RSS

Wednesday, January 26, 2011

SHARING IS CARING : Bidadari...

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
ASSALAMUALAIKUM WBT...

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari-bidadari kurniaan Allah dan dia, isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari- bidadari.  (hmmmm...maknanya, isteri seorang suami adalah ketua bagi segala bidadari yang Allah bg pada suaminya..begitu jugak di sebaliknya...kalu xkawen xde la ktua bdra n bdari??? hmmm...tringat ak pd kata2 seorg Sahabat Rasulullah, yang malu utk bertemu dgn Allah dlm keadaan dia bujang...)

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

Siapakah Gerangan Bidadari Cantik Itu?

Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi dalamu bulan puasa ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah)... Katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut… Tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah) Maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi tidur bersama-sama… .

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri lalu ditanyanya dimanakah dia… Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan ‘Ainul Mardhiah… Lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia… Di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu… Tak pernah dilihat didunia ini… Lalu diberi salam dan dia bertanya..

' Andakah ainul mardhiah?…'

Wanita itu menjawab ' Tidakk… saya khadamnya. Ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.'

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai… Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul mardiah lalu wanita itu menjawab…

' Tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini… Ainul mardiah ada di atas mahligai sana... '

Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan… Lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua… . Dan tak pernah dia lihat di dunia… . Lalu wanita itu berkata…

' Akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untuk aku… '

Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab…

'Nantiii kamu belum syahid lagiiii… '

Tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW… Tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang shahid tadi… Dalam menceritakan itu nabi menjawab benar… Benar… Benar… dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata...

' Memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga… '


nota kaki:
malas nak taip jd copy je...ngeh3...:P
credit to:ema

Friday, January 21, 2011

DIARI PENA_ Subuh yang Tenang

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamulaikum WBT,

Huhuhu...dengan penuh rasa sengaja,(tp de jugak rse bersalah tu...huhuhu..)  ak tak turun baris pg tadi...hahaha... xde sebab sangat pun, saje suka suki.... memandang Hida n Maru2 xbalik kampus g...ak pun rase cm xnak je turun... sekali sekala buat inter ladies mengilang...stg mula la tuan2 senior duk tanya kat depa guys "wehh, nape ngan inter ladies korang???" hahaha...soklan yang selalu ditanya oleh Tuan Sarjan ak ble dy tengok kteowg xde...ngeh3...
sesekali tu kene gk bt cam ni hahaha....mengade2 xingat!...uweeekkk...:p
Actually, pg ni ak nak dapat Subuh y tenang...hahaha bley lme2 cket duk tas sejadah:p...huhu..rindu2...  
Alhmdulillah i got it! 
huhuhu...sory guys...i need that...
Hmmm...Maru2 dah pulangg!!!...
mengajak ak turun jugak pagi ni...may be pas dyowg breakfast...
hahaha...for sure Tuan-tuan senior ak bertanya t!!! Punishment??? err...myb...hahaha..wateve!
huhuhuhu....terime je la...janji mission ak tercapai sudah, mencari ketenang itu lebih utama saat 
dan tika ini!!!  
then, petang ni ak memang tak trun coz de urusan di luar... hahaha
gaya cam xbley blah...(bsy la konon2...hahaha)
bukan pe, at least i got the figure, experience tu penting...kan3??? hahaha...
semalam pun ak dah bilang tak turun rini,
tapi, turun lah jugak barang seketika...Maru2 ajk... 'bersemangat plak Makcik ni'...hahaha...xcaye lak ak...
hahahaha (gelak jahat...huhuhu)
sory ye Maru2...
diowang nak buat game...semangat la si Hazim men'tag' name kiteowg semalam...huhuhu
besanya bila dah masuk sem 2 aktiviti kebanyakkan lebih rileks,
more tu game...
ping pong, bola tampaq, badminton...tu antara game yang mnjadi favorite,
kesemuanya ak xtaw main!!...wakakaka...
hahaha....
pe yang reti pun ak xtaw...huhuhu...

baiklah need to stop bertukaq unifom....
~Wassalam~


SEJENAK: Dzikrini…Ingatkan aku…

Dzikrini…Ingatkan aku…

Ingatkan aku...
Andai aku terlupa
Tanggungjawab seorang hamba
Melengah suruhan yang Maha Esa
melanggar segala laranganNya
Mengabaikan sunnah rasul mulia..

Ingatkan aku.. 
Tika kuzalimi haq saudara
Amar ma'ruf sendiri sahaja
Nahi mungkar di hati cuma
Membuka aib dengan sengaja
Tak dihirau mereka yang derita...

Ingatkan aku... 
Sekiranya aku futur dan kaku
Tidak menegakkan seruan wahyu
Panggilan jihad di sambut lesu
Lemah tanpa semangat jitu...

Ingatkan aku dengan masa.. 
Ingatkan aku dengan Kebenaran...
Ingatkan aku dengan kesabaran....
(103:1-3)

Ingatkan aku...kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang mu'min. 
(51:55)

Credit to; Farhana Mazlan{kak ana :) }

SHARING IS CARING : orang–orang yang didoakan oleh para malaikat

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum WBT,

Inilah orang–orang yang didoakan oleh para malaikat:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa `Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci".

(Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya `Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" 

(Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Muslim no. 469)

3. Orang–orang yang berada di saf barisan depan di dalam solat berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada (orang–orang) yang berada pada saf-saf terdepan" 

(Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin `Azib ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. Orang–orang yang menyambung saf pada solat berjamaah (tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam saf).

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf–saf" 

(Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. Para malaikat mengucapkan `Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. 

Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca `ghairil maghdhuubi `alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian `aamiin', kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu".

(Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 782)

6. Orang yang duduk di tempat solatnya setelah melakukan solat.

Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat solat dimana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, `Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia" 

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini)

7. Orang–orang yang melakukan solat subuh dan asar secara berjamaah.

Rasulullah SAW bersabda, "Para malaikat berkumpul pada saat solat subuh lalu para malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga subuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, `Bagaimana kalian meninggalkan hambaku?', mereka menjawab, `Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" 

(Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata `aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" 

(Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., Shahih Muslim no. 2733)

9. Orang–orang yang berinfak.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, `Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, `Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang bakhil'" 

(Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

10. Orang yang sedang makan sahur. 

Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang – orang yang sedang makan sahur" 

(Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayaatkan dari Abdullah bin Umar ra., hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

11. Orang yang sedang menjenguk orang sakit.

Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang sehingga petang dan di waktu malam sehingga subuh"

(Imam Ahmad meriwayatkan dari `Ali bin Abi Thalib ra., Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

12. Seseorang yang sedang mengajarkan kebaikan kepada orang lain.

Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain"

(Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)

~MOGA MENJADI AMALAN KITA SEMUA... amiin..~ (copy from IluvISLAM.. he3..)

KOLEKSI : Pelangi

AWANMU : Around Us

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum Wbt...

Dibawah langit kita berteduh , dan  Awan terkadang melitupi....
Hanya y ingin membuka hati dan minda 
meneliti tiap uniknya sgala y tercipta,
moga kita tergolong dalam kalangan y sentiasa berfikir & merenung pd tiap2 kejadian ,
moga sifat kehambaan terus tersemai kukuh dalam jiwa,
kerana kita,
sering terkurang dalam melabuh cinta dan kasih padaNya...
dalam tak sedar, kita terjatuh ke jelak-jelak dosa...
moga dengan nikmat akal ini,
kita bisa memanfaatkan segalanya...
Moga Dia mengampuni kita y sering alpa...
AMPUNILAH KAMI WAHAI TUHAN KAMI....




SUBHANALLAH WA BI HAMDIHI, SUBHANALLAHIL A'ZIM...

wallahua'lam
wassalam

KOLEKSI : The Rest of My life

Tuesday, January 18, 2011

SEJENAK: Opick

Jika Kau Cinta

http://liriknasyid.com



Bila kau inginkan diriku kini
Temani dirimu, temani selalu
Dan bilakah waktu, tak bisa mengerti

Bila kau inginkan diriku utuh
Menjadi milikmu, menjadi mimpimu
Dan bilakah aku tak bisa begitu

Dan beri waktu aku untuk
Mencari dan memberi
Satu alasan mungkin mudah
Untuk kau mengerti
Dan beri waktu aku untuk
Mewujudkan semua
Hanya jika kau cinta
Jika kau cinta, aku...

Sabarlah menanti sejenak untukku
Pastikan mimpimu tak hilang dan jemu
Dan bilakah waktu tak bisa mengerti

Dan beri aku waktu
Dan beri aku waktu
Phh... Jika kau cinta
Jika kau cinta padaku
Jika kau cinta padaku
Jika kau cinta... aku



Rapuh

Album : Ya Rahman
http://liriknasyid.com

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu





Cukup Bagiku
Song Category: Nasyid

Penuhi hati ini dengan satu rindu
Rindu untuk mendapatkan cinta-Mu
Penuhi jiwa ini dengan satu cinta

Cukup bagiku Allah segalanya untuk-Mu
Di hatiku ini penuh terisi segala tentang Allah
Kepada Nabi Muhammad tercurah sholawat Allah
Tiada Tuhan selain Allah cukup bagiku Allah

Hasby Robbi Jalallah
Mafi qalby Illallah
Alalhadi Shalallah
Laa Ilaa ha Illallah

Sub Level Caving

Monday, January 10, 2011

SHARING IS CARING: Doa Rasulullah


Assalamualaikum WBT...


Rasulullah pernah berdoa kepada Allah memohon tiga perkara ;

1. Umat Islam takkan lenyap di bumi
(Allah memakbulkan permohonan ni)

2. Umat Islam takkan mati kelaparan
(Allah perkenankan permintaan ni...
so, kalu kite duk dengaq berite sal org islam mati sebab xmakan tu actually x btoi... may be org tu meninggal disebabkan penyakit y di alamiya...wallaua'lamubissawab)

3. Umat Islam bersatu padu.
(y ni Allah xperkenankan dengan sebab...Allah telah berkata; "wahai Muhammad aku ingin menguji siapakah y paling beriman di antara mereka")





SEJENAK: Solat Hajat & Pidato Perdana 09.01.11

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM
Assalamualaikum WBT

Dakwah&Politik..


Wallaua'lam



Thursday, January 6, 2011

SEJENAK:Death XXVII by Khalil Gibran

Bismillahirahmanirahim.
in the name of Allah Most graciius Most merciful


Death XXVII by Khalil Gibran


Then Almitra spoke, saying, "We would ask now of Death." 

And he said: 

You would know the secret of death. 

But how shall you find it unless you seek it in the heart of life? 

The owl whose night-bound eyes are blind unto the day cannot unveil the mystery of light. 

If you would indeed behold the spirit of death, open your heart wide unto the body of life. 

For life and death are one, even as the river and the sea are one. 

In the depth of your hopes and desires lies your silent knowledge of the beyond; 

And like seeds dreaming beneath the snow your heart dreams of spring. 

Trust the dreams, for in them is hidden the gate to eternity. 

Your fear of death is but the trembling of the shepherd when he stands before the king whose hand is to be laid upon him in honour. 

Is the shepherd not joyful beneath his trembling, that he shall wear the mark of the king? 

Yet is he not more mindful of his trembling? 

For what is it to die but to stand naked in the wind and to melt into the sun? 

And what is to cease breathing, but to free the breath from its restless tides, that it may rise and expand and seek God unencumbered? 

Only when you drink from the river of silence shall you indeed sing. 

And when you have reached the mountain top, then you shall begin to climb.

And when the earth shall claim your limbs, then shall you truly dance.

Sunday, January 2, 2011

BINGKISAN SANUBARI: Hujan

BisMillahirAhmaniRahiim
AssalamuAlaikum WBT

3 January 2011… 
bermulalah episod hidup ak sebagai sorg student u yang nak real2 dah ni… huhuhu…walaupon minggu lepas ag USM da bukak semester 2 tapi ak berkesempatan mengikuti kuliah Dr Hashim sekali di Pagi Rabu y indah… penuh debaran oleh kengkawan y dah masuk lectre dr ni...tkut kne tanya...pada y dah jd wanted last 2 day...mmg xsenang duduk...hahaha...pakai slipar jamban p kuliah! memang la kne mark!...(ni kawan2 ak bgtw...) huhuu...yang len ak xdapat menghadirkan diri…huhuhu…. MC la!!… ngeh3… kebanyakkan kuliah xberjalan lagi minggu lepas…(ye la kan...kuliah mne de kaki nk jalan...hak3...loya bruk plop!...hu3) kalu ada pon time ak xdatang tu je la…hmmm… yang syoknya start hari Khamis g ak n kawan2 kos ak cuti…hahaha…mau xpuas cuti…tapi lagi best kalu cuti ni ak simpan…bley jugak guna tyme terdesak y sesak!..an2??hahaha…mengarut! sememangnya xkan terjadi!!!...ehee…bebagai!!! J kire…last week ak just p kuliah ari Rabu…syok an?? Haha…lagi best kalu ak ‘extend’kan MC ak tu sampi satu minggu…lalalala… amboii, Suka suki nampak!!  Hak3… huhuhu…  :P

          Actually bukan nak cite sal minggu lepas just nak merapu-rapai cket sebagai intro utk entry kali ni…huhuhu…anyway pagi ni bumi USM disimbahi hujan yang sangat2 kadang2 sedikit2 lebat…mentari pon malu nak kuar rini… dia menyorok di balik awan yang kali ni memang xbagi chance langsung kat dia…cian…dia… kol 3 petang pon ak xrasa petang hari rini… huhuhu… mendung awan berarak… macam sama je ak rasa waktu pagi ngan petang…huhu… tapi, ak suka tengok ujan…hehehe…cantik whatJ…dingin je...sometimes, bley rasa tenang...huhuhuu…titik2 air yang kadang2 besar…kadang2 kecik…tapi ak xpernah g dapat pluang tengok ujan ais…hahaha..ada ea???...huhuhu... seingat2 ak pernah jadi mase ak darjah 6…huhuhu… membe ak yang kat hostel (hostel skul dia duk di sebelah Pekan, jauh cket dr umah ak di kg...) dia tepon, bgtw dia p kutip ais jatuh dr langit… haahaa… syok an2? (tyme bebudak excited kot dpt tgok bnda baru lam alm ni...tu y smpi tepon tu...huhuhuhu) Tapi kalu kena kepala??? Tyme tu ujan gak kat umah ak… tapi ujan dia bentuk besar2 bila kena atap zink umah ak tu dengar la macam ketul batu kecik jatuh…huhuhu…sebijik macam bila bertih jagung goreng… "pumpang… pumpang…"




          Nampaknya balik kuliah tadi memang hujan dah lebat…huhuhu… terpaksa la redah jugak ujan…huhuhu…malas nak duk lepak kat kafe staff… xnak la tercongok 2jam kat ctu…huhuhu… kol 12 t plak de lecture… so, better balik… nak p library matrik card plop xbawak!...huhu… kalu x… de la jugak modal p lepak2 duduk2…panjat2 tangga… so, redah je la ujan… anyway get redy if fever want to come back!...huhuhu… semenjak balik annual ni sensitip plop… sjuk sangat xbley… kene ujan cket xbley…huhu..ngade2 ea… :P tyme latihan utan ok plop…sejuk sampai terketaq lutut tahap papan pon kire bley steady lagi sok tu…huhuhu… terbaek sungguh! Hahaha…skunk ni da jadi sopan terlebey la plop…huhuhu… “oitttt… terlebey plop merapuny!…kate intro...ni da lebey2 da ni...ok2 stop2…huhuhu…” (bukan nak taip y ni sebenaq nya…huhuhu…) 



hujan itu indah lagi menenangkan hati... <3



Hujan





Redahlah Hujan,

Biarkan ia membasahi pakaian,

Sehingga mengena kulit,
Lantas deria sejuk akan bekerja.

Redahlah Hujan,
Biar diri kesejukan,
Moga terpalit rasa syukur,
 Nikmatnya Bahang kepanasan.





Redahlah Hujan,
Agar diri dapat menilai,
Antara syukur dan kufur,
Atas anugerah sebuah Rahmat Tuhan.

Redahlah Hujan,
Agar terlihat tingkat kesabaran,
Yang terkadang bisa berpuncak,
Jua terkadang bisa ke lurah ketidaksempurnaan.

Biarkan Hujan itu menyimbah bumi,
Walau terasa sukarnya bagi kita,
Kerana masih ada makhluk,
Merindui titisan airnya.




Biarkan Hujan itu mencecah bumi,
Kerana turunnya bersama kalungan Rahmat,
Pemberian TuhanMu yang Esa,
Kepada makhluk yang terkadang alpa.


Biarkan Hujan itu rebah di lantai bumi,
Moga  melebat dedaun pepohon,
Saat  tanah tandus kegersangan,
Moga merenyai senyuman tumbuh-tumbuhan







 
Copyright Pena 2009. Powered by Blogger.Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .