum ini tidak berkenalan pun.“Tapi still, awak ada saham juga dalam semua ini.” Senyumanku terukir juga. Teringat lagi satu peristiwa, sambil wajahku kembali menghadap skrin.Aku menghela nafas. Ketika ini aku rasa lapang yang teramat, dan kepalaku menjadi ringan. Tiba-tiba aku seakan terlihat sesuatu. Seakan-akan penghadang yang menyekat telah terangkat. Idea tiba!“Ha, dapat idea la tu.” Dia bersuara. Mungkin melihat reaksiku yang segera. Tetapi aku tidak sempat hendak menjawabnya. Takut ideaku hilang begitu sahaja. Segera kuletakkan cawan di atas meja. Terus menekan-nekan papan kekunci, menaip idea-idea yang baru hadir daripada Ilahi.“Alhamdulillah.” Aku melarikan cursor pada ikon disket biru. Bila selesai semuanya, dan melakukan pemeriksaan semula agar pasti yang projek tadi sudah tersimpan kemas, aku memusingkan kerusi.Aku dapat melihat wajahnya yang dihiasi senyuman.“Terima kasih, awak.”“Hihi, apalah yang nak diterima kasihkannya kepada saya ni? Saya buat kopi Radix je pun.”“Terima kasih sebab awak ada di sisi saya.”“Ala, kut la sumbangkan idea ke, baru nampak macam saya ni berhak kepada terima kasih itu.”Aku diam dan tidak lagi menyambung kata. Hanya senyumanku sahaja yang kekal pada muka. Aku tahu, kalau aku berbicara lagi, dia hanya tidak akan mengalah untuk merendahkan diri. Di dalam hati, aku berbicara sendiri: “Tapi betul, Allah berikan idea itu bila saya teringat sesuatu yang berkaitan dengan awak.”“So, esok jadi ya?” Tiba-tiba dia bertanya, keluar dari topik ketika.“Jalan-jalan?” Aku meneka. Sebab esok memang harinya.“Em.” Dia mengangguk.“InsyaAllah. Kerja dah selesai. Betul-betul free. Awak dah pilih tempat? Di mana?”“Aaaaa, rahsia. Esok, awak ikut sahaja. Saya drive.” Dia mengenyitkan sebelah mata.Tawa kecilku muncul melihat ulahnya. Macam-macam.
******“Unexpected.” Terlafaz keluar daripada bibirku.Angin mendodoi damai tubuh. Dia yang setia di sisi memaut lenganku. Bunyi ombak menghiasi suasana.“Ummi kata, awak dulu masa kecil-kecil paling suka pergi sini. Tapi lepas pindah, Ummi dan Abah tak pernah sempat bawa awak datang sini lagi. Kemudian awak besar, masuk asrama, Ummi Abah sibuk, tambah lepas itu awak pergi overseasthen awak sibuk dengan projek itu ini, sampailah sekalipun awak tak pernah dapat datang sini.”Ini tempat di mana Abah selalu membawaku sewaktu kecilku dahulu. Dengan motor bujangnya, Abah akan membawaku mengambil angin di pantai ini dahulu. Keadaan di sini walaupun sudah berubah banyak, tetapi masih terdapat beberapa petanda bahawa inilah tempat yang menyimpan kenangan, sebelum aku membesar menjadi aku.“Eh, awak tak suka ke?” Tiba-tiba pertanyaan itu menyentuh gegendangku. Membuatkan aku menoleh ke arahnya. Wajahnya seakan cemas.“Kenapa tanya macam itu?” Aku kehairanan.“Kenapa awak menangis?” Segera tangannya naik menyentuh pipi. Baru aku perasan, ada cecair yang mula menuruni. Baru aku sedar yang pandanganku kabur. MasyaAllah.Aku terus duduk bersila di tempat aku berdiri. Tidak kuhirau pasir pantai mengotori jeans. Dia turut sama duduk di sisi.“Awak tahu, bila akhir waktu saya ingat bahawa saya normal?”Dia diam. Seakan memberi ruang aku menjawab sendiri persoalan itu. Sebab dia semestinya tidak tahu.“Ketika saya terkenangkan Abah bawa saya ke pantai ini, ambil angin dengan motor bujang dia.” Aku menjawab persoalanku tadi.Bau pantai ini, anginnya, suasananya, semuanya membuatkan aku seperti mampu melihat semula dengan jelas suasana indah itu.“Saat saya berhempas pulas mengharungi hidup yang penuh dugaan dan cabaran, menggalas idea-idea yang bombastik, hidup tidak seperti orang lain, rasa-rasa bahawa diri itu amat terasing daripada kebiasaan orang lain, saya akan teringat suasana di tempat ini ketika Abah bawa saya ke mari dengan motor.”“Jadi, sekarang awak terubat bila saya bawa ke mari?” Dia bertanya.Aku menggeleng. Dan senyuman mengoyak bibir. Aku memandang dia yang berada di sisi.“Saya sudah terselamat dari keterasingan itu, dari kelemahan itu, semenjak awak ada dalam kehidupan saya.”Ikhlas. Jujur.Aku pernah menyangka bahawa aku tidak akan bahagia sebenar-benarnya. Aku pernah menyangka bahawa satu waktu aku akan tewas bila kehabisan tenaga. Membawa sesuatu yang besar, hendak merealisasikan sesuatu yang semua orang kata mustahil untuk direalitikan pada usia muda, melawan arus kebiasaan dunia, dalam keadaan tidak pula ramai yang menyokong, aku fikir aku akan kehausan dan jatuh tak bermaya. Tinggal aku hanya percaya, bahawa Allah tidak akan meninggalkanku. Itu sahaja yang aku ada. Percaya. Dan aku sebenarnya menghitung hari, bilakah percayaku itu akan hilang akhirnya.Tetapi sampai satu saat, dia muncul.Hadir.“Kenalkan, ini anak saya.” Doktor Umar memperkenalkan gadis manis bertudung labuh di sisinya.Aku terangkat kening. Kenapa pula dibawanya ke dinner ini? Aku bangkit mempersilakan mereka duduk. Menghormati. Doktor Umar adalah seorang doktor yang sering kujumpai apabila berhadapan dengan keserabutan hidupku. Aku adalah seorang yang amat menjaga diriku. Aku ada kerisauan bahawa aku akan menjadi gila sekiranya tidak betul-betul menjaga diriku dalam dugaan hidup yang menggila. Maka Doktor Umar adalah yang akan sentiasa memberikan nasihat, selain memeriksa kesihatanku.“Kahwinlah dengan dia.”Aku macam hendak tersembur air yang sedang kuhirup apabila mendengar kata-kata Doktor Umar. Serius?“Ubat untuk orang macam enta ni, kahwin. Tambahan, ana pun tengah cari seseorang untuk jadi suami anak ana ni. Umur muda lagi, tapi duk sibuk suruh ayah dia carikan seseorang. Nak kahwin awal.”Aku memandang perempuan di sisi Doktor Umar. Nama pun aku tak kenal. Kahwin?Perempuan itu menunduk sahaja.“Ana bukan nak promosi anak ana. Tapi ana rasa, dia harus ada di sisi enta. Untuk diri dia, dan untuk diri enta juga.” Doktor Umar tersenyum. “Enta pun tahu, ana kenal enta macam ayah enta kenal enta juga. Ana ayah enta juga kan?”Aku tersengih. Benar. Doktor Umar sangat baik denganku. Perlahan-lahan aku memandang perempuan itu semula.Hei, cakaplah something. Er.. takkan nak cakap camtu kut? Aku mati bicara.Tiba-tiba dia mengangkat wajahnya. Aku memandang betul-betul.“Kahwinlah dengan saya. Saya usaha buat awak bahagia, dan moga-moga Allah jadikan saya peringan beban kehidupan awak juga.” Bicaranya malu, tetapi ada keyakinan di dalam dirinya. “Ayah kenal awak dan selalu cerita fasal awak. Saya yakin, pilihan ayah tepat, insyaAllah.”Mataku membesar.MasyaAllah.Allahuakbar!Dan ekspresi wajahnya ketika itu, sampai bila-bila tidak akan mampu kulupakan.Dan lebih tidak mampu kulupakan adalah, perasaan hatiku ketika itu.“Kau harus ada di sisiku.”Ketika itu jugalah segalanya seakan menjadi semakin ringan. Hatta makan juga bahagia. Bersembang juga bahagia. Segala-galanya bahagia. Hati sentiasa lapang. Jiwa sentiasa senang. Bahkan segala kesusahan dan kesukaran, semuanya seperti kapas yang berterbangan.“Bila saya bangun pagi dan awak ada di sisi, saya ada perasaan yang tidak dapat digambarkan. Saya masih ingat hari-hari saya berhempas pulas mendisiplinkan diri agar menjaga Subuh dalam keadaan rakan-rakan serumah tidak berapa peduli. Awak di sisi membuatkan saya rasa selamat.”Dia menunduk. Wajahnya mula memerah.“Begitulah juga bila kita makan bersama, bila kita baca Al-Quran bersama, bila kita solat bersama, bila kita qiam bersama, bila kita pergi program-program bersama, saya rasa macam lebih sempurna, lebih kuat, lebih bertenaga. Saya tidak dapat gambarkan perasaan-perasaan pada semua keadaan itu. Awak seakan-akan saya punya guardian angel. Buat saya lebih bersemangat untuk tingkatkan diri, dan rasa tidak letih untuk berusaha lagi. Entahlah.” Aku meluahkan perasaan sebenarku.Dia kembali menatap wajahku. Mata kami bertemu.“Apatah lagi saat-saat yang saya sepatutnya tertekan dengan lambakan kerja, waktu-waktu saya tersekat daripada idea, dan awak ada di sisi, seakan-akan Allah memudahkan segala-gala. Saya macam terselamat.”“Awak ni, lebih-lebih sangat gula ni.” Dia menyentuh kembali pipiku.Aku memegang tangannya itu. Kemudian menggeleng perlahan.“Sebab itu, saya sentiasa tersenyum.”“Oh, itu jawapannya?”Aku mengukir senyuman semanis mungkin.“Sebab awak memang harus ada dalam kehidupan saya. Awak adalah kepingan yang menyempurnakan ‘puzzle’ kehidupan saya, yang selama ini saya tidak punya. Awak harus ada di sisi saya, berada di sebelah saya. Allah menjawab doa saya selama ini, dengan wujudnya awak di sini.”Dia diam. Bunyi ombak mengisi suasana.“Sorry, speechless.” Dan akhirnya dia yang memecahkannya selepas beberapa ketika.Aku tersenyum sahaja. Kemudian melepaskan pandangan ke horizon. Menikmati suasana.“By the way awak, saya ada sampaikan hadiah untuk awak sebenarnya.” Dia menyambung kata.Aku memandangnya semula. Hadiah?“Awak sahaja sudah cukup untuk saya. Apa perlunya hadiah? Awak hadiah terbesar Allah buat saya. Susah-susah sahaja.”“Em, saya rasa, Allah just nak bagi awak hadiah berganda kut. Sebab hadiah yang ni pun bukan hak milik saya sebenarnya. Saya kan kata saya nak sampaikan sahaja.”Aku mengerutkan dahi. Hadiah apa? Macam berbelit-belit pula penerangannya.“Hadiah apa tu?”Dia tersenyum. Perlahan-lahan tangannya membawa tanganku menyentuh perutnya.“Saya mengandung, dua bulan.”Mataku membesar.“Mungkin Allah nak awak lebih bahagia dari bahagia yang awak dah rasa dengan kehadiran saya?” Dia angkat kening dua kali.Aku segera merebahkan diri dalam posisi sujud kepada Allah SWT.Menangis syukur.Daripada dia, datang lagi hadiah daripadaNya.MasyaAllah, MasyaAllah, MasyaAllah.Ya Allah, bagaimanakah hambaMu ini mampu mendustakan nikmat-nikmatMu?Sungguh kalau dihitung semua, tidak terkira harganya.MasyaAllah.
******Aku tidak pernah berada di syurga. Tetapi aku berada di dunia penuh pancaroba. Sedangkan Adam yang berada di tempat terindah ciptaan Tuhan memerlukan Hawwa, apatah lagi aku yang di tengah cabaran dunia yang menggila.Aku tidak pernah berada di syurga. Tetapi aku berada di dunia yang penuh dengan duga. Sedangkan Adam juga gembira dan rasa sempurna tatkala Allah hadirkan untuknya Hawwa, apatah aku yang selama ini sendirian di tengah badai dunia.Dia nyata harus ada di sisi. Kerna aku memerlukannya untuk menyempurnakan diri ini. Menemani. Buat aku terisi. Menguatkan aku.Dan bersamaku bergerak ke arah Ilahi.

copy&paste

Saturday, August 20, 2011

SEMBANG-SEMBANG : Ramadhan Yang Dirindui V (Fasa 3 Kini Tiba...AlQadr...ia diisi atau tersepi?)

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt,

Amalan-amalan Nabi SAW di 10 Malam Terakhir



Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat. syukur dirafakkan krna hri ini kita masih berpeluang untuk mengikuti siri Tarbiyah Ramadhan dan Alhamdullilah kini kita tiba di Fasa terakhir. 

Sahabat yang dirahmati Allah,
Dari Abu Hurairah dikatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud : "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:

Pertama : Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman.

Diriwayatkan oleh Ibnu Abi ‘Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah SAW dan melihat bahawa baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi’in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

Apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, sahabat dan tabi’in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

Kedua : Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud : “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi mereka bersepakat bahawa Rasulullah SAW melebihkan ibadahnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

Ibadah yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin ‘Ash bermaksud : “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting sehingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah SAW melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

Baginda tidak akan melalui ayat-ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah SWT memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat-ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah SWT daripada azab itu.

Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir bulan Ramadan sehingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata : “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apalagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasullah SAW  dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan al-Muslim, bermaksud :”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

Ketiga : Memperbanyak doa.

Rasulullah SAW bersabda doa adalah otak segala ibadah. Doa juga kunci daripada semua ibadah. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar itu adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah sebagaimana doa yang diajarkan Rasulullah SAW kepada Aishah. Doanya berbunyi : “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa’ fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: "Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa 1. orang meminum arak, 2. anak yang derhaka kepada ibu bapa, 3. orang yang selalu bertengkar dan 4. mereka yang memutuskan silaturahim.”

Pentingnya doa pada malam al-Qadar sehingga Syofyan al-Sauri berkata: “Doa lebih aku sukai pada malam itu daripada solat.”

Demikianlah amalan sebaiknya dilakukan pada malam itu.

Semoga kita termasuk orang yang mendapat keberkatan malam itu hingga selepas Ramadan, seakan-akan anak yang baru lahir dari rahim ibunya, bersih daripada segala dosa.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah kita amalkan amalan-amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW di 10 malam terakhir Ramadan semoga persediaan jiwa kita untuk memperolehi Lailatul Qadar akan dikabulkan oleh Allah SWT dan jadilah kita mukmin yang bersih dari segala kotoran dosa dan maksiat. Ingat pesanan Ibnu Abbas empat golongan doa mereka tidak diterima oleh Allah SWT dimalam Lailatul Qadar.

Muhasabahlah diri kita, jika kita ada berdosa dengan ibu bapa segeralah minta ampun kepada mereka, jauhilah mereka yang suka bertengkar dan suka timbulkan perbalahan dan perpecahan dan juga hubungkanlah semula ikatan silaturahim jika kita ada memutuskan silaturahim dengan ahli keluarga atau saudara seagama.

ilalliqa'...wassalam..

copy&paste..(xingat la plak sape pnye blog..-_-'')he.he.hee..

Monday, August 15, 2011

SHARE: Salam

Bismillahirahmanirahim,
Assalamualaikum wbt...
Keperluan Memberi Salam

Allah subhanahu wa Ta’aalaa berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَ تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتىَّ تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَالِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya.Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat”. (QS. an-Nur: 27)
Rasulullah Shallallahu ’alaihi wa sallam bersabda:
حَقُّ اْلمُسْلِمِ عَلَى اْلمُسْلِمِ سِتٌّ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ . .
Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam perkara: (1) Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya. (2) Apabila ia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya. (3) Apabila ia meminta nasihat, engkau menasehatinya. (4) Apabila ia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya). (5) Apabila ia sakit hendaklah engkau menjenguknya. (6) Apabila ia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.”      (HR. Muslim 2162)
إِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا إِنَّ اللهَ كَانَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ حَسِيبًا
“Apabila kamu dihormati dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan lebih baik, atau balaslah (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungkan segala sesuatu”. (QS. an-Nisa: 86)
Perlu kita sedari bersama bahawa mengucapkan salam ‘Assalamu’alaikum’ dalam Islam bukan hanya sekedar sapaan sahaja, tetapi lebih mulia dari itu. Ia merupakan sebahagian dari ibadah kepada Allah subhanahu wata’ala, yang jelas mempunyai nilai dan pahala yang besar di sisi-Nya. Ucapan salam itu adalah doa. Sedangkan doa itu sendiri merupakan inti ibadah dan diberikan pahala bagi siapa yang mengucapkannya.
Salam juga merupakan amalan dan tradisi (sunnah) para Rasul-rasul Allah dan para malaikat-Nya. Sebagaimana Allah subhanahu wata’ala berfirman tentang kisah para malaikat yang datang bertemu dengan Nabi Ibrahim ‘alaihissalam:
هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ () إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُنْكَرُونَ
“sudahkah sampai kepadamu (Wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim Yang dimuliakan?ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam Dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu!” ia menjawab: salam sejahtera kepada kamu! “(Sambil berkata Dalam hati): mereka ini orang-orang Yang tidak dikenal.” (Adz-Dzariyat: 24-25)
Sahabat Abu Hurairah radhiyallahu’anhu meriwayatkan bahwa Nabi shallallahu’alaihi wasallam telah bersabda,
لَمَّا خَلَقَ اللَّهُ آدَمَ قَالَ: اذْهَبْ فَسَلِّمْ عَلَى أُولَئِكَ النَّفَرِ مِنَ الْمَلَائِكَةِ جُلُوسٌ فَاسْتَمِعْ مَا يُحَيُّونَكَ فَإِنَّهَا تَحِيَّتُكَ وَتَحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ. فَقَالَ: السَّلَامُ عَلَيْكُمْ فَقَالُوا السَّلَامُ عَلَيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَزَادُوهُ وَرَحْمَةُ اللَّهِ (متفق عليه)
“Tatkala Allah menciptakan Adam ‘alaihissalam, Dia berfirman, “Pergilah dan ucapkanlah salam kepada para Malaikat yang sedang duduk, lalu perhatikanlah apa yang mereka akan jawab, sesungguhnya jawaban (para malaikat itu) adalah salam (penghormatan)mu dan anak keturunanmu. Maka Adam ‘alaihissalam berkata, “Assalamu’alaikum”, lalu mereka (para malaikat) menjawab, “Assalamu’alaika wa Rahmatullah”. Mereka menambahkan: “Warahmatullah”. (HR Bukhari 6227 dan Muslim 2841).
Salam juga merupakan ajaran dan amalan Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam dan para shahabat ridwanullahu’alaihim.
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرو بْنِ العَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ (متفق عليه)
Dari ‘Abdullah bin ‘Amru bin al’Ash radhiyallahu’anhuma bahwa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah shallallahu’alaihi wasallam, “ajaran Islam yang manakah yang paling baik”? Beliau menjawab, “Kamu memberi makan (orang yang membutuhkannya), dan kamu mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal”. (HR Bukhari 4684 dan Muslim 993).

SUNNAT memberi Salam
Termasuk dalam sunah memberi salam seperti berikut:
  • Orang yang berkenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan kaki. 
  • Orang yang berdiri/berjalan memberi salam kepada orang yang sedang duduk.
  • Individu (seorang) memberi salam kepada kelompok ramai dan kelompok yang sedikit memberi salam kepada kelompok yang lebih ramai.
  • Orang yang muda memberi salam kepada orang yang lebih tua.
  • Disunatkan meninggikan sedikit suara memberi dan menjawab salam, supaya jelas didengar, kecuali seandainya ada orang yang sedang tidur.
  • Disunatkan memberi salam sewaktu masuk ke sesuatu majlis dan ketika keluar dari majlis. 
  • Disunatkan memberi salam ketika masuk ke rumah walaupun rumah yang kosong. 
  • Makruh memberi salam kepada orang yang sedang qada hajat. 
  • Disunatkan memberi salam kepada anak-anak. 
  • Tidak memulai memberi salam kepada orang bukan Islam. Namun sekiranya mereka yang mendahulukan memberi salam, maka jawablah: “Wa’alaikum.”
  • Disunatkan memberi salam kepada sesiapa jua sesama Muslim, sama ada yang dikenali atau tidak. 
  • Sunat menjawab salam yang dikirimkan melalui orang lain. 
  • Jangan memberi salam dengan isyarat melainkan ada keuzuran seperti sedang solat, bisu atau jarak yang agak jauh. 
  • Digalakkan berjabat tangan, kecuali dengan wanita atau lelaki yang bukan mahram. 
MAKRUH memberi Salam
makruh memberi salam kepada beberapa kumpulan diantaranya:

1. orang yang berwudhuk ( ketika sedang mengambil wudhuk )
2. orang yang sedang berada didalam tandas
3. Orang yang sedang makan dan minum


4. orang yang sedang berperang
5. Orang yang sedang membaca al-quran @ berdoa
6. orang yang sedang berzikir dan bertalbiah ( ketika haji dan umrah )
7. Orang yang sedang mengajar,berkhutbah dan memberi nasihat
8. Orang yang mendengar khutbah dan nasihat.
9. Orang yang sedang azan dan iqamat.
10. Orang yang sedang qada’ hajat.

kerana hadits Ibnu Umar Radhiallaahu ‘anhuma yang menyebutkan
(أن رجلا مرّ رسول الله صلى الله عليه وسلم يبول فسلّم : فلم يرد عليه (رواه مسلم
“Bahawasanya ada seseorang yang datang ketika Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam sedang buang air kecil, dan orang itu memberi salam. Maka Nabi tidak menjawabnya”. (HR. Muslim)
11. Orang yang sedang bersama isteri (jima’)
12. Orang yang sedang iqamat
13. Orang yang sedang mabuk.
14. Orang yang sedang sibuk dengan urusan qadhi
15. Orang yang sedang solat
16. Orang gila
17. kanak-kanak
18. Orang yang mengantuk @ sedang tidur
19. Orang yang sedang dalam urusan penghakiman
20. Salam pemuda kepada pemudi @ sebaliknya yang ditakuti membawa fitnah

*kitab “ghizaul albab” karangan As-safarini jilid 1 m/s 242

Hal-hal berkaitan salam

1. Berjabat tangan adalah sunat.
2. Mencium tangan adalah dianjurkan kepada mereka yang dimuliakan dari segi keagamaan. Dimakruhkan jika kemuliaan itu dari segi keduniaan.
3. Membongkokkan badan kerana menghormati seseorang adalah makruh.
4. Bersujud kepada selain dari Allah adalah haram.
5. Apabila kita berjabat tangan dengan ibu atau bapa kita, kita terpaksa membongkokkan badan kerana mahu mencium tangannya. Kita membongkokkan badan bukan atas tujuan menghormatinya. Hal ini dibolehkan, cuma tidak boleh berlebih-lebihan.
See More
wallahua'lamu bissowab.

DIARI PENA : Jangan Lemah..Bersabarlah Selagi Mata Belum Terpejam

Bismillahirahmanirahim
Assalamualaikum wbt,

Wahai Daei..Jangan Lemah

source pic: kedai kreatif blog.com


Allah... Ujian-Mu silih berganti. Semakin aku menapak di jalan ini, semakin aku diuji. Benarlah jalan ini bukan mudah dilalui. Memang adakalanya aku seakan penat tetapi aku tahu, tidak sepatutnya aku bersikap lemah apalagi menyerah. Maka di saat ini, aku nukilkan sedikit hikmah buat pemangkin diri juga sebagai tatapan mereka yang ingin sama-sama menguatkan diri..
Wahai daie... Janganlah kamu berasa lemah. Tatkala dilambung ombak cabaran. Sedarlah, itu adalah tarbiyah Allah buatmu. Memang, sesekali diuji itu perit, pedih dan menyakitkan. Membuat air matamu gugur satu persatu. Tetapi itu bukan sebab untuk menyerah.
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala mata-mata manusia melihatmu pelik, jelik malah merendah-rendahkanmu. Bersabarlah... Ingat kembali sabda Rasul S.A.W mafhumnya :


Islam itu datangnya dalam keadaan dagang dan akan kembali dagang. Beruntunglah mereka yang menggenggamnya ketika ia kembali dagang. [H.R Muslim]

Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala hati-hati yang ingin kau ajak ke arah kebaikan menolak ajakanmu. Ingatlah... Hidayah itu milik Allah. Dia akan memberi kepada siapa yang dikehendaki yakni hamba-hamba yang terpilih, yang berusaha mencari cahaya-Nya. Jangan lekas kecewa dan putus asa. Tugasmu hanya menyeru dan tiap usahamu ada nilainya di sisi Pencipta (sekiranya hati ikhlas kerana-Nya).
Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Tatkala kau mewakafkan diri untuk agama ini dan memilih untuk hidup di jalan Allah, maka kau harus bersedia untuk mengharungi liku-likunya. Kau harus tahu jalannya itu licin, curam dan berduri. Terluka itu biasa dan kau harus terima.


Wahai daie... Jangan kamu berasa lemah. Meskipun dalam hati terasa berat saat melalui jalan ini. Sukar dan melelahkan. Banyak yang perlu kau korbankan (terutamanya keinginan hawa nafsu). Namun, harus kau tahu dan yakin bahawa ada bahagia di Sana. Bahagia yang tidak bisa dirasai oleh mereka yang ingin hidup biasa-biasa saja. Ada keindahan yang tidak mungkin ditemukan jika memilih untuk hidup untuk dunia semata-mata. Kebahagian dan keindahan itu bisa diraih bila hatimu kau dekatkan dengan Pencipta. Keperitan, kesakitan dan kelelahan seolah-olah 'terbius' oleh kecintaan kepada-Nya.
Wahai daie... Andai kau berasa lemah itu bukan salahmu kerana kau hanyalah manusia biasa. Kerana itu Allah S.W.T telah memotivasikan kita, Allah S.W.T berfirman yang bermaksud:


Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-Imran 3:139]

Ingatlah, di penghujung hayat kita akan kembali kepada-Nya dan jalan ini satu-satunya jalan selamat untuk bertemu dengan-Nya..
Sesekali terjatuh itu biasa. Tetapi jangan jatuh hingga tak bangun-bangun, itu parah. Hakikatnya nasihat ini untukku. Aku tidak ingin selamanya berasa lemah. Aku harus bangkit dan bersemangat sentiasa. Sungguh, motivasi yang paling penting bermula dari dalam diri.


Dan di antara manusia ada yang mengorbankan dirinya kerana mencari keredhaan Allah semata-mata; dan Allah pula Amat Belas-Lasihan akan hamba-hamba-Nya. [al-Baqarah 2:207]

Kuatlah wahai diriku...sabarlah...sabarlah...sabarlah...moga ada sinar buatmu...gagahilah dirimu,dengan kudrat y ad, selagi matamu masih belum terpejam...



source: i luv Islam.com


Tuesday, August 9, 2011

SHARE THE LINK: Kuliah Syarah Al-Hikam 7 Julai 2011

Tuesday, August 2, 2011

SEMBANG-SEMBANG : Ramadhan Yang Dirindui III (Ramadhan Bagai Tetamu yang disisih)

Bismillahirahmanirahim
Assalamulaikum wbt,

Salam Mubarak buat semua,
alhamdulillah rasa syukur dirafakkan kerana Allah mengizinkan kita untuk bertemu RamdhanNya tahun ini. namun, 28hari ini berbaki ini belum menetukan milik kita semuanya. Kematian akan tiba bila ia telah diseru oleh PenciptaNya tanpa mengira kita puas atau tidak dengan kehidupan, sempat atau tidak sempat menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Mulia ini. Moga-moga kita bisa memanfaatkan bulan ini sebaik mungkin. InsyaAllah.


Ramadhan Almubarak

Perkataan RAMADHAN berasal dari kata dasar ‘رمض’, yang bererti “panas” atau “panas yang menyengat”. Perkataan ini berkembang sehingga ertinya membawa maksud “menjadi panas atau sangat panas”, atau diertikan juga sebagai “hampir membakar”. Oleh itu makna Ramadhan boleh diringkaskan sebagai waktu atau keadaan di mana seseorang merasa panas, mulut terasa kering dan tekak terasa haus disebabkan sedang berpuasa.

Apakah kita pernah terfikir, mengapa dipanggil Ramdhan Almubarak? tidak pada Sya'ban Mubarak atau bulan-bulan lain? dengan klimah 'Mubarak' (مبارك) itu? 
'مبارك' berasal daripada perkataan 'برك' ,'باركة' bahagia, berkat.. lantaran itu  kalimah 'مبارك' menunjukkan kalimah  'pembuat' (مفعول) >> "(Allah) Pemberi Berkat". hal ini memberi makna kepada kita jika kita benar-benar menghayati bulan mulia ini jaminan yang tetap adalah mendapat Rahmat Allah SWT.  Baginda SAW pernah bersada dalam sebuah hadis yang selalu kita dengar :
"barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu."(HR Bukhari &Muslim)
dalam hadis yang lain, 
"daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: setiap amalan manusia itu untuknya kecuali puasa. Ia untukKu dan Aku yang memberi ganjarannya" (HR Bukhari &Muslim)
hadis kedua diatas menunjukkan kepada kita puasa adalah hak prerogatif Allah terhadap hambaNya. Dia akan menjadi penilai sejauh mana 'puasa' puasa hambanya. 

Betapa mulianya Ramadhan sehingga Allah menukilkan didalam kalamnya yakni didalam Alquran. dan ia satu-satunya bulan yang disebut dalam Alquran. Dalam pada itu, Nisbah rukun Islam ketiga iaitu berpuasa di Bulan Ramdhan juga menambahkan lagi kemuliaan bulan Ramadhan. kemuliaan yang berganda kemuliaan.(NOTE: adapun bagi bulan rejab dan sya'ban disebut dalam doa Baginda Nabi S.A.W)

Menjadi Hamba Bertaqwa

Sajian pelbagai 'bonus' Allah berikan kepada umat Muhammad SAW hanya ada pada Bulan Ramadhan. Di awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dipengakhirannya adalah pembebasan api neraka. Tidak sekadar itu, 'jualan runtuh' turut disediakan Allah dalam bulan ini dengan melipatkaligandakan pahala buat hamba-hambanya yang berusaha melaksanakan titah perintahNya tanpa keluh kesah bahkan merasa bahagia!. 

Lihatlah, betapa 'berkah' yang Allah ingin berikan kepada kita yang cuma ada dalam satu bulan. dan ia hanya sebulan. Syukurnya, kita menjadi umat Nabi Muhammad..dan Maha Adilnya Allah itu, dianugerahkan kepada umat Muhammad SAW ini sebuah bulan yang istimewa. lantaran, melihat kepada kekurangan Umat Muhammad ini pada usia mereka yang pendek. sekitar 60an-70an. berbeza dengan umat-umat terdahulu. beratus-ratus tahun lamanya. 

kita sering mendengar kenapa kita berpuasa?dan jawapannya; untuk merasai keperitan yang ditanggung oleh fakir miskin yang terpaksa menahan lapar dan dahaga. ya, ada benar dengan perumpamaan itu, jika ia dilihat secara analogi supaya timbul rasa dalam jiwa sifat empati,belas serta ehsan. Namun begitu, andai kita berpuasa semata-mata ingin merasa kesempitan fakir miskin, ini bermakna orang fakir tidak perlu puasa dan orang-orang berada sahaja yang perlu kepada puasa. lantaran itu, ada 'message' yang lebih utama dan berat yang ingin Allah sampaikan kepada kita Umat Nabi akhir zaman ini. Iaitu... 

"لعلكم تتقون..." semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa. (Al-Baqarah:183)
Taqwa, beerti berhati-hati (وقى) atau (وقاية) pencegahan. 
sesungguhnya orang yang bertaqwa sentiasa berhati-hati dan mencegah dirinya daripada melanggar hukum Allah.

sesungguhnya banyak beza jika kita berlapar kerana Allah dengan berlapar kerana kita tak punya apa-apa makanan dan minuman. cukuplah jika melihat hari-hari biasa, seakan-akan perut menggelodak untuk meminta diisi tatkala tengah hari menjelang. tapi apabila kita telah 'mindset' kan untuk berpuasa pada hari itu, rasa lonjakan untuk makan tidaklah sehebat seperti biasa. 

apabila kita memahami konsep Rukun Iman, Islam dan Ehsan, maka kita akan jelas bahawa ketiga-tiga tunjang ini mempunyai perkaitan yang sangat rapat dimana:
1. Rukun Iman (Input)
2. Rukun Islam (prosess)
3. Ihsan (output)
maka, konklusi yang dapat kita lihat disini, Ihsan akan menunjukkan kepada kita sejauh mana hasil daya serap, dan daya pantulan mampu diterjemahkan dalam bentuk tindakan. kejayaan pembentukan Ihsan itu ditentukan  oleh sejauh mana kepercayaan kita yang telah dipasakkan didalam hati lalu dikonkritkan didalam minda yang akan membina sebuah proses dalam bentuk set amalan seperti yang dituntut dalam rukun Islam benar-benar effektif dalam kehidupan seharian.

Lantas tingkah(keperibadian) dan sifat tanggungjawab mampu mencerminkan ketaqwaan seseorang itu. dan inilah end product yang Allah ingin kita hasilkan dalam diri kita.
andai masih ada lompang pada dua wajah itu, hal ini bermakna kita masih kurang dari segi Rukun Iman dan Rukun Islam. Mungkin kerana kita kurang jelas apakah 'main point' atau matlamat serta hala tuju dari kedua-duanya. maka, tindakan tidak mampu menonjolkan kesan yang memberangsangkan.
"Ramadhan umpama sebiji kelapa. makin tua, makin lemak dan berminyak. Ia tidak seperti tebu, yang manis dipangkal tawar dihujung. kerana Ramadhan manisnya diawal, makin manis dipertengahannya tersangat manis diakhirnya." DSNJ
Ayuhlah kita dayung sampan Ramadhan tahun ini selaju yang mungkin. kita rebut segala peluang yang ada kerana ramadhan tahun depan belum menetukan kita hidup!



Ramadhan Medan Tarbiyah Unggul

وذكر فإن ذكرى تنفع المؤمنين
sesungguhnya peringatan itu sangat bermanfaat kepada orang-orang mukmin

sedar atau tidak, Ramdhan sebenarnya banyak mendidik kita melakukan latih tubi. latih tubi bagaimana? ya, kita lihat ibadah dilakukan secara drastik dan constant sepanjang bulan ini secara intensif tanpa diragui lagi. rutin harian kian berubah dari bulan-bulan yang lalu menjadi suatu yang luar biasa. Nah, lihatlah betapa tingginya momentum Ramadhan buat seorang mukmin.

Latih tubi yang kita lakukan sepanjang Ramadhan ini:
1. Puasa dengan menahan lapar dan dahaga
2. Solat sunat: seperti Terawih,witir, Tahajud (tatkala waktu sahur)dan sebagainya.
"bertahajudlah sesungguhnya bantuan Allah bersama Tahajud. Tahajud mampu menampilkan kewibawaan seseorang mukmin. Tanda orang yang bertahajud, Allah memberi kesan sujud pada dahi mereka." 
3. Melazimkan solat berjemaah
4. Membaca Alquran
5. Iktikaf
6. Berzikir
7. Menambah Ilmu melalui pelbagai cara.
8. Bangun Awal
9. Mengurangkan Hiburan
10.Banyak bersedekah
11.Beribadah bersungguh sungguh pada 10 malam terakhir Ramadhan
12.Menunaikan zakat fitrah

latihan-latihan yang dilalui pada Bulan Ramdhan mampu menjadi anjakan paradigma dalam hidup seorang mukmin untuk menghadapi 11 bulan akan datang. 

Ramadhan Disisihkan

kebiasaannya, menjelang Ramdhan kita sering membicarakan tentang persiapan Eiudul Fitri. ya, tidak menjadi kesalah keran Aidilfitri itu sebagai pemotivasi kepada kita untuk menjalani ibadah puasa yang terpaksa mengharungi mehnah dan tribulasi yang pelbagai.

namun, apabila berbicara terlalu hebat tentangnya, apa agaknya rasa Si Ramadhan yang kini berdepan dengan kita. Ibarat kita punya dua orang tetamu. kita mengalu-alukan tetamu kedua yang masih jauh dari muka pintu tapi tidak pada tetamu yang pertama yang sudah ada dimuka pintu.-petikan ust Pahrol M.Joi
sedihkan? T_T

Lantaran dengan kesibukan kita mengalu-alukan kedatangan tetamu kedua itu, telah sedikit sebanyak membuat kita lalai dengan amalan yang sewajarnya kita kaut saat ini. Tadarus, Terawih,Qiamullail dan lain-lain amalan mulia terpinggir. 

Fenomena yang sering kita lihat dipersekitaran, awal Ramadhan surau-surau, masjid-masjid melimpah keluar sehingga ada yang terpaksa bersolat di tangga! Namun, sedih sekali tatkala melihat pada hari 10 terakhir,  jemaah yang hadir kini, mampu dibilnag dengan jari. Hakikatnya, 10 yang terakhir itu mesti dikejar kerana padanya ada satu malam yang lebih baik dari 1000bulan. 

ya, saya akui kita belum tentu menjadi insan yang terpilih untuk bertemu dengannya, namun itu bukanlah alasan untuk kita tidak berusaha,berdoa untuk mendapatkannya. sekurang-kurangnya kita berkesempatan meluangkan malam terakhir itu dengan amalan2 latih tubi seperti yang kita lakukan diawal ramadhan dulu. Mudah-mudahan kita punya sedikit rasa tempias Nikmat Alqadr itu.

objektif Madrasah Ramadhan ini ialah Taqwa. Justeru Taqwa adlh senjata b'kuasa tinggi utk depani konspirasi musuh, nafsu & syaitan.
pemilik "kemenangan" yg kita dambakan selama ini ialah Allah. lantaran itu tdk sayugia kita jauh bersenggang dgn Allah. dekatkan diri kpdNya

Madrasah Ramadhan adlh peluang t'baik utk pemuda dekat diri kpd Allah lalu m'jadi pejuang hebat m'galas amanah ummah & jamaah. didik diri dgn penuh keimanan & p'hayatan b'sama modul ramadhan utk tampil sbg pejuang yg miliki kekuatan ruhiyah & jasadiah.-Ust Nasruddin Hassan Tantawi


Akhir kalam, moga Ramdhan 1432 ini mampu kita hayati sedalam-dalamnya. Moga kita sama-sama mampu menterjemahkan ia dalam bentuk tindakan. sama-samalah kita berdoa moga kita dihimpunkan kelak bersama orang-orang yang bertaqwa. ameen..
salam ramadhan almubarak buat semua. kudoakan Moga berakhirnya ramadhan ini Kita sentiasa bersama Rahmat,Maghfirah (pengampunan) serta berkah dariNya.


renungan bersama: 


Hadis Riwayat Imam Ahmad
ketika Rsaulullah menaiki tangga mimbar, Baginda mengucapkan "amin".."amin"..."amin" para sahabat kehairanan melihat baginda sedemikian kerana mereka saat itu tidak berdoa. setelah selesai Baginda menyampaikan khutbah, para sahabat bertanya "ya, Rasulullah..kenapa kamu menguncapkan 'amin' sebanyak 3kali ketika menaiki anak tangga tadi, sedangkan kami tidak berdoa?"
lantas Baginda menjawab, "sesungguhnya Jibrail datang ketika itu dan berdoa. sangat kecewa dan rugilah bagi:
a. orang yang mendengar orang menyebut namaku, tapi tidak dibacanya selawat keatasku.
b. Orang yang sempat bersama orang tuanya tapi tidak dapat masuk syurga.
c. orang yang sempat hidup dibulan puasa tapi tidak mendapat pengampunan diatas dosa-dosanya.


waiyyanauzubillah...
wassalam




note: rujukan SOLUSI Isu no.34  Andai ini Ramdhan Terakhir layakkah kita berhari raya? (besstt solusi kali ni...hehe)
 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .